抖阴社区

                                    

"Aku tak pernah beritahu dia apa-apa. Nothing on our mission or operation." Laju, Wolf menegaskan. Matanya tegak ke hadapan, tepat-tepat ke muka ketuanya. Mahu menunjukkan betapa dia yakin dengan bicara sendiri.

Dia mungkin sudah melanggar peraturan agensi apabila mempunyai hubungan asmara dengan ejen dari agensi lain, tetapi dia tidak akan sesekali mengkhianati The Shadow. Dia lebih rela mati daripada itu berlaku!

Puan Ana Maria menatapnya dengan muka tanpa riak.

"Saya tahu. Tak ada apa-apa yang terjejas dalam mana-mana misi atau operasi kita. Membuktikan tak ada sabotaj yang berlaku. Hubungan kamu berdua pula berakhir dengan hilangnya Phoenix. Sebab itulah, tak ada gunanya untuk saya sebut pasal hal ini. Saya cuma akan menganggap itu sebagai hubungan sekejap seorang ejen The Shadow dengan seorang perempuan. Tapi saya tak pernah menyangka..."

Suara Puan Ana Maria tenggelam sejenak, bawah nafas yang dia hela panjang.

"You fooled me. You really do. Hubungan kamu rupa-rupanya sudah sampai ke tahap berkahwin."

"Puan, aku..." Wolf mula berkira-kira untuk meminta maaf sekali lagi, walaupun sebenarnya tidak berapa ikhlas. Buat penyedap telinga Puan Ana Maria sahaja, yang mungkin mahu mendengar itu.

"Save that sorry." Ternyata, Puan Ana Maria tidak mahu pun mendengar. Dia menyampuk dan menyambung ayat lain.

"Untuk jawatankuasa disiplin nanti. Lepas misi ini berakhir, kamu perlu menghadap jawatankuasa."

Wolf diam sejenak. Dia sudah maklum tentang itu sejak dari awal lagi. Malahan, dia sudah bersedia pada saat dia buat keputusan gila untuk menikahi Phoenix. Cuma bezanya, dia tidak menjangka bahawa pertemuan dengan jawatankuasa disiplin akan berlaku selewat empat tahun selepas perkahwinan rahsia mereka.

"Baik, puan. Aku mengerti."

"You should," ejek Puan Ana Maria. "And now, let's get back to our business."

"Colonel Sutichart," ucap Wolf, semerta mengerti apa yang dimaksudkan oleh Puan Ana Maria.

"Kamu fikir macam mana saya dapat tahu kamu berdua dah kahwin? Padahal, selama ini saya fikir hubungan kamu dah tamat. Phoenix dah hilang."

Mata Wolf membulat sesaat.

"Don't tell me..." Lidahnya berdesis.

"Ya, betul apa yang kamu fikirkan. Phoenix sendiri yang muncul. Sebagai anak kepada Colonel Sutichart Pitsuwan, a friend of mine." Laju Puan Ana Maria mengiyakan apa yang terlintas dalam fikiran Wolf.

"A friend of yours..." ulang Wolf dengan suara yang meleret mahukan Puan Ana Maria menjelaskan lebih lanjut.

"Yes, a friend of mine. Tapi bukan itu yang mengejutkan, melainkan..."

"Wajah dia," putus Wolf sendiri.

"Puan tahu pasal dia. Jadi, semestinya puan tahu macam mana rupanya Phoenix, perempuan yang sudah ada hubungan dengan anak buah puan."

"Ya, kamu betul." Kepala Puan Ana Maria terangguk sekali.

"I have to admit it. I was shocked. Perempuan yang hilang, perempuan yang ada hubungan dengan anak buah sendiri, perempuan yang lenyap segala jejaknya... tiba-tiba muncul depan mata."

Sejenak, Puan Ana Maria gelak halus.

"I thought I've seen a lot in this line of work. Tak sangka pula terlibat dalam drama percintaan ejen sendiri."

"This is not a love story. This should be called a thriller." Wolf membetulkan. Selamba mengutuk kisah cinta sendiri.

Puan Ana Maria tersenyum sendiri.

CODE NAME WOLF (Published)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang