"Ya Allah, anak umi ! Ameer !" Cik Aini menerpa ke arah Ameer sebaik sahaja dia tiba di hospital. Nalurinya sebagai ibu tidak pernah silap. Patut lah dua-tiga hari ni, dia asyik rasa tak sedap hati.
"Umi, sabar. Ameer tak apa-apa pun" Pujuk Adam lembut. Belakang Cik Aini digosok perlahan bagi menenangkan wanita itu.
"Adam, macam mana boleh jadi macam ni ?" Hatinya begitu luruh dan berkecai bila melihat anaknya berada di dalam keadaan ini.
"Adam pun tak tahu la umi. Kawan Ameer cakap yang Ameer accident pagi tadi. Langgar lari" Ujar Adam menjawab soalan Cik Aini.
"Allah ! Adam dah buat report ?" Adam mengangguk menjawab soalan dari Puan Sri Maria.
"Dah. Apa-apa nanti, diorang akan bagitahu" Puan Sri Maria tersenyum lega bila Adam sudah melaporkan kepada polis. Biar sahaja polis mengambil tindakan. Dia berharap orang yang melanggar Ameer mendapat balasan yang setimpal.
"Rya, boleh i cakap dengan you kejap ?" Arrieya memandang Bella seketika sebelum bersetuju. Mereka keluar dari ward dan menuju ke arah tingkap.
"So ?"
"Erm, actually i nak.. erm.. mintak maaf dengan you, Rya. I sedar i banyak salah dengan you and i tahu you benci i sangat-sangat" Kata Bella sambil matanya tertumpu ke arah lantai.
"Then ?" Soal Arrieya lagi. Baginya, maaf dari Bella belum lengkap.
"Rya please. I salah sebab selama ni, i langsung tak hargai you sebagai kawan i. I tak ada masa you susah. I'm really sorry about that" Sambung Bella lagi. Kali ni, mata Arrieya dipandang tepat.
"Macam mana i nak percaya yang you betul-betul minta maaf ? I don't trust you, Bella and i think you already know about that, right ?" Perli Arrieya di hujung ayat. Bella kelihatan serba salah.
"I tak paksa you percayakan i, Rya. Yes, i know you memang tak percayakan i langsung. But i just want you to forgive me. That's all" Rayu Bella lagi. Dia rasa bersalah sangat selagi dia tak dapat kemaafan dari Arrieya.
"Why so sudden ?"
"Honestly, i don't know how to answer that question. I pun tahu yang semua ni secara tiba-tiba. You know yang hati manusia boleh berubah, kan ? Same goes to me. I'm a human too and it's normal" Arrieya tersenyum sinis.
"Okay, i boleh maafkan you but ada satu syarat" Bella memandang Arrieya sayu. Takkan nak maafkan pun perlukan syarat ?
"What is it ?" Tanya Bella perlahan.
"I tak nak you gedik dengan Adam. He's mine. So, kalau you buat perangai gatal you dengan Adam, serious i memang tak akan maafkan you" Sinis Arrieya berkata manakala Bella pula sedikit tersentak. Bila pulak dia buat perangai gatal. Kenal pun baru harini.
"What do you mean, Rya ? I baru je kenal Adam tu harini. I tak ada buat apa-apa pun"
"You jangan ingat i tak nampak eh. Masa first time you jumpa Adam tadi, kenapa you selamba sangat nak salam dengan Adam ?! I tak pernah tau nak sentuh tangan dia. You siapa, Bella ?" Tanya Arrieya geram. Bella mengeluh perlahan. Tak sangka pulak Arrieya anggap macam tu.
"Sorry kalau you rasa macam tu. But that's me, Rya. I memang macam tu and you know me, right ?" Arrieya menjeling Bella tajam.
"Ok i janji, i takkan buat macam tu lagi. I terima syarat you. So, friend ?" Arrieya memandang Bella lama sebelum membuat keputusan.
"Kalau you terima syarat i, so we're ok now" Bella memandang Arrieya terkejut sebelum dia memeluk Arrieya erat.
"Thanks, Rya. I promise you i takkan buat salah yang sama" Arrieya hanya tersenyum. Tak salah kalau maafkan dan dia pun bukan seorang yang kejam, yang suka menghukum lama-lama.
"Ehem ! Am i too late ?" Celah Lisa. Arrieya segera melepaskan pelukan. Mereka memandang Lisa yang masih jelas dengan muka lepas menangis. Mata dan hidung kelihatan masih merah.
"Nope" Lisa laju menerpa ke arah Arrieya dan Bella sebelum mereka berpelukan semula.
<><><>
Sebulan kemudian..
"HAHAHAHAHA padan muka ! Best tak Arrieya ?" Mikail ketawa terbahak-bahak melihat Arrieya yang tersungkur di tanah.
Gadis itu menahan malu bila kebanyakan orang memandang ke arahnya."Diam lah, gila ! Semua dah pandang i tau ! I bagitahu Adam kan" Arrieya segera bangun dari tanah. Mikail yang masih dengan sisa tawanya segera mencebik. Sikit-sikit nak mengadu. Tak bagi chance nak bergurau langsung.
"Macam budak-budak ! Sikit-sikit mengadu. Menyampah aku" Ejek Mikail sengaja membuat Arrieya sakit hati.
"Adam !!" Mikail terkaku seketika. Dia memandang Arrieya tajam. Sengaja lah perempuan ni ! Nak sangat tengok aku kena marah dengan Adam. Mesti dia bersorak kejap lagi.
"Ya sayang ! Ada apa ? Hantu ke gajah terbang ?" Segera Adam mendapatkan buah hatinya.
"Apa pulak you ni. Bukan lah. Ni kawan you ni ! Suka sangat ejek i !" Arrieya memuncung bibir minta simpati Adam. Adam hanya menggeleng kepala. Sejak akhir-akhir ni, Arrieya selalu bersikap menja. Semua nak bagitahunya. Tak apa lah, yang penting dia suka.
"Kau buat apa kat Rya, Mika ?" Tanya Adam pura-pura marah Mikail. Arrieya yang fikir Adam marah betul-betul tu tersenyum sinis melihat Mikail.
"Aku tak buat apa-apa pun ok ! Ish, dah lah. Aku nak masuk dulu. Siapkan apa yang patut" Ujar Mikail. Sempat lagi dia menjeling Arrieya mengejek sebelum melangkah masuk ke dalam rumah Arrieya.
Ya lah, Termasuk hari ni, dua hari lagi sebelum majlis kahwin akan diadakan. Siapa kahwin ? Mestilah Arrieya dan Adam ! Kebanyakan jiran-jiran dan sepupu belah Cik Aini yang datang membantu menyiapkan urusan.
Dicadang majlis kahwin akan dibuat secara sederhana sahaja. Itu pun hanya dibuat di rumah Arrieya. Itu semua kehendak Adam dan Arrieya. Jadi sebagai orang tua, Cik Aini, Tan Sri Amin dan Puan Sri Maria hanya mengikut kehendak anak-anak mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
HER | ADAM X ARRIEYA
Non-Fiction- H I A T U S - GENRE : ROMANCE START : FIRST PKP Rose Arrieya merupakan anak kepada pasangan Tan Sri Amin dan Puan Sri Maria. Kehidupannya mula berubah bila hubungannya dengan tunang tersayang terputus. Daripada seorang yang ceria dan baik hati, ki...