ถถา๕ษ็ว๘

Dia Untukku (C)

By aisyynaa

15.8K 1.5K 321

You drew memories in my mind I could never erase. You painted colors in my heart I could never replace. Tengk... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57

BAB 8

281 40 19
By aisyynaa

Nayla memunculkan dirinya semula kepada Aniq.

"What do you mean?"

"Kau tak nampak lagi ke Nayla? Tak sedar cara Marissa layan kau?" Nayla berjalan mendekati Aniq dengan pantas. Terkejut Aniq melihat langkah Nayla yang drastik itu. Terasa seperti pembunuh mendekatinya.

"Wait... Aku tak faham," Nayla mencekak pinggang.

"Kau nak kata yang Marissa tu berlakon jadi Farhan?" soal Nayla. Melihat anggukan Aniq membuatkan dia tertawa sinis.

"Aku kenal lah Marissa tu. Dia orang yang baik. Dia alim. Takkan dia nak berlakon jadi Farhan. Apa motif-"

"Dengar dulu boleh?" Nayla jeda.

"But still... Apa motif dia buat semua tu. Like, aku dah memang berkawan dengan dia. Aku memang rapat dengan dia. Untuk apa dia buat semua tu? Heh. Pelik peliklah kau ni," kata Nayla sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Jadi kenapa aku kenalkan diri aku as Anay? Kenapa tak bagitahu nama sebenar aku je sedangkan dia memang kenal aku," soal Aniq. Nayla mengangkat kedua belah bahunya.

"Mana tahu sebab kau jealous ke apa. Manalah aku tahu. Yang aku tahu, lepas kau kenalkan diri kau, Farhan jadi selalu caring tentang aku, selalu kisah tentang aku, selalu call aku malam malam-"

"Sampai Isyak kau pun ke laut," perli Aniq. Nayla diam. Ini mesti abang Ilham yang report.

"Sebab tu aku kenalkan diri aku as Anay. Aku tahu dia akan jealous. Bila dia jealous, dia akan cari jalan supaya kau tak tawar hati dengan dia dan tak akan bersama dengan aku," terang Aniq. Nayla mengangguk perlahan. Beberapa saat kemudian dia menggeleng dan mengangguk. Lalu menggeleng semula.

"Mana kau tahu semua ni? Like, kau budak sekolah agama. Marissa tu budak sekolah harian. Macam mana kau boleh kata Marissa tu schoolmate kau?" Nayla mula meragui perkara tersebut. Dia masih lagi dibelenggu. Kejap itu, kejap ini. Apa benda ni.

"Marissa tu schoolmate aku. Dari aku tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Kitorang satu kelas selama 3 tahun. Aku siap pernah couple dengan dia," Aniq jeda.

"Tapi aku putus dengan dia bila tahu dia tu LGBT or more to biseksual," Nayla terpempan. Tak sangka rakannya sebegitu.

"Dia kata dia nak berubah, tapi dia menyamar jadi lelaki bila dengan orang lain,"

Aniq meramas tangannya sendiri. Cuba mengumpul kekuatan. Nayla pula sudah duduk semula di depan Aniq.

"Aku tak tahu apa kenapa dia boleh jadi biseksual. Pengaruh kawasan sekeliling mungkin. Yelah, dikelilingi perempuan kat asrama kan. That's why aku suruh kau jauhkan diri dari 'Farhan'. Aku dapat rasakan dia tu bukan lelaki. Tambah tambah kau berkawan baik dengan Marissa. Kau tu..." Aniq menunduk setelah menggantungkan ayatnya. Seolah menilik tubuh Nayla

"...dahlah cantik, menawan. Baik pula tu. Tak mustahil Marissa boleh jatuh suka dekat kau. Sampai kau pun tertipu sebab baik sangat," Aniq mengertap bibir, menahan diri dari tersenyum ataupun lebih kepada gelak. Nayla yang asalnya nak terharu terus rasa nak maki.

"Kepala kau-"

"Sejak bila kau pandai mencarut ni?" Aniq mengangkat kepalanya memandang Nayla serius.

"Waktu kecil dulu elok je mulut tu. Kenapa dah besar ni jadi lain pula? Mana pergi Nayla yang innocent yang periang. Baru je tadi aku kata kau baik. Takkan tak sampai satu minit terus keluar perangai buruk?" Aniq menyoal bertalu-talu. Nayla menunduk, rela dimarahi. Dah serupa anak kena marah dengan ayah.

"Haish elok dari topik Marissa tukar jadi topik Nayla," Aniq memandang wajah Nayla dengan lama sehingga naik segan Nayla dibuatnya.

"Kalau aku kata aku suka kau?"

Nayla mencerlung memandang Aniq.

"Kau what?!"

"Apa?"

"Kau suka aku?"

"Iya, kenapa?" soal Aniq polos. Nayla masih tak percaya. Seriously, crushku sewaktu kecil? Beberapa saat kemudian, Aniq baru dapat apa yang difikirkan oleh Nayla.

"Bukan suka yang tulah! Aku bagi idea. Apa kata, aku kata kat Marissa yang kau girlfriend aku. Okay?" cadang Aniq. Nayla pantas menggeleng laju.

"Kesianlah dia... Tiba-tiba aku curang. Padahal dia tak buat salah apa-apa pun," Nayla mengerut mendengarnya. Aniq dalam hati rasa nak jentik je dahi si Nayla tu.

"Kan aku dah kata kau ni baik sangat. Lepas tu senang ke kena tipu," Aniq tak habis lagi mengutuk Nayla.

"Buat apa kau nak bagitahu dia yang aku girlfriend kau?" Tak ke dia lagi berusaha nak dapatkan aku?" buat pertama kalinya, Nayla berfikir di luar kotak.

"Siapa yang konon nak bukti tadi?"

"Perlu ke guna idea tu?"

"Habis kau nak aku guna idea apa?"

"Cara lain lah,"

"Lain tu macam mana? Apa?"

"Apa-apa,"

"Apa-apa, apa?" akhirnya Nayla diam saja. Mengalah.

"Kau buat jelah apa-apa yang kau nak buat. Aku ikut je," Nayla mengendurkan badannya. Lenguh badan dia. Tambah lagi dengan asyik buka mulut, bersuara.

"Okay. Esok ke malam ni ke, kau ajaklah si 'Farhan' tu dating. Aku ikut sekali," arah Aniq. Nayla hanya mengangguk mengikuti. Dah itu je kerja dia sekarang ni. Mengangguk.

"Dah, tamat perbincangan. Aku nak jumpa Adli," Aniq mula bangun untuk beredar.

"Abang Adli tahu ke Marissa tu..." Aniq mengangguk.

"Baki lagi 2 tahun tu, Adli yang sekelas dengan dia. Adli lah yang suruh aku cari tentang 'Farhan' tu. Marissa pun sama," Nayla tidak membalas. Aniq terus masuk meninggalkan Nayla di luar.

***

'Jom dating. Kalau tak kita putus'

Pesanan itu dihantar pada Farhan. Yeah, Nayla is savage. Tanpa menunggu balasan, terus dia bersiap dan menyuruh Aniq bersiap juga. Beberapa minit kemudian, Nayla sudah siap berhoodie hitam dan serba hitam.

Apabila dia turun ke tingkat bawah, Aniq sudah berada di pintu utama rumah.

"Ha Nayla, ni Aniq datang. Nak pergi belajar sayur ke?" usik Ilham. Nayla tidak membalas apa-apa, hanya menyalam tangan milik Ilham. Mukanya tiada secebis senyuman.

"Nanti bagitahu mummy tau, yang Nayla keluar dengan Aniq. Tak lama pun, sekejap je. Tak sempat nak bagitahu mummy sebab kecemasan. Thank you, sayang abang Ilham," Nayla terus keluar memakai kasut.

"Aku pergi dulu," Aniq bersalaman bersama Ilham. Dia terus mengejar langkah Nayla yang menuju ke kereta Porschenya. Dia membuka kereta dan masuk bersama Nayla.

"Kau okay tak ni?" soal Aniq perlahan. Nayla mengangguk lemah. Kepala disandarkan pada tingkap, memandang ke jalan raya. Tidak mempedulikan Aniq di sebelahnya. Aniq pun tanpa banyak kata terus memandu kereta membelah jalan.

Aniq tahu, Nayla berat hati nak putus dengan Farhan. 2 tahun bersama, siapa je tak sedih. Dia pun sebenarnya tak sampai hati nak putuskan mereka berdua. Putus cinta, maka putus juga persahabatan mereka.

Love is possible after friendship
but
Friendship after love is so hard

Namun jika dibiarkan, Nayla boleh turut terpesong. Dan dia tiada pilihan lain selain menyelamatkan Nayla. Dia pernah cuba untuk ubah Marissa. Dan Marissa juga pernah berjanji untuk berubah. Akan tetapi itu semua hanyalah dusta semata-mata.

Depan Aniq, belajar untuk berubah. Tetapi di belakangnya, dia menyamar menjadi lelaki. Bila berjumpa semula di universiti tempoh hari, dia sangka Marissa sudah berubah kerana tidak dikelilingi oleh pelajar perempuan seperti di asrama.

Rupanya dia silap. Malah lebih teruk, orang yang dia kenal dan sayang menjadi mangsa.

"Aniq, jalan!" suara Nayla menyentakkan lamunannya. Pantas dia menekan pedal setelah mendengar bunyi hon kereta.

"Tadi kau tanya aku, aku okay ke tak. Tiba-tiba kau pula yang tak okay. Kau takut nak hadap Marissa ke? Ke takut sebab nak jumpa ex girlfriend?" Aniq pantas menggeleng.

"Tak, aku okay je. Tak apa," Aniq cuba untuk fokus pada pemanduannya, tetapi gagal. Bukan kerana sedang berfikir, tetapi kerana Nayla yang tak lepas memandangnya.

"Kau pandang apa, Nayla?" soal Aniq tanpa memandang manusia di sbeelahnya itu.

"Tak, tak ada apa-apa. Mana ada pandang apa-apa. tengok hutan-hutan kat tepi sana tu," bohong Nayla. Tak, dia tengah usha Aniq TANPA SENGAJA. Aniq nampak lain bila pakai hoodie.

Ya, anak-anak, dia berhoodie seperti saya. Dia juga berhoodie hitam sepertinya. Sekali pandang macam adik-beradik. Yelah, adik-beradik je mampu. Farhan tak keluar lagi dari hati uhuk uhuk.

"Ya aku tahu aku hensem. Tak payahlah nak samakan aku dengan hutan," Nayla mengerut mendengar kata-kata Aniq itu. Sedikit tiber di situ. Sejak bila dia samakan dengan hutan pun tak tahu.

"Kau rasa plan ni akan menjadi ke?" soal Nayla tiba-tiba. Suaranya kedengaran sayu.

"Insyaallah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Doakan yang baik-baik je," pesan Aniq. Nayla mengangguk perlahan. Dengan izin Allah.

Continue Reading

You'll Also Like

742 76 20
[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, ak...
44.8K 2.9K 41
[book 1 in foursome series] โŠน๐‡๐€๐‘๐ˆ๐“๐‡ ๐€๐‹-๐…๐€๐‘๐ˆ๐ ๐ฑ ๐๐€๐˜๐‹๐€ ๐‡๐”๐Œ๐€๐ˆ๐‘๐€โŠน Nayla Humaira, gadis yang berusia 21 tahun yang sentiasa ceri...
219 4 17
Kalau aku gila, kau nak aku ke, hah?!" -NAIRA QALISHA hidup dalam gelap yang dia cipta sendiri - penuh trauma, luka yang disembunyikan di balik senyu...
3.2K 85 45
Alana Sofea. Gadis ini mempunyai kisah silam yang gelap baginya kerana cinta. Perkahwinan nya dahulu dibatalkan gara-gara bekas tunangnya mempunya ke...