Ezakiel Ezra I : The Soulless...

By BungaLiliath

16.8K 1.2K 163

CERITA BERAT! (HIATUS!) "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh R... More

Introduction
•1•
•2•
•3•
•4•
•5•
•6•
•7•
•8•
•9•
•10•
•11•
•12•
•13•
•14•
•15•
•16•
•17•
•18•
•19•
•20•
•21•
•23•
•24•
•25•
•26•
•27•
•28•
•29•
•30•
•31•
•32•
•33•
•34•
•35•
•36•
•37•
•38•
•39•
•40•
•41•
•42•
•43•
•44•

•22•

295 28 5
By BungaLiliath

Janjinya cuma 4 hari tapi seminggu sudah berlalu. Tiada langsung bayang Ezra di pintu hadapan kedai bunga. Apa yang terjadi? Padahal Yumna yakin Ezra seorang yang berpegang pada janji.

Yumna tarik nafas dalam. Harap keadaan jejaka itu baik-baik saja.

Kadang Yumna sedikit berharap agar telefonnya berdering tapi hampa, tiada apa. Mesej juga langsung tak berbalas.

Mungkin saja dia yang berharap lebih. Mungkin Ezra memang tak nak berjumpa lagi dengan Yumna. Mungkin Ezra sudah tidak sudi datang ke kedai bunga ini.

Yumna geleng kepala perlahan. Jambakan bunga dia betulkan agar cantik susunannya di dalam pasu.

Dia tepis segala perasaan negatif. Tak baik bersangka buruk. Ezra orang yang baik, itu yang pasti. Pasti jejaka itu ada sebab sendiri.

Ting

Laju kepala Yumna memandang ke arah pintu utama. Berharap datangnya orang yang dia tunggu tapi orang lain yang menyapa.

Seorang jejaka yang dia pernah lihat dulu. Jejaka ini pernah datang untuk mengambil pesanan bunga daripada Ezra. Tapi tak sempat dia bertanya nama jejaka ini. Di sebelahnya ada seorang wanita berwajah barat. Wanita itu nampak mewah dengan baju berjenama membaluti tubuh dari atas sampai bawah.

Macam pernah lihat...

"Free ke?" Soal Hanafi sebaik sahaja dia melimpasi bingkai pintu.

Berkerut halus dahi Yumna mendengar bicara jejaka yang berjalan ke arahnya.

"Free? Bunga sini tak free encik." Polos bicara Yumna. Dulu iyalah free sebab Ezra yang borong satu kedai.

Hanafi gamam seketika. Dia tarik nafas dalam. Boleh tahan lurus juga buah hati Ezra.

"Bukan itu maksud aku. Kau tu free ke?" Hanafi tunjuk ke arah Yumna.

Bulat mata Yumna. Gila jejaka ini. Suka hati cakap diri dia percuma.

"Maksud aku, kau ada waktu terluang?" Hanafi betulkan bicara. Melihat reaksi Yumna pasti gadis itu sudah salah faham.

Yumna terus hembus nafas berat. Dia sudah salah tafsir jejaka ini. Tak lama kepala dia angguk kecil. Waktu juga sudah petang, kedai hampir mahu tutup.

Hanafi pandang Daisy seketika sebelum mereka berdua angguk kepala serentak.

"Hello Yumna. My name is Daisy." Daisy berjalan ke arah Yumna sebelum tangan dihulurkan sebagai salam perkenalan.

Yumna kaku seketika bila wanita itu sebut namanya.

Sedar dia mengelamun jauh, Yumna lap tangan pada baju sebelum dia menyahut salam wanita berupa barat itu. Bila wanita itu berdiri lebih dekat nampak sangat cantik. Cantiknya luar biasa. Buat Yumna terpakau.

Exotic sama macam Ezra.

"I've seen you before. You bought some flowers here."

Daisy senyum sebelum mengangguk. Yumna masih ingat pada dia.

"Can we have a moment with you? We need to talk about something. Basically about Carl." Daisy terus bicarakan soal itu tanpa membuang waktu. Dia tak boleh lama di sini memandangkan bila bulan mengambil langit, waktunya tiba untuk dia terbang pergi ke Sepanyol. Kenangan dia di Malaysia cukup indah kecuali bila munculnya Cecilia, semuanya jadi berantakan.

"Carl?" Yumna nampak hairan. Macam pernah dia mendengar nama itu.

"Ezakiel Ezra. His real name is Carl Leo Pierre." Hanafi menjawab persoalan Yumna.

Mulut Yumna melopong kecil. Iya itu nama Ezra. Carl Leo Pierre. Patutlah nama itu sudah tidak asing di benak fikiran Yumna.

"Kau tunggu Ezra?" Hanafi bertanya seraya keningnya naik tinggi.

Badan Yumna jadi tegak. Tunggu? Iya dia sedang menunggu sebab jejaka itu yang kata untuk kembali. Ezra kata yang Yumna cuma perlu fikirkan tentang Ezra lagi 4 hari tapi sudah 7 hari berlalu.

"Kalau nasib diri saya tak kejam, saya sendiri akan datang jumpa awak kembali. Tapi kalau yang terjadi sebaliknya, harap pertemuan kita awak ingat sampai bila-bila."

Bicara Ezra masih Yumna ingat. Pertemuan terakhir mereka. Nasib awak sedang kejam ke Ezra? Sebab itu awak tak datang semula di mana hati awak berada?

"Dia kata dia akan balik lepas 4 hari." Yumna tunduk kepala.

Daisy tak faham bicara mereka tapi emosi yang terlakar di wajah Yumna jelas yang gadis itu sedang sedih.

"Kalau aku cakap yang dia tak akan balik dan jumpa kau, macam mana?" Hanafi bertanya lagi.

Yumna angkat wajah. Dia gamam mendengar soalan Hanafi. Ezra tak akan balik lagi?

Yumna paksa bibir untuk ukir senyuman palsu.

"Tak apalah. Kalau dia betul tak nak balik, saya tak akan paksa. Kalau dia tak nak jumpa saya lagi, saya okay aje." Yumna cuba tepis perasaan sedih. Kalau betul orang sudah tidak mahu berjumpa dia lagi, dia tak akan memaksa. Itu lumrah kehidupan, tak semua yang kita suka akan kekal bersama kita.

Hanafi pandang ke tepi. Riaknya sayu sambil matanya bertembung dengan anak mata Daisy cuba menyampaikan sesuatu. Nampak sangat semua yang keluar daripada mulut Yumna cuma dusta.

Daisy capai tangan Yumna buat Yumna memandang ke arahnya.

"Let me get straight to the point; he's in love with you Yumna. But now something gets in his way, and he needs to forget everything."

Mata Hanafi membesar. Mereka baru saja bermula tapi Daisy terus ke topik yang itu. Aduh! Patutnya satu demi satu. Terkejut Yumna nanti.

Tepat tekaan Hanafi, dahi Yumna berkerut seribu.

Berkelip-kelip mata Yumna. Dia salah dengar bukan?

"We haven't reach to that point yet Daisy." Bisik Hanafi keras.

Daisy lepaskan gengaman tangan Yumna sebelum dia tutup mulut dengan tapak tangan.

"I don't know. You guys keep on speaking in Malay. I don't even understand." Daisy turut bisik pada Hanafi. Manalah dia tahu mereka sudah sampai ke topik mana, ingatkan sudah sampai ke topik akhir. Cubalah cakap dalam bahasa yang dia boleh faham.

Serentak mereka berdua pandang ke arah Yumna yang sudah kaku di posisi.

"Iya, Ezra suka pada kau. Rasanya kau pun sedar... ke tak?" Sudah alang-alang Daisy sampai ke topik itu, tak ada apa lagi yang perlu disembunyikan oleh Hanafi.

Yumna geleng kepala perlahan. Dia hanya anggap semua yang Ezra lakukan hanya atas dasar insan yang ada hati nurani.

"Dia sendiri mengaku dan dia minta aku beritahu pada kau yang dia tak gay. Daniel dan dia tak ada apa-apa. Dia tak nak kau salah faham." Jelas Hanafi lagi.

Mulut Yumna sudah terkunci. Susah dia ingin proses semua bicara Hanafi kerana baginya ini semua terlalu tiba-tiba.

"Tapi... aku tak pasti kalau Ezra balik dia akan ingat kau lagi atau tak. Aku sendiri pun tak pasti kalau dia ingat aku atau tak. Sesuatu terjadi di Sepanyol dan sebab itu Ezra masih di sana."

Yumna halakan tangan pada Hanafi. Minta bersabar. Bagi Yumna sedikit masa untuk berfikir.

"Tempat Ezra berurusan di Sepanyol?" Sebelum ini Yumna tak bertanya pada Ezra. Patutlah kata Ezra jauh. Benar jauh.

Hanafi angguk kepala sekali.

"A-apa jadi pada dia? Kemalangan? Sebab itu dia lupa ingatan?" Hanafi diserang soalan Yumna.

Namun soalan Yumna hanya dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Hanafi tiada hak nak ceritakan tentang keadaan Ezra. Apatah lagi nak ceritakan tentang Ezra sebagai ahli keluarga Pierre.

Daisy pandang Hanafi yang sedang gigit bawah bibir. Susah sungguh bila tak faham bahasa asing.

"All you need to know, he potentially will forget about you and even us. And you need to know that he's in love with you. Selebihnya, aku tak ada hak nak cerita." Hanafi angkat kedua tangan. Itu saja yang dia mampu cerita saat ini. Tujuan dia ke sini pun semata-mata nak sampaikan pesanan Ezra tempoh hari sekaligus beritahu Yumna yang Ezra masih berada di Sepanyol. Takut jika Yumna menunggu tapi bayang Ezra saja tak ada di Malaysia.

"Saya akan buat tak dengar soal dia suka saya atau tak. Rasanya perkara tu tak penting." Pasti dusta semua yang dikatakan oleh Hanafi. Mustahil lelaki seperti Ezra jatuh hati pada dia yang biasa. Yumna bahkan punya kisah gelap. Lelaki seperti Ezra tak patut suka pada gadis seperti Yumna. Dia dan Ezra juga tak kenal lama.

"Tak penting bagi kau tapi percayalah cakap aku yang kau penting bagi Ezra. Ezra tak habis-habis sebut nama kau. Kau ada tempat di hati dia, faham tak?" Sakit hati Hanafi mendengar Yumna menganggap perasaan Ezra tak penting.

"Rasanya encik salah tafsir kata dia-"

"Tak. Aku dengar dengan kepala telinga aku sendiri. Dia sendiri minta aku sampaikan pada kau. Dia suka kau. Kalau bukan sebab dia dibela oleh keluarga sial tu, memang dah lama dia ajak kau kahwin." Tak pasal-pasal Hanafi naik geram sampaikan isu keluarga Pierre dibangkitkan.

"Kalau betullah Ezra lupa kita semua, sekurang-kurangnya kau tahu dia suka kau. Dan aku pun dah sampaikan semua yang Ezra nak sampaikan sebelum ni. Aku tak tipu Yumna." Tegas Hanafi.

Daisy yang berdiri di sebelah hanya angguk kepala. Tak tahulah apa yang sedang berlaku. Lebih tepat lagi, Daisy tak faham langsung topik mereka sekarang ini.

Yumna pandang mata Hanafi lama. Soal perasaan ini semua tak penting tapi yang penting sekarang ialah keadaan Ezra. Cara Hanafi berkata sekarang seperti Ezra sedang dilanda masalah.

"Itu saja aku nak cakap. Kau boleh tunggu Ezra tapi aku tak tahu berapa lama. Aku tak nak kau tunggu Ezra hari demi hari tapi kenyataannya Ezra tak akan jejakkan kaki lagi di sini. Tapi apapun yang terjadi, kalau kau nak tahu keadaan Ezra, kau telefon aje aku." Hanafi keluarkan satu kad kerja dari dalam poket. Dihulurkan kad itu pada Yumna. Manalah tahu Daisy dapat bekalkan maklumat tentang keadaan Ezra sebaik sahaja Daisy kembali ke Sepanyol. Boleh Hanafi berkongsi maklumat itu pada Yumna.

Yumna berfikir sejenak sebelum dia gapai kad di tangan Hanafi.

"Muhd. Hanafi Ariths. Ariths?" Yumna baca muka kad sebelum pandangannya terpaku pada Hanafi.

"Ada apa-apa, call aku." Pesan Hanafi.

"We need to go now Daisy"

Daisy hanya angguk kepala. Sudahnya dia langsung tak kata apa-apa. Language barrier.

"Take care of yourself and see you when I see you Yumna." Daisy hadiahkan senyum pada Yumna. Yumna juga membalas senyuman itu tapi kelat.

Tak lama, bayang Hanafi dan Daisy menghilang.

Yumna letakkan kad Hanafi pada atas meja. Badannya duduk pada atas kerusi. Kepalanya mendongak memandang siling. Nafas ditarik perlahan sebelum dihembus.

Ezra suka dia? Ezra?

Mustahil. Ezra dan dia cuma sebatas pelanggan dan penjual. Macam mana ada yang jatuh hati?

Yumna yakin itu cuma perasaan sementara atau Ezra bercelaru dengan perasaan sendiri. Tak lama pasti perasaan itu pudar. Mungkin sebab mereka banyak berbual menandangkan Ezra pelanggan kedai, buat Ezra terbuai akan perasaan. Perasaan itu semua tak betul. Ezra cuma tak dapat bezakan perasaan suka dan kasihan.

Yumna tutup mata rapat. Adakah dia sedang menafikan? Atas dasar tak layak buat Ezra, buat dia tepis bicara Hanafi.

Buat masa sekarang, Yumna akan anggap semua itu tak betul. Pertemuan mereka tak lama, tak ada sebab untuk Ezra suka pada dia. Mereka hanya sebatas kenalan. Ya, cuma kenalan.

***



Continue Reading

You'll Also Like

155K 3.7K 67
Bagi Farhan, Haniya terlampau menjengkelkan. Gadis itu sentiasa mengejar cintanya yang tidak pernah ada buat Haniya. Lelaki ini ingin...menjaga ikhti...
464K 13.1K 52
Tengku Daniel Rayden, seorang ahli perniagaan yang hebat menempa nama di persada antarabangsa. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan sesiapa s...
68.5K 1.6K 45
𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke da...
5.4K 414 51
Perkahwinan yang dibina pada mulanya hanyalah satu daripada rancangannya. Peristiwa yang berlaku pada malam itu juga merupakan salah satu daripadanya...