抖阴社区

TAKDIR | NOVEL [C]

By rsya_rose

58.7K 2.6K 38

"I am writing this letter for Sr. Siti Sarah to be my spouse until the end of my life" - DR. MUHAMMAD TAUFIQ... More

Side-note (EDITED)
Prolog
BAB 1
BAB 2- BHG 1
BAB 2-BHG 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8 - BHG 1
BAB 8 - BHG 2
BAB 9 - BHG 1
BAB 9 - BHG 2
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15 - BHG 1
BAB 15 - BHG 2
BAB 16
ANNOUNCEMENT!!!
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22 - BHG 1
BAB 22 - BHG 2
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
EPILOG
UPCOMING
PREVIEW SPECIAL CHAPTER!
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2
SPECIAL CHAPTER 3
SPECIAL CHAPTER 4
SPECIAL CHAPTER 5
AKAN DATANG!
SPECIAL CHAPTER 2.1
SPECIAL CHAPTER 2.2
SPECIAL CHAPTER 2.3
RANDOM CHAPTER

SPECIAL CHAPTER 2.O

595 8 0
By rsya_rose

Remarks : Sila baca start daripada epilog tau sebab ini extension dan ada yang sama dengan SC versi 1.0

Taufiq merenung ke arah langit yang baru hendak dicumbui oleh terik mentari. Seawal selepas subuh tadi dia sudah keluar untuk berjogging di sekitar taman perumahannya. Bukan selalu dia dikurniakan peluang sebegini. Sejak dia mengambil keputusan untuk kembali terlibat dengan kajian-kajian sebagai associates kepada professor-professor lain di univerisiti, hendak tidur pun dia berkira. Kadang-kala, dia langsung tidak sempat hendak bertegur sapa dengan isterinya Sarah. Manakan tidak, masing-masing tidak sempat bertembung di rumah. Waktu dia pulang, Sarah baru sahaja ke hospital. Begitu juga sebaliknya.

Taufiq mencapai botol air di sisi dan membuka penutupnya. Basmalah dibaca perlahan sebelum air putih dari dalam botol itu meluncur di kerongkongannya. Segar sungguh rasanya. Seperti hilang penat lelah dia berjogging sendirian sejak tadi.

Taufiq meletakkan botol itu kembali. Secara tibatiba, dia terasa seperti ada individu yang memerhatikannya. Pandangan dikalihkan ke kiri. Benar. Ada seorang kanak-kanak lelaki sedang memerhatikan Taufiq bersama satu paket aiskrim di tangan. Taufiq angkat kening sebelah. Taufiq menganggar budak itu mungkin berumur dalam lingkungan kurang sepuluh tahun. Riak anak itu seperti ingin bertanya tetapi entah apa yang menghalang tutur katanya pun Taufiq tidak tahu.

"Ya?" Taufiq akhirnya bertanya bersama suara yang cuba dilembutkan. Tidak mahu menimbulkan rasa gerun pula pada kanak-kanak itu. Iyalah, tubuh badan Taufiq kan agar besar jika dibandingkan dengan budak kecil itu.

"Uncle... Uncle boleh tolong bukakan aiskrim ni?" Budak itu menghulurkan paket aiskrim kepada Taufiq. Bibir Taufiq tersungging sedikit.

"Nak minta tolong itu je ke? Alahai... Boleh." Taufiq menggeleng sambil meleraikan ikatan plastik pembalut aiskrim Malaysia itu dengan tangan. Bagus betul peniaga aiskrim ni. Dah tak perlu gigit bahagian bawah dah, buka saja simpulan bahagian atas aiskrim dengan menariknya. Inovasi yang mengagumkan.

Aiskrim dikembalikan kepada sepasang mata bak helang yang sedang menanti. Senyuman lebar terukir di bibir anak kecil itu sebaik aiskrim Malaysia bertukar tangan.

"Terima kasih uncle!" Taufiq mengangguk.

"Duduk sini, makan. Tak elok makan berdiri." Taufiq menepuk ruang pada kerusi kayu di sisinya. Keadaan di taman itu sedikit lengang. Entah budak ini datang berpenjaga ataupun tidak.

"Boleh ke?" Kening anak kecil itu berkerut. Taufiq tergelak. Comelnya anak orang!

"Boleh... Meh duduk sini. Kalau tak nanti kena culik." Taufiq sengaja berseloroh. Cepat-cepat budak itu duduk di sisinya.

"Datang dengan siapa?" Taufiq terlepas tawa lagi. Belum sempat Taufiq bertanya, dia yang menerima persoalan itu dari dua ulas bibir kecil itu. Sungguh tak disangka-sangka.

"Uncle datang sorang. Uncle tak apa. Dah besar. Awak tu. Datang dengan siapa?" Taufiq berpaling sepenuhnya ke arah budak lelaki yang belum dia kenal namanya itu.

"Saya datang dengan Ibu. Ibu pergi buat apa entah dekat kereta. Aiskrim nanti cair tak sedap. Itu yang Ayden pergi cari orang minta bukakan." Taufiq menggeleng. Pipi anak kecil itu dicubit perlahan.

"Amboi... Banyak akal ye? Kalau uncle jahat macam mana?" Taufiq memancing minat anak kecil yang bernama Ayden itu.

"Uncle tak bagi Ayden gula-gula. Uncle tak suruh Ayden ikut Uncle maksudnya Uncle tak jahat."

"Mana boleh macam tu. Ayden tak boleh senangsenang percaya orang tahu? Sekarang ni, orang hensem macam Uncle pun boleh jadi jahat tahu?" Ayden hanya tersengih. Entah aiskrim perisa apa yang disedutnya. Sekejap-sekejap mukanya berkerut menahan rasa masam yang menjalar ke segenap deria raasa.

Sunyi menghuni suasana sebelum satu suara menyapa mereka.

"Ayden?" Suara wanita itu datangnya dari arah posterior mereka berdua. Cepat-cepat pandangan Ayden terkalih.

"Ya Allah, Ayden Mukhtar! Kenapa jalan sorang-sorang? Ibu risau tau Ayden hilang tiba-tiba. Astaghfirullah." Wajahnya diraup. Pandangan Taufiq jatuh ke arah wanita yang kelihatan seperti baya-baya isterinya itu. Senyum diukirkan manis.

"Maaf Encik. Anak saya memang macam ni. Banyak sikit karenahnya. Maaf ye susahkan Encik." Taufiq menggeleng.

"Tak susah pun. Seronok berbual dengan Ayden ni. Bijak budaknya." Taufiq hampir tergelak dengan susunan ayatnya sendiri. Ayat macam Pak Cik-Pak Cik!

"Encik datang seorang je?" Taufiq mengangguk.

"Haah. Saya jogging sorang. Orang rumah kerja." Taufiq jawab bersama senyuman.

"Baiklah begitu. Terima kasih ye Encik tolong tengok-tengokkan anak saya. Terima kasih. Saya pergi dulu ye?" Wanita itu nampak sedikit tergesa-gesa. Tangan anak bujangnya sudah dicapai untuk membawa budak kecil itu pergi.

"Saya tak buat apa-apa pun." Taufiq menjawab sebelum wanita itu pamit bersama anaknya. Mereka dihantar dengan ekor mata Taufiq.

-

"ASSALAMULAIKUM." Salam yang dihulurkan oleh Sarah dari muka pintu berjawab. Terus bercahaya wajah wanita itu. Ini maknanya Taufiq ada di rumah!

"Abang!!!" Sarah separuh menjerit apabila pintu terkuak bersama susuk gagah Taufiq disajikan di hadapan matanya. Bahagia sungguh hatinya. Bersama senyuman, kedua-dua tangan Taufiq didepakan tanda sudi menerima Sarah masuk ke dalam pelukan hangatnya.

Tanpa menunggu lama, Sarah merelakan diri ke dalam dakapan Taufiq.

"Sarah rindu gila dekat Abang." Sarah seperti hendak menangis. Taufiq menggeleng. Senyum tidak lekang dari bibirnya sejak tadi. Comelnya bini dia!

"Iya ke? kan dah telefon hari-hari. Sehari dua kali. Tak cukup ke?" Taufiq bertanya. Dia beralih sedikit sambil membawa Sarah bersamanya. Sedikit sukar tetapi dengan badan gagahnya, apalah sangat. Pintu ditutup. Tidak mahu melakukan sandiwara di mata umum. Orang lain pun ada isteri juga. Tak manis bermesra di khalayak ramai. Boleh menimbulkan fitnah. Hal rumah tangga sorok saja di balik pintu.

"Mana sama dengan jumpa Abang depan-depan. Dapat peluk. Rindunya bau Abang!" Sarah masih enggan melepaskan pelukan mereka. Naik merah muka Taufiq kerana malu. Manakan tidak, sudah lebih seminggu mereka tidak berjumpa. Taufiq bekerja sehingga malam, Sarah pula balik sejam dua sahaja sebelum subuh. Itupun selepas dua tiga hari berkampung di hospital. Tempoh latihan pakar memang bukan biasa-biasa nampaknya.

"Humaira... Awak belum mandi lagi tahu? Bau sampai rumah seberang sana. Mandi lekas." Taufiq mengusap-usap kepala isteri yang berbeza sebelas tahun daripadanya itu. Usia pernikahan mereka sudah mencecah sepuluh tahun tanpa cahaya mata. Taufiq langsung tak kesah. Anak-anak angkat mereka di rumah jagaan sana bukankah sudah cukup ramai?

"Oh... Sekarang Sarah dah busuk? Dulu-dulu Sarah tak mandi dua tiga hari kerja dekat ED (emergency department), Abang elok je." Dakapan dileraikan tiba-tiba. Sarah memandang tajam ke arah Taufiq bersama wajah cemberut. Marah ni marah! Tak tahu ke kita tengah rindu dia?

Tawa Taufiq makin kuat. Memerah pipinya. Hadeh penat.

"Tak, bukan... Abang pun busuk juga, belum mandi nak dekat maghrib dah ni. Abang usik sikit pun dah tak boleh? Humaira makin mengada-ngada ea sejak nak jadi specialist ni?" Taufiq mencubit pipi kanan Sarah. Wanita itu sedikit cengkung. Risau juga Taufiq.

Ada kalanya dia yang memesan makanan untuk Sarah di hospital kerana isterinya memang selalu lupa hendak makan. Ada kalanya jika sempat, dia pulang untuk masak dan hantar sekejap di hospital. Itu pun guna LalaMove je. Kekangan masa banyak betul!

"Dah-dah. Pergi mandi. Tak elok mandi lewatlewat. Abang nak sambung masak." Sarah laju menjauhkan diri.

"Masak? Abang masak apa? Mana? Nak tengok!" Taufiq menahan tangan Sarah yang sudah hendak menapak ke dapur. Laju betul!

"Humaira, pergi mandi. Nanti turun okay?" Sarah kini menurut. Taufiq menggeleng saja. Macam-macam!

Beberapa minit kemudian, Sarah ke dapur menyapa Taufiq yang sedang menghidangkan menu makan malam mereka. Teruja benar gayanya.

"Lama betul tak dapat makan satu meja dengan Abang." Sarah mencebik sedih.

"Dapat makan pun dah kira rezeki dah Humaira. Jangan lupa bersyukur bahagian tu." Taufiq menarik kerusi untuk Sarah. Sarah duduk tanpa banyak soal.

"Memanglah tapi makan satu meja dengan Abang lain. Lagi-lagi Abang suapkan!" Taufiq tergelak lagi. Parah sangat dah ni Sarah ni.

"Oh... Nak Abang suapkan lah ni?" Sarah tersengih. Taufiq mencedokkan nasi beserta lauk pauk. Siakap stim bersama sayur kubis tumis. Ringkas namun memecah selera. Taufiq duduk di sisi Sarah.

"Baca doa makan, Dr Sarah." Arah Taufiq. Sarah menurut. Taufiq turut sama mengaminkan.

"Bismillah." Ikan dicuit dan digaulkan bersama sedikit nasi sebelum disuakan ke arah Sarah. Sarah mengangakan mulut.

"Sedap?" Sarah mengangguk sambil mengangkat ibu jari sebagai jawapan.

"Nasib baik abang jadi profesor. Kalau Abang jadi owner restoran, lingkup semua restoran kat Malaysia." Sarah memuji sementara menanti suapan kedua disuakan oleh suaminya.

"Mulut manis macam tanam tebu" Taufiq membuat muka. Geli hati dengan Sarah.

"Sarah tanam tengah bibir tau." Taufiq menggeleng. Ada-ada saja.

"Abang..." Taufiq angkat dua kening tanda bertanya. Tangan yang hendak menyuapkan nasi terhenti. Dia dapat rasakan aura suasana mula berubah.

"Abang mesti teringin nak suapkan anak kita kan." Nada Sarah berubah sedikit.

Ahh sudah... Mula dah...

"Apa Humaira cakap ni? Abang kan dah selalu suapkan Qaisara dengan Yusuf?" Taufiq menjawab tenang. Nama dua anak jagaan yang paling rapat dengannya disebut.

"Lain... Anak berbinkan nama Profesor Dr. Muhammad Taufiq Wajdi mesti lain rasa dia." Sarah mencebik kali ini. Senyum tawar diukirkan dalam keterpaksaan.

"Tak elok cakap macam tu. Bukan ke Humaira kata Humaira reda? Humaira nak syurga Adn kan? Ayat lapan surah Al-Bayyinah cakap apa?"

"Sarah cuba, Abang. Reda tu mudah pada bicara, bukan pada jiwa. Lagi-lagi kerja hospital. Hari-hari Sarah nampak budak. Dalam diam rasa nyeri juga. Abang tak dapat apa yang Abang layak dapat." Nada Sarah mengendur.

"Humaira... Dah-dah. Jangan fikir lagi. Nak bagi syaitan dominasi fikiran tu ke?" Taufiq sedikit buntu hendak memujuk sebenarnya. Dia seringkali habis kata. Jujur, dia pun kadang-kadang diusik rasa tetapi dia tahu Allah ada rancangan yang paling baik.

"Sarah minta maaf Abang." Titik-titik jernih mula gugur dari tubir mata Sarah. Pinggan terus diletakkan Taufiq di atas meja.

" Sampai bila-bila pun, ini bukan salah Humaira. Bukan salah siapa-siapa. Alhamdulillah, ada anak-anak dekat Darul Haq tu pun, Abang bahagia dah. Abang rasa cukup. Jangan salahkan diri Humaira lagi boleh?" Ibu jari tangan kiri mengusap pipi yang sudah dinodai titis-titis jernih. Luluh hati Taufiq melihat keadaan Sarah begitu. Entah berapa banyak kali wanita itu menangis mengenangkan perkara yang sama.

"Bahagia mula dengan rasa Qanaah dan reda dengan apa benda sekalipun yang Allah tentukan. Kalau Humaira lemah, minta tolong Abang. Abang tolong okay?" Taufiq sedikit lega apabila Sarah sepertinya terpujuk.

"Dah-dah nanti nasi ni sejuk tak sedap. Buka mulut cepat Tuan Puteri." Sarah senyum hambar. Bersama wajah sedikit sebek menangis tadi, dia menerima suapan suaminya. Anugerah Allah untuknya. Lelaki yang sudi jadi bahu tempat berpauh, penahan tatkala hampir jatuh. Sungguh dia bersyukur untuk itu.

-

SARAH mencantas dahan-dahan pokok bunga kertas yang ditanamnya di hadapan rumah. Baru dua minggu tidak diladeni, sudah nampak tak terurus taman mininya itu. Nasib baik dia dapat cuti sehari. Jika tidak entah apa jadi pada taman mininya itu. Hendak harapkan Taufiq, lelaki itu sibuk dengan kertas kerja dan kajiannya.

"Assalamualaikum." Fokus Sarah teralih. Seorang wanita yang nampak muda dalam lingkungan dua puluhan berdiri di hadapan pagar rumah Sarah. Serta-merta senyum manis Sarah terukir buat wanita itu.

"Waalaikumussalam." Sarah menjawab salam yang dihulurkan. Dia kini menghadap wanita tersebut.

"Ini Masyitah Haura ke?" Pintu pagar dibuka sambil ringan bibir Sarah bertanya.

"Iya, saya. Maaf saya lambat sikit harini. Anak tak sihat. Patutnya lepas Subuh tadi saya sampai dah." Wanita yang mesra dipanggil Masyitah melalui perbualan atas talian mereka semalam menunduk beberapa kali.

"Eh tak apa. Ya Allah, anak macam mana? Elok dah?" Sarah bertanya. Tidak enak pula sekiranya pembantu rumah barunya itu terpaksa meninggalkan anaknya yang sakit demi kerja.

"Alhamdulillah elok sikit tadi saya hantar pada jiran. Jiran saya memang kerja jaga budak. Maaf ye, Puan." Maaf meluncur lagi dari dua ulas bibirnya.

"Baguslah kalau macam tu. Awak jangan anggap saya majikan awak tau. Anggap je saya ni macam kakak atau kawan awak. Boleh?" Sarah memberi arahan dengan jelas. Dia tak mahu Masyitah berasa tidak selesa walaupun wanita itu hanya housekeeper.

"Baik Kak. Saya mula kerja ye?" mengangguk. Dia membiarkan Masyitah ke dapur.

Sarah

Sarah menapak mendaki tangga naik ke bilik. Tangan dibawa mencapai rak buku fiksyen yang terdapat di satu sudut bilik utama sebelum balkoni dia tuju. Dia duduk di kerusi meja kopi.

Sejak dia memulakan tempoh latihan sebagai pakar, Taufiq memang mengupah housekeeper yang akan datang ke rumah setiap tiga kali seminggu. Memandangkan Taufiq dan Sarah masing-masing sibuk, mereka tak mahu pula rumah tunggang-langgang. Lagipun Taufiq mampu. Tak perlu Sarah minta; Taufiq awal-awal tegaskan yang itu tanggungjawab dia sebagai suami. Sarah hanya buat kalau Sarah ihsan.

Sarah bersyukur dikurniakan suami seperti Taufiq. Sangat memahami dan bertimbang rasa. Tak perlu setiap hari dengar nada romantis pun dia dapat tahu yang Taufiq masih sayangkan dia selepas sepuluh tahun mereka berumah tangga. Taufiq bukannya jenis yang sayangkan isteri buta-buta saja. Kalau Sarah ada salah di mana-mana, Taufiq akan betulkan dengan berhemah.

Ketenangan suasana diragut deringan telefon bimbit Sarah. Sebagai refleks, Sarah meninggalkan penanda pada muka surat terakhir bacaannya sebelum menyeluk poket seluar yang dipakainya.

Senyum terlakar di bibir memandang suaminya terpapar di skrin telefon.

nama

"Assalamualaikum cinta hati pengarang jantung dan pemilik syurga Sarah." Sarah laju-laju sapa Taufiq sebelum sempat dia dengar salam dari hujung sana.

"Waalaikumussalam. Humaira jangan macam ni. Abang tak boleh fokus kerja ni kalau Humaira macam ni. Abang ambil half-day karang. Biar assistant Abang settle research paper dia tanpa Abang." Taufiq memberi amaran. Sarah ketawa perlahan. Suka mendengar amaran yang tak berapa menakutkan pemberian Taufiq.

Kalau dia tak bagitahu anak dia demam, Sarah tak expect pun dia dah kahwin dah ada anak."

"Biasalah tu. Orang sekarang masa zaman sekolah pun ada yang kahwin. Kita pun kahwin masa Humaira sekolah lagi." Taufiq ketawa di hujung bicaranya. Sarah hanya tersenyum.

"Terima kasih tau, Abang. Abang always bagi lebih daripada apa yang Sarah harapkan. Maksud Sarah, Sarah masih boleh uruskan hal rumah tapi Abang berkeras juga nak sediakan housekeeper." Ucapan itu tulus dari hati. Benar. Sarah sendiri tak jangka dia akan dikurniakan suami sebegini.

"Kasih diterima."

"Abang. Humaira nak ke bawah sekejap. Tengoktengok Masyitah tu macam mana. Takut karang kesian pula terkontang-kanting sorang-sorang." Sarah sudah mula pamit. Senyap sahaja dia rasa dari atas ni. Takut juga kalau-kalau Masyitah susah sendirian tak mahu bertanya pada dia.

"Ha yelah. Assalamualaikum Zaujati. Nanti petang sikit Abang balik ye in shaa Allah." Taufiq memberi salam. Dia pun tak mahu berlama-lama. Dia berhasrat hendak murajaah sebentar sementara tunggu waktu zuhur masuk.

"Waalaikumussalam Habibi." Sempat bibir mengulum senyum mendengarkan tawa besar milik si suami. Mengada!

-

"Awak okay ke Masyitah?" Sarah bertanya tanpa salam. Sepantas kilat Masyitah berpusing dari menghadap peti ais.

"Okay je Kak Sarah. Alhamdulillah. Ada apa-apa Akak nak minta tolong saya ke?" Masyitah bertanya sambil melipat kain lap di tangan. Barangkali sedang mengemas peti ais.

"Takdelah saja je. Turun ni nak berbual dengan Masyitah. Masyitah umur berapa? Anak pula umur berapa?" Sarah mencipta topik perbualan. Hendak juga dia berkenalan dengan housekeeper baharunya itu.

"Saya dua puluh enam tahun. Anak lelaki saya baru lima tahun." Masyitah menjawab sambil menutup pintu peti ais. Dia berpaling dan menghadap ke arah Sarah yang sedang duduk di meja makan.

"Lah, lelaki? Nama siapa?" Sarah menyambung persoalannya.

"Muhammad Ayden Mukhtar Bin Akhyar." Nama penuh terus dituturkan oleh Masyitah. Senyum tak lekang dari bibirnya. Manis saja wajahnya.

"Sedap nama. Suaminya kerja apa?" Sarah menggamit Masyitah duduk di sisinya. Masyitah hanya menurut walaupun dia masih sedikit segan dengan majikan barunya itu.

"Suami saya dah tak ada. Dia meninggal dunia sebab wabak tiga tahun lepas." Masyitah melakar senyum pahit kali ini. Riak Sarah berubah serba-salah.

"AllahuAkbar. Saya minta maaf ye Masyitah." Masyitah menggeleng perlahan.

"Tak mengapa. Lagipun suami saya dah lama tak

ada."

"Saya kagum awak boleh jaga Ayden sendirian. Awak mesti wanita yang hebat." Sarah mengusap-usap bahu Masyitah memujuk wanita muda itu. Terasa tua pula berdiri di sebelah wanita berusia lima tahun muda darinya.

"Mula-mula memang susah. Lama-lama Alhamdulillah atas sokongan keluarga, saya mampu jaga Ayden." Sarah mengangguk-angguk perlahan.

Masyitah sepertinya hendak bertanya sesuatu tetapi wajahnya tampak serba-salah yang teramat.

"Masyitah tak nak tanya Akak ke?" Sarah bertanya sambil tersenyum manis. Seraya, Masyitah menunjukkan riak bingung.

"Ha?"

"Awak tak nak tanya umur Akak berapa? Dah ada anak ke belum? Suami kerja apa?" Sarah melakar senyum mengusik. Suka juga dia memandang ke arah wajah tulus Masyitah.

"Boleh ke?"

"Kalau Masyitah tak tanya pun, Akak akan cerita juga." Tawa Sarah pecah. Dia menggeleng perlahan ke arah Masyitah. Tangan Masyitah dia gapai dan rangkung sebelum jasad wanita muda itu ditarik bersamanya ke sofa di ruang tamu.

"Akak tua lima tahun je daripada awak. Akak tak ada anak atas faktor kesihatan, tapi Akak ada ramai anak jagaan di pusat kebajikan swasta. Suami Akak jadi lecturer dekat UIA Gombak sana." Lancar sahaja Sarah bercerita.

"Akak kahwin dah sepuluh tahun dah. Alhamdulillah suami Akak okay kami tak ada anak lagi. Cuma Akak lah yang tak okay." Dahi Masyitah berkerut sedikit. Sepertinya cuba menangkap maksud di sebalik kata-kata yang dituturkan oleh Sarah.

"Masyitah muda lagi. Tak ada rasa nak cari ayah baru untuk Ayden ke?" Sarah bertanya pula kali ini.

"Keluarga ada juga tanya macam-macam. Siap kenenkan dengan anak-anak kawan diorang. Tapi saya rasa buat masa ni tak apa kot. Saya masih mampu. Lagipun saya belum jumpa orang yang tepat. Kalau ada nanti adalah. Kalau saya jadi single mother sampai Ayden besar sekalipun, kalau Allah tentukan begitu, saya terima." Masyitah menyusun kata dengan berhati-hati.

"Ha, Masyitah nak dengan suami Akak?"

Rahang Masyitah jatuh. Otaknya dirasakan hilang seluruh fungsi saraf. Saraf tunjangnya seperti terencat segala fungsi simpatetik dan parasimpatetik.

Salam kedengaran terdengar dari luar di pintu. Serentak kedua-dua mereka berpaling. Sarah bangun membuka pintu.

Langsung tak dijangka, Taufiq terpacul saat pintu dibuka. Kening Sarah terangkat sedikit.

"Waalaikumussalam. Eh? Abang bukan puasa ke? Kenapa balik? Lagipun tadi tak beritahu pun nak balik?" Sarah menyambut huluran salam suaminya langsung bertanya.

"Ada urgent meeting petang ni. Abang tertinggal hardcopy for several documents needed in the meeting. Abang balik kejap ni nak ambil lepastu pergi kerja balik." Taufiq membuka kasutnya usai beg bimbit beralih dari tangannya ke tangan Sarah. Dia masuk beriring doa masuk ke dalam rumah. Sarah pula hanya mengekori suaminya.

Masuk sahaja, dia disapa satu susuk sederhana tinggi berdiri berhampiran sofa. Dia sedikit terkejut apabila terpandang seraut wajah itu. Wanita itu juga berubah riak.

"Ha Abang, inilah Masyitah. Cantik orangnya kan?" Taufiq berpaling sekejap ke arah isterinya sebelum bertentang mata sebentar dengan Masyitah dan menunduk sedikit tanda menyapa. Masyitah Haura turut melakukan perkara yang sama.

Taufiq tiba-tiba memetik jarinya.

"Humaira ingat tak Abang cerita pasal budak kecil yang kacau Abang dekat taman tempoh hari? Yang minta tolong bukakan plastik aiskrim tu?" Kali ini giliran Sarah pula berkerut dahi. Beberapa ketika kemudian dia mengangguk.

"Ha, anak Masyitah ni la rasanya yang tegur Abang masatu. Kan Masyitah?" Masyitah sedikit tersentak. Tidak sangka akan diseru begitu. Dia mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Oh, jadi Abang dah kenal lah dengan Masyitah dengan anak dia?" Sarah bertanya lagi.

"Kenal tu tak adalah. Jumpa macam tu je." Sarah mengangguk-angguk lagi. Belum sempat dia bertanya lebih lanjut, Taufiq menyambung bicaranya.

"Abang kena cepat ni. Abang naik kejap ye. Masyitah, nice meeting you again." Sempat Taufiq menyapa Masyitah secara formal sebelum mendaki tangga naik ke tingkat atas.

"Ha itu suami saya. Professor Dr. Muhammad Taufiq Wajdi bin Dato' Paduka Muhammad Talhah. Cuba teka umur berapa?" Secara tiba-tiba Sarah membuka sesi teka-teki.

"Saya tak pasti Kak Sarah. Mungkin 36?" Masyitah tetap juga melayan. Dia baru bekerja jadi dia perlu melayan majikan sebaiknya untuk memberikan impressi yang baik.

"Nope. Suami saya dah 42 tahun." Sarah menjawab lancar.

Masyitah dalam diam sedikit terpegun. Lelaki itu tidak langsung menampakkan diri seperti seorang yang sudah berusia lebih empat puluh tahun. Badan yang tegap dibaluti kemeja kerja sekaligus menyebabkan Masyitah hampir tertipu tentang awalan angka usia jejaka tersebut.

Jambang halus di wajahnya pula menjadi penambah pesona penarik mata.

'Astaghfirullah, Masyitah! Suami orang!" Masyitah cepat-cepat menyedarkan dirinya sendiri sebelum membalas senyum Sarah di hadapan.

"Suami saya cukup serba-serbi. Anak sendiri je belum ada. Masyitah tak berminat?" Sarah melontarkan soalan panasnya sekali lagi. Anak matanya memanah ke dalam anak mata Masyitah Hana.

Masyitah gugup. Bibir diketap rapat.

"Tak apa. Sepanjang dekat sini, kenal-kenal lah. Mana tahu berkenan?" Sarah mengenyitkan sebelah matanya sebelum mendaki tangga menuju ke tingkat atas apabila suara Taufiq kedengaran memanggilnya.

Masyitah masih kaku sambil cuba memproses soalan majikannya.

Continue Reading

You'll Also Like

631K 13K 6
饾懘饾拪饾挋 饾懗饾拏饾拸饾拡饾挅饾拏饾拡饾拞 饾懘饾拏饾拲饾拏饾挌饾挃饾拪饾拏 / 饾懓饾拸饾拝饾拹饾拸饾拞饾挃饾拪饾拏 Ketika masa sudah berubah Ketika Tuhan sudah memperbaiki segalanya Ketika dosa berat ya...
27.7K 1.1K 54
Surat pertama dan terakhir Shifa Wajiha kepada Adamir Ersel sebelum ke University berbeza; "Solat jangan tinggal, jangan lupa. Jangan sampai anak cuc...
465 31 4
"Ara, tak baik kamu paksa-paksa abang dan kakak kamu buat apa yang mereka tak nak, sayang." Datin Diana yang sedang mengupas buah epal di sisi katil...
3.2K 137 14
Dua tahun selepas lafaz yang memisahkan mereka sebagai suami isteri, Sayf dan Nufa bertemu semula di kota Alexandria. Bukan secara kebetulan tetapi k...