ELVIRA melempar beg ke atas lantai lalu dia terus menghempas badan ke katil dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Kaki dihayunkan dengan perasaan gembira apabila Riaz ingin membawanya bertemu keluarganya.
"Wuuu lajunya Riaz buat kerja.. eh wait.. jumpa family? It's mean, dia terima aku ke apa ni?" Monolog Elvira seorang diri dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Dia menjerit gembira disebalik tekupan bantalnya. Sesekali digulingkan badan ke kiri dan kanan dengan riak bahagia.
Tersengih sahaja dirinya ketika ini apabila mendapat tahu bahawa Riaz serius dengannya.
"Eh kejap.. biar betul Riaz ni? Kalau dia nak bawa aku jumpa family dia, aku kena pakai baju tertutup la kan? Haaa kena cari baju!"
Elvira bangun dari baringnya lalu berlari-lari anak ke almari bajunya. Dibuka almari itu lalu menilik pakaian yang ingin dipakai.
Diambil satu persatu pakaian itu lalu diperagakan dihadapan cermin.
"Arghh! Kenapa aku berdebar sangat ni?! Macam mana nak cari baju yang sesuai kalau aku teruja macam ni?! Eiiii Riaz ni kan!"
Marahnya dengan senyuman. Dihentak kaki tanda geram.
Berdebar, takut, cemas, risau, gembira, semua ada!
Bayangkan crush ingin pertemukan kita dengan bakal mertua?! Tak ke berdebar kita ni?!
Dah pecah jantung!
"Ee yang ni macam terdedah. No no.. kalau tengok cara Riaz, aku yakin mesti ibubapa dia baik-baik.. aku kena jadi munafik esok ni.."
Kesudahnya malam itu Elvira langsung tidak tidur kerana dia asyik peragakan baju yang ingin dipakai esok. Terlalu teruja sehingga tak tidur.
Lepas tu kalau esok mata jadi panda, mula la meracau tak tentu hala..
*:・゚✧*:・゚✧
RIAZ termenung di balkoni biliknya. Mata tertancap ke arah jalan raya yang sibuk dihadapannya ketika ini. Tangan ditongkat ke meja. Kuku digigit kejap.
Riaz mendengus kasar lalu menyebak rambutnya ke belakang. Dia bersandar kasar ke kerusinya dengan mata terpejam.
"Idlan Faizi.. aku ingat kau.." gumamnya perlahan lalu dia mencelik mata. Amarahnya makin membuak-buak setelah dia menyebut nama itu.
Tangan dikepal kuat. Urat di dahi mula kelihatan. Rahang diketap kuat.
Dia.. tidak pernah lupa lelaki tak guna itu..
FLASHBACK BEBERAPA JAM LEPAS
Riaz menghentikan kereta dihadapan rumah Elvira tatkala mereka berdua sudah tiba disini. Dia mengekori kereta Elvira dari belakang kerana dia bimbang jika Elvira memandu seorang diri di malam hari begini.
Riaz keluar dari keretanya lalu melangkah menghampiri Elvira yang sedang menghampirinya.
"Thank you a lot Riaz sebab teman i sehingga ke rumah.."
Riaz senyum lalu mengangguk. Diperhati rumah mewah dihadapannya ketika ini.
"Rumah kau?" Elvira menggeleng. "Rumah mummy i.." Riaz gelak. "Sama la tu.."
Elvira mencebik. "Tak sama.. ni rumah mummy i dengan anak ikan dia. I ni menumpang je.."
Riaz senyum kelat mendengar itu. Digaru kejap keningnya. Dia bukannya pandai berkata-kata. Rasa canggung la pula bila berduaan dengan Elvira di malam hari begini.
Elvira kemam bibir kejap lalu berdehem. Sempat dia menyisir rambut yang menghalang pandangannya.
Selepas sahaja Riaz mengajaknya bertemu keluarga Riaz esok, Elvira terus jadi kaku dan malu.
Mungkin kerana berdebar juga kot.. perasaan bercampur aduk ketika ini.
"Masuklah.. dah lewat ni.. nanti mummy kau marah pula aku bawa anak dia balik lewat."
Elvira tergelak. "Seperti yang i cakap, mummy i tak kisah pasal i." Riaz meneguk liur. Ditenung wajah Elvira yang disinari cahaya bulan malam ini.
Terbit senyuman di bibir Riaz. "You're so beautiful.." puji Riaz tanpa sedar. Terjungkit kening Elvira. Tersungging senyuman di bibir merahnya.
"Hah? You puji i ke, Riaz?" Riaz berdehem lalu memejam mata kejap. Dia tersasul!
Elvira tergelak. "Oh my god.. dah merah telinga you.. i perasan kan, telinga you selalu merah bila bersama i. You malu dengan i ke, Riaz?"
"Merapu.." jawab Riaz lalu menggosok kedua telinganya agar telinganya tidak merah. Elvira tergelak melihat itu.
"Elvira? Are you there?" Elvira berdecit mendengar suara garau dari dalam rumah. Riaz pula berpaling ke arah suara itu namun penglihatan dia agak samar-samar untuk mengenali gerangan yang keluar dari rumah Elvira ketika ini.
"Huh. Serabut betul i dengan dia. Bye Riaz, i masuk dulu. Thank you for everything today. I'm appreciate a lot. Thank you juga kerana belanja i makan. You're so gentleman ever." Puji Elvira sebelum dia mengenyit mata pada Riaz.
Terbeliak mata Riaz. Automatik tangan menyentuh dada menahan debaran. Dia berdehem lalu menggaru kening. Malu!
"What do you want Idlan?! Tak boleh ke you bagi i kebebasan sikit? Perlu ke you sibuk sangat hal i?"
"I'm your daddy, sweety.. mestilah i kena ambil cakna tentang anak tiri i."
Berkerut dahi Riaz mendengar suara garau itu. Direnung seorang lelaki yang sedang cuba mengusap pipi Elvira namun Elvira menepis.
"Macam kenal suara tu.." gumam Riaz dengan kening berkerut.
"Stop it Idlan Faizi! Don't ever touch me! I jijik dengan you!"
Terbeliak mata Riaz mendengar nama itu. Automatik tangan menekup mulutnya apabila nama itu terbit dari mulut Elvira.
END FLASHBACK
RIAZ menggenggam erat gelas yang berada di tangannya sehingga pecah. Kelihatan darah mula mengalir dari tangan kekarnya ketika ini.
Namun dia langsung tidak berdesis sakit. Baginya hatinya lebih sakit berbanding dengan apa yang dia rasa sekarang.
"Tak guna.. macam mana dia boleh keluar dari penjara?" Monolog Riaz sendirian.
Ya, dia amat mengenali jejaka bernama Idlan itu. Malah.. dia la yang memasukkan lelaki itu ke dalam penjara dulu..
Riaz mengambil telefon dengan tangan kiri. Ditekan nombor seseorang lalu dia menelefon orang tersebut.
'Hello buddy. What's wrong?'
Riaz memejam mata kejap. "Izzul.."
'Yeah. Tak pernah-pernah kau call aku. Kenapa ni?'
Riaz mengetap rahang. "Jantan tak guna tu dah keluar penjara ke?" Tanya Riaz dengan suara tertahan-tahan.
Izzul gelak di sebalik corong telefon. 'Come on Riaz.. kau kenal aku kan? Jantan tak guna ramai di sekeliling aku. Yang hampir mampus pun ada.. yang kau maksudkan ni siapa?'
Riaz mengeluh. Dia lupa rakan baiknya itu merupakan penjenayah. Penjenayah dalam diam yang amat susah ditangkap oleh pihak atasan.
Izzul Farizqi seorang penjenayah dan juga seorang hacker. Jadi dia pandai melarikan diri dengan cara menyamar menjadi orang lain.
Dia juga sentiasa menukar IC serta passport agar kejahatannya tidak dihidu pihak polis.
Namun, walaupun lelaki itu jahat, dia tidak pernah melakukan kerja kotor menyentuh perempuan. Dia hanya banyak menyentuh darah sahaja..
Darah penyiksaan..
"Jantan tak guna.. yang dah rogol sepupu aku tu sehingga sepupu aku maut.." jawab Riaz dengan penuh dendam.
'Idlan Faizi?'
"Yes."
'Ouh shit.. aku rasa dia dikeluarkan dari penjara dengan ikat jamin seseorang.'
Riaz berdecit. Dipicit kepalanya.
"Siapa?"
'Wait. Aku hack sistem jap.'
Riaz mengeluh. Dia masih terfikir siapakah yang telah mengikat jamin lelaki tak guna seperti Idlan tu?
Dia amat berdendam pada Idlan kerana Idlan telah merogol adik sepupunya kemudian lelaki itu telah melempar adik sepupunya ke dalam gaung.
Memang mengamuk la Riaz ketika itu apabila ahli keluarga kesayangannya mati dengan tragis.
'I got it. Puan Danisha.'
Berkerut dahi Riaz. "What?"
'Puan Danisha.. isteri dia sekarang.'
Riaz mengetap rahang. Isteri dia sekarang? Itu bermakna..
...mummy Elvira?
TBC🤍
Alamak.. masalah datang.
VOTE AND COMMENT❤️