"Saya dah janji untuk jaga dia, Yerim.."
"Macam mana pula janji awak pada saya, Jungkook.."
.
.
.
"Awak nampak diri saya yang awak kenal dulu, ada pada dia kan?"
"Saya cuma tolong dia, Yerim.."
"Dulu pun awak cuma tolong saya, Jungkook.."
.
.
.
"Awa...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
. . .
Seperti biasa, bila mana Jeons semua dah lena diulit mimpi, rumah ini dirasakan cukup sunyi dan sepi.
Tanpa mempedulikan dirinya yang turut sama sibuk di meja kerjanya yang terletak berhadapan denganku, aku turut sama sibuk dengan komputer ribaku.
"Jumaat sampai Ahad nanti saya akan ke Busan, bawa students pergi seminar dekat sana."
Terdengar dirinya bersuara perlahan, memecahkan kesunyian di antara kami dengan dirinya turut sama tak mengangkat muka memandangku.
Seminar?
Yakin je.
Ya kan jelah, Yerim.
Spontan senyuman terukir di bibirku seraya mendengus perlahan, menahan tawa buatkan kali ini barulah dirinya mengangkat kepala, memandangku.
"Apa yang kelakar?" Tanyanya saat melihat aku menahan tawa. Kepala aku angkatkan memandangnya sebelum dengan senyuman terukir di bibirku, aku menggeleng perlahan.
"Tak ada apalah. Nak pergi, pergi jelah. Saya kan cuma isteri awak, buat apa nak minta izin saya?" Perliku seraya menunduk, kembali sibuk dengan kertas soalan di tangan.
"Siapa minta izin awak? Saya cuma bagitahu awak. Nanti saya pergi tak bagitahu, awak fikir yang bukan-bukan pulak."
Tersentap saat dirinya pula membalas perlianku dengan sindiran pedas. Kepala aku angkatkan memandangnya dan terlihat dirinya selamba menyambung kerjanya.
. . .
"Yerim."
Lantas aku menoleh, memandang Mirae, rakan sekerjaku yang duduk di meja bersebelahan denganku di dalam unit Biologi ini.
"Busy ke?" Tanyanya buatkan aku menunduk, melihat kertas assignment yang bertimbun di hadapanku, menunggu dengan sabar untuk ditanda.
"Sikitlah. Asal?" Tanyaku dan lantas aku mengundur sedikit saat laju saja dirinya menarik kerusinya menghampiriku.
"Aku nak minta tolong kau sikit boleh?" Tanyanya dan aku hanya diam, memberi ruang dirinya terus menyambung kata.
"Sebenarnya hujung minggu ni, aku ada kena bawa students kitapergi seminar dekat Busan tapi tiba-tiba aku ada plan lain pula hujung minggu ni. Aku rasa aku tak dapat iring students kita pergi seminar dekat Busan tu."