抖阴社区

BAB 8

1.7K 110 32
                                    

"DIAMOND PALACE."

Cobra menyebut nama itu. Mereka kini balik ke bilik operasi. Sedang dalam proses melaporkan segala penemuan berkenaan arahan yang diterima daripada Puan Ana Maria.

"Twenty-five thousand square meters, complete with a Shanghai-style five-star hotel and a luxury shopping complex."

Gambar yang terpantul keluar dari skrin meja leper di tengah-tengah bilik operasi, kini memaparkan sebuah bangunan. Gah kelihatan dengan binaannya yang menjulang ke langit. Ada empat blok semuanya. Dua di tengahnya lebih tinggi daripada blok kiri dan kanan. Keseluruhan dinding diperbuat daripada konkrit, berselang-seli dengan kaca. Dinding kaca untuk dua blok tengah, adalah berwarna emas. Dua blok kiri dan kanan pula, berwarna putih berlian. Bila mentari naik dan menyinar, keseluruhan bangunan akan kelihatan bercahaya. Bergemerlapan, walau dilihat dari kejauhan.

Mewah sekali bangunan ini.

"On top of this building is what we are looking for. Di sinilah, letaknya Black Diamond Club."

Cobra menukar gambar luar bangunan ke bahagian dalamnya pula. Atau lebih tepat lagi, ke bahagian depan sebuah laluan yang membawa kepada lif.

"Private elevator. Khas untuk pelanggan Black Diamond Club. Terletak di sebuah laluan rahsia dalam Diamond Palace. Lif ini akan membawa terus ke atas. Tak ada berhenti. Even sebelum masuk ke laluan ini..."

Cobra menekan skrin. Pantulan gambar berubah.

Kini, menunjukkan sebuah laluan yang dilengkapi dengan pintu pagar boleh berputar diperbuat daripada keluli tahan karat. Di bahagian tepi sebelum masuk, kelihatan palang yang menempatkan kotak pembaca biometrik. Di sebelah kiri dan kanan pintu, terpacak dua orang pengawal keselamatan. Di bahagian dalam sebelah sana, tercegat lagi dua orang. Menjadikan jumlah pengawal di situ sebagai empat orang.

"Ada this turnstile gate. Lengkap dengan biometric reader." Suara Cobra berbunyi semula.

"This is where they use Black Card," putus Wolf perlahan. Tetapi cukup untuk didengari oleh Phoenix. Kerana wanita itu tiba-tiba menyambung...

"Itu hanya fasa pertama."

Wolf melirik kepadanya. Melihat sisi wajah yang serius. Tatapan mata Wolf semakin lama, semakin mendalam. Ingatannya juga mula melayang kepada segala perbualan antara dia, Cobra dan Shark semalam. Namun secepat itu juga, dia menghalaunya pergi.

Perhatian diberi semula kepada Cobra di hadapan sana.

"Ya, Phoenix benar. This is only the first phase. Yang selepas itu..."

Dia menukar gambar lagi. Blueprint kali ini. Yang tidak berapa boleh dibaca oleh Wolf. Dia tidak faham.

"Seperti yang diminta oleh puan, aku berjaya mendapatkan blueprint untuk keseluruhan bangunan. Fokus kita semestinya pada tingkat dua puluh lima ini."

Cobra menuding satu bahagian paling atas di blueprint.

"Untuk sampai ke bahagian kelab, ada lagi beberapa lapisan dinding. Aku dah periksa. Setiap satunya dilengkapi dengan CCTV, bulletproof wall, face-detection access system, gasing system..."

"Dah macam rumah John Carlo." Suara Shark sayup-sayup kedengaran.

Bicara Shark terus membawa Wolf kepada Blue Operation yang lepas. Pada waktu mereka menyerbu Abo Mansion, rumah agam milik John Carlo Martinez. Misi ketika itu adalah untuk menyelamatkan Dr. Indira Rao. Malangnya, mereka tersilap perkiraan. Mereka memandang rendah kepada tahap keselamatan yang dipasang di rumah tersebut, dan juga kebijaksanaan John Carlo. Akibatnya, misi itu berakhir dengan kegagalan.

CODE NAME WOLF (Published)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang