抖阴社区

Dia Untukku (C)

By aisyynaa

15.7K 1.5K 321

You drew memories in my mind I could never erase. You painted colors in my heart I could never replace. Tengk... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 56
BAB 57

BAB 55

301 19 0
By aisyynaa

_____

I saw that you were perfect, and so I loved you. Then I saw that you were not perfect, and I loved you even more.
_____

Tugas semua orang, adalah mencari dan menunggu Tengku Aniq Hayqal. Message yang diterima oleh Nayla itu sangat mengejutkan semua orang. Mana tak terkejut, nikah tak sampai 12 jam dah lari.

Yang paling terkejut semestinya Nayla. Sepanjang hari mereka tersenyum lebar, masakan malam Aniq larikan diri. Mesti dia ada sebab tersendiri kenapa tiba-tiba pergi.

Dia memang betul-betul menyesal kahwin dengan aku ke? Sebab tu dia larikan diri? Mungkin dia tak nak malukan keluarganya jadi dia terpaksa lafazkan akad. Lepas tu dah malam baru dia sedar semua ni salah jadi senyap senyap dia larikan diri.

Tapi tolonglah. Kenapa malam tu juga? Kenapa bukan keesokan harinya? Sekurangnya waktu mereka dah balik rumah homestay, lepas tu pergi naik kereta sendiri. Ini dengan sehelai sepinggang, pergi bawa diri dengan telefon yang dimatikan serta dompet.

Ada duit bolehlah hidup.

Tapi masih, Aniq tak boleh lakukan begini padanya. Walaupun tak duduk sebumbung lagi, tapi dia sudah diberi amanah yang besar. Takkan dia nak lepaskan begitu saja.

"Saya serahkan anak saya kepada kamu, amanah saya pada kamu. Kamu jaga amanah ini baik-baik, macam mana saya jaga dia baik-baik,"

"Kami beri anak perempuan kami pada kamu dengan cara yang baik. Jika kamu tak dapat laksanakan amanah yang saya beri, pulangkan dia pada kami dengan cara yang baik juga. Jaga amanah yang saya beri ini,"

Tanpa sedar air matanya mula bertakung. Seberat itu sekali ayahnya ingin melepaskannya. Sepanjang 28 tahun dia hidup di muka bumi ini, itu adalah kali kedua ayahnya menangis kerananya. Kali pertama adalah ketika kesuciannya diragut.

Tapi daddy tengok sekarang. Mana perginya lelaki yang baru saja daddy berikan amanah yang berat itu? Kenapa dia seolah mengabaikan amanah itu setelah dia sendiri yang memulakan semua ini. Bermula dari Nayla didekati, lalu dilamar dan akhirnya diijabkabulkan.

Ketukan perlahan di pintunya diabaikan. Dia masih saja baring dengan bantal peluk dijadikan alas kepala.

"Jomlah makan, Nayla. Seharian Nayla tak makan. Kalau Nayla tak makan macam mana Aniq nak balik? Mesti dia sedih kalau tahu Nayla tak makan,"

Nayla masih saja baring mendengar kata-kata mummy nya. Penat bercampur sedih. Sudah banyak message yang dihantar pada Aniq tapi satu pun tidak dibluetick. Double tick pun tidak. Aniq memang betul-betul matikan telefon.

Pintu biliknya diketuk lagi, tetapi lebih perlahan ketukannya antara dengar tak dengar saja. Pulasan tombol juga kedengaran.

"Umi...."

Nayla terbangun dari baringnya. Dia turunkan kakinya ke lantai dan berlari membuka pintu. Wajah Daiyan yang penuh dengan air mata menjadi pandangannya.

Anak kecil itu terus saja meluru ke arahnya dan memeluk kaki. Wajah disembamkan pada perut Nayla. Kepala Daiyan diusap lembut.

"Umi janganlah sedih.... Nanti Daiyan pun sedih. Daiyan rindu umi," Nayla merasakan bajunya basah dengan air mata Daiyan.

Mata Nayla yang sudah sedia merah bertambah merah menahan air mata dari keluar lagi. Dia menunduk memeluk Daiyan. Berkali-kali bibirnya mencium kepala si kecil sambil meminta maaf.

"Umi janji tak sedih lagi,"

Daiyan mengangkat wajahnya.

"Umi jangan menangis lagi tau. Kalau umi menangis, Daiyan pujuk tapi siapa nak pujuk Daiyan kalau Daiyan nangis nanti,"

Nayla tergelak.

"Nanti umi pujuklah Daiyan balik," pipi Daiyan diusap lembut. Haih anak. Nayla yang sedih, dia yang over menangis.

Kesian anaknya ini diabaikan. Dia terlalu leka dengan perasaan hingga tak sedar perasaan Daiyan.

Mungkin betul Aniq ada sebab dia sendiri. Jadi dia disini tidak mampu berbuat apa-apa selain berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Berharap agar suaminya kembali pulang dengan selamat.

***

Hari ketiga setelah nikah, masih saja Aniq belum pulang. Awalnya Puan Alyaana mahu membuat report polis tapi dihalang oleh Tengku Danial. Katanya mesti polis sambil lewa saja kerana Aniq sendiri yang keluar dari rumah.

Lagipun dia dah besar dan lelaki, memang tidaklah polis nak terima. Dah boleh agak apa yang akan dikatakan oleh pihak polis.

Nayla masih memikirkan apa salahnya sehinggakan Aniq boleh tega melarikan diri. Dia jadi isteri sepenuh masa pun belum, takkan dah kena tinggal. Aku tak buat kerja rumah untuk dia lagi.

Mungkin betul lah sangkaan dia, Aniq menyesal kahwin dengannya. Walaupun senyuman Aniq sangat lebar hari itu, boleh jadi itu semua lakonan.

Hari tu dia nak buka tudung pun Aniq takut takut. Entahlah lelaki tu.

Dia penat nak berfikir, tetapi otaknya terus menerus memikirkan tentangnya. Suami sendiri, mestilah fikir. Suami yang dia sayang dan cinta.

Baru saja mereka ada juga pergi ke rumah Aniq sendiri tadi, tetapi tiada orang di rumah. Tak yakin sama ada sememangnya tiada orang, atau orangnya menyorok di dalam sana.

Jadi dia bercadang untuk pergi lagi pada hari esok. Dia akan cuba cari kunci, mana tahu ada terselit dekat mana-mana. Tak nak tak, dia kena cari juga Tengku Aniq Hayqal. Kalau tidak, majlis bersanding tak dapat dijalankan.

Aniq ni buat hal sungguh. Bila dah jumpa nanti, mahu dia cubit-cubit lelaki tu. Tak kisah dah suami ke apa. Dahlah tinggal message yang mengarut-ngarut. Kalau Aniq tak matikan telefon, dah kena sergah mungkin dalam call.

Butang merah kembali ditekan. Entah kenapa dia bodoh sangat, masih lagi call. Berharap yang ia akan menjadi ringing daripada terus masuk voice mail.

"Dapat ke call?" Puan Alyaana datang duduk di sebelahnya. Lemah saja gelengan Nayla dengan senyum hambar.

Dia lebih kesiankan Puan Alyaana sebenarnya. Pasti wanita itu lebih risau darinya. Anak kan, siapa tak sayang.

"Aniq ada berkelakuan pelik ke sebelum dia hilang?"

"Tak ada pula. Elok aje dia senyum, siap kacau orang lagi," Nayla tersenyum sendiri mengingatinya. Banyak kali dia kena usik.

"Faris kata, Aniq akan cari tempat tak ada orang setiap kali dia nak tenangkan fikiran. Banyak tempat juga pergi dengan dia tadi sebab dia yang tahu banyak pasal Aniq. Tapi masih juga tak jumpa,"

Nayla memeluk wanita itu lalu mengusap perlahan bahunya, tak mahu dia bersedih.

"Mungkin dia memang perlukan ketenangan. Tak apalah, kita biar dia dulu. InsyaAllah dia tak apa-apa tu. Kalau esok esok dia masih tak balik juga, kita buat report polis,"

Nayla senyum ingin meyakinkan ibu mertuanya itu. Walau dia sendiri tidak yakin dengan kata-katanya.

***

Nayla berdiri tegak di hadapan pagar rumah berkembar 2 tingkat itu. Ya, dia kembali ke rumah Aniq. Dia sengaja tak bawa anak teruna dia tu. Lagipun dia pergi sekejap saja. Nak bawa lama-lama takut penat pula Daiyan tu nanti.

Apabila Puan Alyaana memberitahu kepadanya tentang Aniq, entah kenapa mindanya terus memikirkan rumah ini. Jadi petang itu dia terus menuju ke sini.

Firasat dia kuat mengatakan bahawa lelaki itu ada di sini. Walau secara zahirnya kelihatan tiada, tetapi kita tidak tahu di dalam. Lagipun ke mana saja Aniq mahu pergi?

Pintu kecil di tepi pagar dibukanya. Bagus betul Aniq ni, tak kunci pintu pagar. Seronok pencuri masuk senang macam tu je, tak payah susah susah panjat pagar.

Tangannya membuka rak kasut dan mencari-cari kunci rumah. Hanya satu rak kasut yang ada, mengurangkan kesusahannya. Satu persatu kasut dibeleknya. Tak cukup dengan itu, dia menunduk gaya sujud.

Bahagian bawah rak kasut dilihat dengan bantuan flashlight dari telefon. Kosong, tiada apa-apa. Baru saja dia mahu kembali menegakkan badan, dia kembali tunduk ke bawah. Kunci berwarna silver kelihatan ditampal elok menggunakan tape hitam.

Bibir Nayla melebar. Sepandai pandai Aniq, dia lagi pandai. Boleh hired jadi perompak dah ni.

Perlahan-lahan kunci itu disemat masuk ke dalam tombol. Habis saja pusing, pemegang tombol ditolak ke bawah lalu isi rumah menjadi pandangan.

Jujur, dia sangat terkejut melihat isi rumah Aniq. Lawa dan kemas. Tak pastilah kalau Aniq ada panggil orang mencuci sebulan sekali ke apa.

Dinding berwarna putih membuatkan rumah itu tidak terasa panas. Perabot kebanyakannya berwarna hitam dan kelabu, menampakkannya lebih menarik.

Simple, tetapi sangat menarik perhatiannya. Ruang itu menjadi lebih luas dengan kehadiran cermin besar di tepi ruang tamu.

Nayla teruskan berjalan ke bahagian dapur. Masih lagi berwarna hitam putih. Minat betul suami dia dengan warna hitam. Cabinet tile berwarna hitam berkilau disentuh perlahan. Tersangat kagum dengan Aniq yang pandai memilih warna.

Dia terpandang ke arah mangkuk yang berada di dalam singki. Sah, Aniq memang ada sini.

Tanpa berlengah terus saja dia naik ke tingkat atas dan memandang semua pintu yang bertutup. Dia terus saja menuju ke bilik paling depan. Ikut firasat saja.

Perlahan-lahan tombol pintu dipulas lalu menolak pintu itu. Bilik kelihatan bersepah. Selimut dan bantal di mana-mana, beberapa barang turut berada di lantai.

Matanya terarah kepada sesusuk tubuh di atas katil. Kelihatan lelaki itu sedang baring membelakanginya. Nayla melangkah ke sana dan melabuhkan punggung di birai katil, berhadapan dengan Aniq.

Bawah mata suaminya sedikit gelap dan bengkak. Wajahnya juga agak pucat seolah sudah sakit. Rambut serabai seolah tidak sikat berhari-hari.

Dia beranikan diri menyentuh pipi lelaki itu. Hangat tapak tangannya mengenai kulit lelaki itu. Bibirnya tersenyum kecil. Comel je wajah Aniq ketika tidur. Hilang segala rasa nak cubitnya melihat lelaki ini.

Ibu jarinya bergerak perlahan, membuatkan Aniq terjaga. Terkebil-kebil matanya memandang Nayla sebelum dia terus menegakkan badan.

"Nayla?" dengan suara seraknya bertanya. Matanya dibuka kecil saja, kesan daripada mata bengkak dan bangun mengejut.

Tangan Nayla sudah turun. Dia tersenyum lebar memandang suaminya.

"Saya lah ni,"

"Awak buat apa dekat sini?"

"Saya cari suami saya lah,"

Wajah Nayla tidak dipandang. Dia mengesot perlahan menjauhi Nayla. Sedari tadi lagi dia tidak senyum.

"Saya bukan suami awak. Saya tak layak jadi suami awak,"

Nayla melipat kaki sebelahnya di atas katil dan sebelah lagi dibiarkan terjuntai.

"Awak cakap apa ni? Awak layak jadi suami saya. Awak suami saya. Kalau tidak, saya takkan ada dekat sini cari awak,"

Aniq menggeleng laju.

"Tak.... Saya tak layak...." dia lihat mata lelaki itu mula berkaca.

"Saya lagi teruk dari awak. Saya simpan rahsia ni sebab saya tak nak malukan mama dengan papa. Saya tahu mereka tak sengaja malah dah bertaubat. Saya sedaya-upaya simpan perkara ni dari semua orang sebab saya tak nak malukan dia orang,"

"Mama dengan papa saya pun tak tahu yang saya dah tahu. Saya terdengar perbualan dia orang waktu kecil dulu. Saya tak nak siapa siapa pun tahu sebab bila dia orang tahu, dia orang akan jijik dengan saya,"

Lutut dipeluk erat. Dibiarkan air mata yang mengalir keluar dari tubir mata.

"Saya tak sebaik awak, saya tak sekuat awak. Sebab tu dulu saya nak bertunang dengan awak. Saya nak jaga awak disamping memerlukan sedikit kekuatan awak... Saya tak nak awak kahwin dengan lelaki yang tak faham situasi awak. Nanti kalau awak bergaduh dengan dia, saya risau dia ungkit tentang kesucian awak. Saya tak nak awak sedih,"

Berkali-kali Aniq menarik air hidungnya. Air mata sudah mengalir deras di pipi. Sedikit pun dia tidak memandang Nayla yang sudah mula rasa sebak.

"Tapi bila awak dah tahu, saya jadi malu. Saya rasa macam awak lebih baik berbanding saya. Saya rasa yang saya ni tak layak dengan awak. Saya rasa jijik dengan diri sendiri. Saya tak patut lahir ke dunia ni. Mungkin ini kifarah untuk mama dengan papa, turun pada isteri saya sendiri,"

Air mata masing-masing tumpah lagi dan lagi. Dia sungguh tak sangka, ini sebab kenapa Aniq larikan diri. Malah Aniq menangis selama 3 hari di sini.

Nayla naik sepenuhnya ke atas katil dan merapati Aniq. Pipi lelaki itu ditarik menghadapnya.

"Jangan cakap macam tu. Ini semua takdir Tuhan, kita tak boleh pertikaian tentangnya. Yang dah berlalu, biarkan berlalu. Allah tahu kita mampu lalui ujian ni, sebab tu Allah turunkan ujian ni pada kita. Jangan pertikaikannya,"

Ibu jarinya mengelap air mata Aniq sedangkan air matanya makin berjurai turun. Matanya merenung ke dalam mata berkaca Tengku Aniq Hayqal.

"Ini bukan salah awak. Allah yang tiup roh awak ke dalam rahim mama. Awak tak perlu malu," kepala Nayla tergeleng-geleng menidakkannya.

"Awak ialah awak. Dari mana pun awak, awak tetap suami saya. Allah dah tetapkan awak buat saya. Suami yang saya sayang, saya cinta. Awak syurga saya,"

Mata Aniq lebih berkaca mendengarnya. Sedih. Terharu. Terkedu. Bercampur baur perasaannya tika ini.

"Nak peluk..."

Nayla ketawa kecil. Tanpa berkata, kedua belah tangannya didepakan. Aniq mengesot perlahan mendekati Nayla. Takut-takut pinggang gadis itu dipeluk lalu menyembamkan wajahnya pada dada Nayla.

Dia tersenyum kecil. Tubuh lelaki itu dipeluk erat sambil menepuk perlahan bahunya. Suaminya masih saja menangis mengongoi seperti anak kecil dengan mata terpejam.

"Jangan menangis dah. Allah uji sebab Allah tahu awak kuat. Allah tak kejam,"

Sedikit demi sedikit air matanya mula surut dan diganti dengan kantuk. Dia menunduk memandang wajah Aniq. Hidung, bibir merah, bawah mata bengkak.

Dia juga turut memejam mata dengan tangan masih setia menepuk lagak mendodoikan baby. Bibirnya menguntumkan senyuman.

Hilangkan lah sakitnya ya Allah. Aku lebih rela tanggung sakitnya dari melihat dia yang mengalirkan air mata.

___

Last chapter before balik asrama. Kalau ikutkan tinggal beberapa chapter je lagi tapi keadaan tak mengizinkan hshshs dah balik nanti saya update lagi gerakluu

Continue Reading

You'll Also Like

565 15 35
Puteri Naura Ayreen bukan siapa-siapa. Cuma gadis biasa yang belajar berdikari selepas dilukai, dikhianati, dan tak pernah diterima oleh keluarga tir...
218 2 20
Pertemuan di antara gadis yang mempunyai trauma dengan hubungan masa lalu dan diberatkan dengan ujian keluarga yang sentiasa mendera jiwa dan raganya...
572K 19.5K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
26K 991 32
Kerana wajah yang beku,perlakuan yang sangat cool dan sifatnya yang berbeza,Qaira Qaireena terus jatuh suka pada si jejaka. Kalau sehari tak dapat te...