ถถา๕ษ็ว๘

SOFEA

By itswynaa

204K 7.7K 655

[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami... More

๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€ ๐€ ๐ƒ ๐‘ ๐ˆ ๐„ ๐€ ๐ ๐€
๐ŸŽ๐Ÿ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐ŸŽ๐Ÿ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐ŸŽ๐Ÿ‘ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐ŸŽ๐Ÿ’ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐ŸŽ๐Ÿ“ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐ŸŽ๐Ÿ” - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐ŸŽ๐Ÿ• - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐ŸŽ๐Ÿ– - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐ŸŽ๐Ÿ— - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐ŸŽ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ‘ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ’ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ“ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐„ ๐— ๐ ๐‹ ๐€ ๐ˆ ๐ ๐€ ๐“ ๐ˆ ๐Ž ๐
๐Ÿ๐Ÿ• - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ– - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ— - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐ŸŽ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ‘ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ’ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ“ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ” - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ• - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ– - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ๐Ÿ— - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ‘๐ŸŽ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐Ÿ‘๐Ÿ - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€
๐„ ๐ ๐ˆ ๐‹ ๐Ž ๐†
๐‘ ๐€ ๐˜ ๐€ ๐„ ๐ƒ ๐ˆ ๐“ ๐ˆ ๐Ž ๐
๐„ ๐ ๐Ž ๐Ž ๐Š ๐‹ ๐€ ๐™ ๐„ ๐

๐Ÿ๐Ÿ” - ๐’ ๐Ž ๐… ๐„ ๐€

5.5K 199 21
By itswynaa

SEPERTI yang dijanjikan semalam, mereka kini berada di rumah mama dan papa Sofea. Mujur lah Nek Peah dan atuk juga ada di rumah itu, kalau tak, nanti dua kerja pula kena balik kampung.

Sofea hanya diam sedari tadi. Dia berdebar dan menahan sebak. Mata bertentang dengan iris mata Hariz. Lelaki itu tersenyum nipis, meyakinkan Sofea. Jari-jemari isterinya digenggam kuat.

Bibir diketap. Mata dipejam seketika sebelum nafas dihela. Sofea kembali membuka matanya dan menentang mata mamanya. Sedaya-upaya dia menahan tangisan.

Dia rindu orang tua dan keluarganya, tapi hati dia sakit apabila teringat akan khianat yang ahli keluarganya lakukan. Dia masih tak boleh mencerna, bagaimana ahli keluarga boleh berlagak seperti tiada apa yang berlaku apabila melihat dia menangis di 'kubur' Hariz selama tiga tahun berturut-turut.

"Mama minta maaf ya, sayang? Mama tahu mama salah sebab tak bagitahu Pia, tapi mama cuma tak nak Pia cari Hariz sebab polis pun tak jumpa jasad Hariz masa tu. Maafkan mama," Puan Syera menunduk.

Betapa syukurnya dia rasakan saat melihat kehadiran anak bongsunya di muka pintu tadi setelah lebih sebulan dia langsung tak menerima khabar Sofea.

Sofea hanya menunduk sambil menggenggam tangan besar Hariz semakin erat. Hati dia cepat luluh, dia tak sanggup mendengar suara bergetar ibu yang melahirkannya memohon ampun dengan dia.

Dia tak layak. Dia pun bukan anak yang baik, dia cuma kecewa.

"Papa pun... minta maaf. Sepatutnya papa dah halang Pia daripada terus melawat kubur tu. Tapi papa tak buat."

"Aku yang salah, Pia. Aku yang takut kau jadi lebih gila bila tahu Hariz masih hidup. Aku yang halang semua orang bagitahu kau supaya kami semua boleh cari Hariz dalam diam aje." Nek Peah mencelah.

Dia melutut di hadapan Sofea dengan mata yang mula berkaca.

"Aku minta maaf, Pia. Aku jahat. Dari awal, memang aku yang jahat. Aku minta maaf,"

Semakin memberat tangisan Sofea. Dia tak sanggup lagi!

"Pia maafkan semua. Maafkan Pia juga sebab... terlalu ikutkan perasaan." Kalau dia terima takdir Tuhan atau dia lebih peka, pasti tiga tahun sebelum ini dia dapat melakukan sesuatu yang boleh buatkan dia bangga dengan diri sendiri.

Bukannya mempersoalkan takdir dan hidup di masa lalu.

"Assalamualaikum," suara lembut itu kedengaran. Semua mata mula memandang ke arah pintu.

Susuk Syahira kelihatan. Gadis itu baru pulang dari memilih cincin kahwin. Perkahwinannya akan berlangsung tak lama lagi. Sebenarnya, lama juga lah dalam sembilan bulan lebih lagi.

Tapi tak salah sediakan awal-awal, kan?

"P-Pia? H-Hariz?"

•••

SOFEA tersenyum lebar. Lengan Hariz dipaut dengan rasa girang. Kepala dilentokkan ke atas bahu suaminya bersama pandangan yang dilemparkan ke laut yang luas terbentang.

Ya, mereka di pantai belakang kafe Tiara lagi. Entah mengapa, Sofea rasa ingin sentiasa ke pantai. Rasa tenang melihat ciptaan Allah yang satu itu. Lagi-lagi bersama suaminya, Hariz Jibrail.

"Aunty Pia dah jadi mama Zen ke?" tanya Lazen yang baru saja muncul dengan air coklat kegemarannya.

Sofea senyum lantas mengangguk. Apa salahnya. Walaupun Lazen bukan anak Hariz, sekurang-kurangnya Lazen anak Luth. Kawan baiknya.

"Zen nak panggil Aunty Pia, mama Pia ke?" tanya Sofea kembali. Pipi tembam Lazen dicuit geram.

"Nak! Mama Pia!" panggil Lazen.

"Ya, Lazen sayang?"

"Wah! Seronoknya ada mama Pia!" Lazen melompat gembira sambil berlari di atas pasir pantai.

Sofea yang melihat itu tersenyum senang. Comel betul.

"Dinda happy?"

Sofea angguk laju.

"Happy sangat. Terima kasih, abang. Sebab bantu Pia berbaik dengan family Pia lagi. Kalau tak, mesti sampai sekarang pun Pia tak akan berbaik dengan dia orang semua walaupun hanya Allah yang tahu betapa Pia rindu semua."

Hariz mencium ubun-ubun isterinya bersama senyuman. Syukur lah. Melihat isterinya bahagia buatkan Hariz lupa tentang sesuatu yang mengganggu hatinya dari tadi.

Ketidaktenteraman hatinya sekurang-kurangnya lega sedikit setelah melihat senyuman Sofea. Andainya waktu boleh diputar kembali, dia tak akan pernah tinggalkan isterinya.

Dia tak mahu berpisah lagi dengan Sofea. Walaupun saat ini dia milik Sofea dan Sofea miliknya, tapi tetap tak boleh mengubah kenyataan bahawa dia mempunyai isteri kedua.

Dia tak boleh berat sebelah, itu permintaan Sofea.

"Abang nak masuk kerja balik, nanti Kak Tya membebel sebab asyik curi tulang." Ujar Hariz sebelum melabuhkan ciuman di dahi Sofea.

Sofea hanya senyum mengiyakan. Dia punya shift dah habis pukul tiga tadi. Sengaja hari ini dia ambil pagi dan Hariz petang supaya ada yang boleh jaga Lazen dan Jusof.

Susuk Hariz yang kian menjauh dipandang dengan senyuman yang masih mekar di bibir. Ya Allah, jika ini mimpi, tolong jangan kejutkan dia. Dan kalau boleh dia nak kembali ke masa lalu.

Di saat dia baru saja berkenalan dengan Hariz. Saat itu adalah saat yang paling bahagia buat dia... Err, tolak bahagian Nek Peah yang tak suka Hariz tu.

"Jauh termenung, laki kau mana?"

Lamunan Sofea tersentak. Dia menoleh memandang susuk yang menegur. Senyuman nipis terukir. Dia mengesot ke tepi sedikit untuk memberi ruang Luth melabuh duduk.

"Hariz baru masuk kerja tadi." Jawab Sofea sebelum kembali memerhati Lazen. Takut kalau Lazen bermain mainan yang berbahaya memandangkan dia yang bertanggungjawab menjaga Lazen dan Jusof.

Jeda. Hanya suara Lazen dan pengunjung lain yang kedengaran. Dalam diam, Sofea mengetap bibir. Kepalanya rasa berdenyut-denyut terutamanya di belakang kepala. Keningnya berkerut hebat.

"Kau okey ke?" tanya Luth yang peka terhadap perubahan wajah Sofea.

Sofea masih menahan sakit kepalanya.

"Entah lah, kebelakangan ni kepala aku asyik sakit aje." Sofea mengurut belakang kepalanya. Sakit yang amat!

Duduk dengan Hariz tadi pun sedaya-upaya dia menahan sakit agar tak membuatkan suaminya risau. Sakit di kepalanya kian mencengkam!

"Kau... pregnant ke? Dah check?" soal Luth tanpa segan-silu.

"Apa kau mengarut ni, yang bukan-bukan aje!" Sofea membantah. Apa punya soalan lah.

"Tak pelik, lagipun kau ada suami..." Luth masih dengan pendiriannya.

Kini dua-dua diam. Sehingga Lazen datang dengan termengah-mengah setelah penat bermain.

"Mama Pia, Zen nak aiskrim boleh tak? Jusof pun nak juga." Kata Lazen bersama mata bundarnya.

"Mama Pia?"

Lazen mengangguk yakin ke arah Luth.

"Mama Pia dah jadi mama Zen, uncle Luth! Mama Pia dah kahwin dengan daddy." Dengan penuh teruja Lazen memberitahu.

Sofea tersenyum ke arah Lazen. Rambut kanak-kanak lelaki itu diusap lembut.

"Mama, Pia? Really?"

Senyuman lebar terukir di bibir ranum gadis itu sebelum mengangguk yakin.

"Anak kau, anak aku juga." Bisik Sofea.

Luth mencerlung tajam ke arah Sofea. Dia tak mahu Sofea ada hubungan apa-apa dengan Julia. Kalau Lazen panggil Sofea dengan panggilan mama, Julia pasti akan dapat tahu juga nanti.

Kalau boleh, dia memang tak mahu Sofea ada apa-apa hubungan lagi dengan Julia kerana dia kenal seorang Julia Athirah.

"Mama Pia, boleh tak? Zen nak aiskrim..." Suara Lazen membuatkan cerlungan Luth terhenti.

"Baiklah, jom! Nanti pujuk Aunty Tya, suruh belanja Zen, okey?"

Lazen angguk dengan teruja walaupun dia tak tahu apa maksud belanja. Yang penting, dia dapat aiskrim.

"Jom," ajak Sofea. Dia berjalan bersama Lazen sementara Luth mengendong Jusof.

Mereka berjalan bersama ke arah Tya's Cafe. Lazen pula tak henti-henti bercakap dengan Sofea tentang apa yang dia baru saja bermain tadi.

Maklum lah, dia seorang diri. Adik dia pun kecil lagi. Memang Sofea, Luth atau Hariz lah yang akan menjadi tempat Lazen bercerita tentang permainannya.

"Papa ada dekat dalam ke, mama Pia?"

Sofea mengangguk bersama senyuman. Teruja betul Lazen nak mendapat aiskrimnya.

"Assalamualaikum," ujar Sofea perlahan sebelum mula melangkah masuk ke dalam kafe itu.

Wajah penuh senyuman di wajah Hariz menjadi pemandangannya. Sofea mendekati suaminya.

"Lazen nak aiskrim, boleh Encik Komander tolong buatkan?" tanya Sofea bersama senyuman menggoda.

Hariz ketawa kecil. Lama betul dia tak dengar perkataan komander itu. Dia rindu, tapi apakan daya, nak kembali itu susah.

"Untuk bidadari syurga Hariz Jibrail, apa-apa saja boleh." Balas Hariz bersama senyuman persis mencairkan ais kutub.

Sofea pula ketawa kecil. Padahal bukan dia pun yang nak makan aiskrim. Mujur lah tak ada pelanggan yang beratur saat ini.

Bunyi loceng membuatkan Sofea secara automatik menyatakan ayat rasmi kafe itu. Maklum lah, dia dah terbiasa.

"Selamat datang ke Tya's Cafe," secara serta-merta juga, Sofea menoleh ke arah pintu.

Serta-merta juga, tubuhnya kaku. Matanya kemudian tertunduk ke arah perut wanita itu yang sedikit kelihatan. Tak terlalu besar, namun cukup untuk orang-orang tahu bahawa dia mengandung.

"J-Julia,"

•••

welcome to era kesengsaraan sofea ~~

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 41.8K 26
"Hoi! Buta ke?" "Maaf encik. Saya nak cepat. Saya tak sengaja langgar. Maaf sangat-sangat." "Lain kali mata tu letak jelah kat tapak kaki. Ada kat mu...
2.5K 284 5
"Hello what's up guys... lama tak jumpa." - TROY RYLAN COLLINS "Iya! Rindukan kami tak?" - ARLO BRIAN SHANE "Kalau rindu, jemputlah baca kisah santa...
3.3K 146 7
"Marry me, Mi pequeรฑo pastelito" -Tengku Asyraf Eman Leo- Tengku Asyraf Eman Leo atau dikenali sebagai TAEL adalah seorang lecturer di Univ...
75K 1K 13
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...