抖阴社区

58

520 77 57
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

.
.
.

"Anak-anak kamu ada dekat rumah omma. Tadi Jungkook bawa Naeun dan Jungwon sekali ke sini. Katanya nak minta tolong omma tengok-tengokkan anak-anak kamu berdua sebab kamu tak sihat sangat, takut tak menang tangan dia nak jaga kamu dengan anak-anak lagi."

Terasa sebak tika mendengar penjelasan dari omma.

Mungkin memang itu niatnya menunggu aku pulang tadi, hendak berbincang dengan aku. Tak mahu anak-anak mendengar, Jeons dibiarkan dulu di rumah omma.

Dan sekarang, aku ditinggalkan sendirian di rumah ini. Ke mana hala tujunya malam ini, aku sendiri tak pasti. Di dalam hati, masih terselit doa untuknya, semoga dia baik-baik saja di luar sana.

Malam ini, sendirian aku di rumah ini. Rumah yang selalunya cukup meriah dengan suara dan telatah Jeons, namun malam ini dirasakan cukup sunyi.

Sekali lagi, hati diusik rasa itu..

Sunyi dan sepi, seolah-olah tak berpunya..

Rentetan gerimis hujan yang mula membasahi bumi di luar sana seolah-olah mengerti isi hati aku malam ini.

Seorang diri aku terbaring di atas katil ini, mata aku pejamkan, membiarkan air mata yang kembali mengalir perlahan membasahi pipi. Sama seperti langit malam ini, aku menangis..

Hati kecil dipujuk untuk tidur. Mengharap bangunnya aku nanti, semua ini hanya mimpi.

.
.
.

Perlahan-lahan mata aku celikkan tika terdengar deringan telefon pintarku yang sejak tadi terletaknya di atas bantal bersebelahan denganku.

Tak sampai setengah jam aku terlena tanpa mimpi, aku dijagakan dengan sebuah panggilan telefon.

Dengan kepala yang masih terasa berat, begitu juga kelopak mataku, telefon aku capai lalu aku bawa tepat ke hadapan muka.

Cha Eunwoo

Tanpa berlengah, panggilannya aku angkat.

"Madam dah tidur?"

Tak tahulah nak gelak ke nak nangis dengar soalan dia ni. Dah kalau dia call aku hampir dua belas malam macam ni, dia ingat aku tengah jogging dekat taman ke?

"Baru bangun ni, kenapa?" Jawabku jujur.

"Lah, maaf madam! Madam bangun sebab saya eh? Sorry sangat-sangat madam. Saya ada hal urgent nak bagitahu madam ni."

Still With You; The Sequel | jjk [?]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang