抖阴社区

BAB 2

2.1K 101 62
                                        

DIA tetap tegak. Memandang ke hadapan, tanpa menoleh sedikit pun kepada lelaki yang baru tolong memperkenalkan dirinya. Perlahan-lahan, dia kemudiannya bangkit. Menolak kerusinya ke belakang, memusing badan dan menghadap orang-orang yang ada.

Tanpa secalit pun senyuman, dia bersuara, "Hi, I'm Pheonix. Nice to meet you."

Senada dan mendatar suaranya, menandakan diri yang tidak merasai apa yang lidah sendiri tuturkan. Huh, nice apanya? Dia di sini atas satu tujuan, bukan untuk berkenalan dengan sesiapa pun!

"Hi, I'm Cobra. Yang itu, Shark. Dia boyfriend kepada Dr. Indira tadi. Yang nampak garang tu pula, Wolf." Lelaki yang dilihat seperti berbangsa Cina di hujung sana, bersungguh-sungguh bercakap. Siap dengan tangan yang tergawang-gawang menuding ke arah teman-temannya yang lain.

"Phoenix adalah wakil dari Thailand." Puan Ana Maria memberitahu.

"Thailand? Tadi, puan cakap Thailand dah tutup kes ni?" Shark menyoal. Dahinya berkerut seribu.

Terkulum senyuman halus di bibir Puan Ana Maria.

"Let's just say, I received a special request. Lagipula, kita perlukan maklumat dari pihak sana."

"Sekejap. Kalau dia dari Thailand, maksudnya dia tak boleh cakap melayu? Dia tak faham apa kita cakap tadi? Patutlah dia senyap aje dari tadi. Aku pun satu, beriya aku perkenalkan diri. Dia tak faham apa rupanya. Tapi tak apa, aku boleh cakap English. Bahasa Inggeris faham, kan?" Laju dan terherot-herot mulut lelaki Cina tadi bila bercakap. Dah macam bertih jagung.

Pheonix memandang kosong kepadanya.

"Tak perlu bagi reaksi lebih-lebih. Aku faham semuanya." Phoenix bersuara. Kali ini, dengan Bahasa Malaysia.

Mata sepet itu bundar sesaat.

"Oh, ini sangat menarik. Kau faham bahasa melayu. Macam mana? Ceritalah sikit." Cobra menjawab sambil tersengih-sengih macam orang tak betul.

Phoenix menyengetkan hujung bibir.

"Memang macam ni ke cara kau orang buat kerja? Tengah briefing serius pun, boleh buat lawak bodoh."

"Kau tak tahu cara kami. Jadi, jangan masuk campur."

Hujung telinga Phoenix mendengar bentakan dari belah kanan. Dia menggerakkan anak mata ke sana. Terpaku pandangannya kepada lelaki berwajah serius itu. Renungan mereka bersatu dalam tegang.

Seketika berlalu, Phoenix mengjongket bahu dengan muka bersahaja.

"Fine. Aku tak masuk campur. Aku tak peduli cara kau orang. Biarkan aku dengan cara aku sendiri."

Lelaki di hujung sana tidak mengata apa-apa lagi. Tetapi, matanya tetap keras memancar. Phoenix tidak mengendahkan. Perhatiannya kini dialih kepada Puan Ana Maria.

"Shall we proceed, then?" Dia bertanya.

Puan Ana Maria senyum dan mengangkat tangan ke hadapan. Membuat gaya seolah-olah sedang menyerahkan sesuatu.

"The stage is all yours."

Pheonix kembali melihat kepada hadirin yang ada.

"Baik, seperti yang diberitahu oleh..." Suaranya meleret di hujung kata.

"Dr. Indira Rao." Shark pantas menyebut nama teman wanitanya.

"Yes, Dr. Indira tadi, punca kematian Jane Doe ialah overdose of legal highs. Kejadian macam tu adalah sangat jarang di Thailand, dan aku percaya di Malaysia juga. In fact, people don't really know about legal highs. Sebab legal highs are uncommon in South East Asia. Biasa digunakan di UK, USA dan negara-negara Eropah. Bukan di sini.

CODE NAME WOLF (Published)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang