抖阴社区

                                    

Dia kemudian merenung lebih tepat dan lebih tajam ke dalam mata Phoenix.

"You have no idea, Phoenix." Suaranya tertahan-tahan. Serentak dengan urat lehernya yang terasa tegang. Sangat tegang, seolah-olah akan meletup bila-bila masa lagi.

"You have no idea, betapa aku sedang cuba mengawal diri aku sekarang. Daripada menggila. Daripada buat apa-apa pada kau, yang mungkin akan buat aku menyesal di kemudian hari. So, please..."

Wolf menghenti kata buat seketika dan menghela nafas dalam-dalam.

"Jangan biarkan aku betul-betul jadi lelaki emosional di sini."

Jeda.

Pheonix senyap tidak mengatakan apa-apa. Dia sekadar diam melawan renungan Wolf. Tidak sekali pun, dia mengalihkan pandangan. Bahkan, dia tidak berkelip.

Mereka seperti berada di dalam dunia sendiri. Saling berhadapan. Saling bertatapan. Saling membaca diri.

Seketika berlalu...

"Keluar." Phoenix mengarah.

"Aku takkan keluar." Wolf melawan.

"Aku nak pakai baju."

"Oh." Muka Wolf berubah. Baru tersedar maksud isterinya sebentar tadi.

"So please, boleh tak kau keluar?" Pheonix meminta lagi, dengan muka geram yang acah-acah dimaniskan.

"Apa masalahnya kalau kau pakai baju depan aku? You're my wife, after all."

Mulut Phoenix terlopong sejenak. Dia mendengus kuat-kuat, sebelum menjawab, "Okay, fine!"

Tangannya melekat pada tali jubah di pinggang. Mahu membuka ikatan. Namun sepantas itu juga, tangan Wolf sampai ke situ. Memegang jari-jemarinya dan menghalang tindakan.

"Aku tunggu di luar." Lelaki itu berkata. Tetapi sesudah itu, dia menyepetkan mata ke muka Phoenix.

"Jangan cuba lari." Keras, dia menjatuhkan amaran.

Phoenix senyum sinis. Dia melawan renungan Wolf dan menjawab depan mukanya.

"In the first place, aku takkan terpacak depan mata kau lepas empat tahun lamanya, kalau aku ada niat untuk melarikan diri."

Mereka berlawan tenung buat seketika lagi, sebelum Wolf akhirnya memaling tubuh. Tanpa menoleh lagi, dia melangkah keluar. Pintu bilik Phoenix dikatup rapat-rapat.





PHOENIX keluar. Sebaik sampai ke tengah-tengah ruang tamu, kakinya terhenti.

"Kau sedar ini rumah aku, kan?" Dia menegur.

"Aku sedar." Lelaki di hujung sana menjawab.

"Habis tu, yang kau buat macam rumah sendiri kenapa?" Phoenix bertanya. Dapat dia dengar riak geram dalam suara sendiri.

Apa tidaknya? Wolf dengan selamba badaknya tengah buat air di bahagian dapur. Tidak cukup dengan itu, boleh pula dia mengeluarkan beberapa keping biskut dari tin. Disusun elok-elok atas pinggan dan dibawa ke atas meja makan.

"Aku sedang berlatih," balas Wolf tanpa menoleh ke arahnya. Lelaki itu kini sedang mengangkat dua biji cawan ke meja makan yang tadi. Kelihatan kepul-kepul asap panas dari atas permukaannya.

"Berlatih apa?" Phoenix memohon penjelasan. Dia tidak ingin jadi begini, tetapi rajin pula dia melayan percakapan Wolf.

"Biasakan diri dengan rumah ni. Aku akan pindah masuk ke sini nanti."

Rahang Phoenix terlurut ke bawah. Matanya terbuntang luas. Terus, dia menyambung langkah yang terbengkalai tadi dan mendekati Wolf. Sampai depan-depan, dia langsung menempelak, "Apa yang kau merepekkan ni?"

CODE NAME WOLF (Published)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang