抖阴社区

28

644 116 164
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

.
.
.

Hampir dua hari Jungkook mengambil cuti semata-mata untuk menjaga aku, omma juga turut ada di rumah kami sepanjang tempoh itu.

Rimas juga aku Jungkook asyik berkepit dengan aku, mengalahkan anak-anak. Pantang aku nak bangun sendiri, mulalah dia bangun sekali nak tolong aku. Mana aku pergi, situlah dia ikut.

Macam malam ni, buat kerja pun dekat atas katil, semata-mata nak duduk dekat dengan aku. Sesekali aku jeling dia yang tengah sibuk menanda assignment dalam Ipad dia. Cermin mata turut terletak elok atas batang hidung dia, maknanya dia tengah betul-betul fokus.

"Esok awak pergi jelah kerja, saya dah okay." Pesanku buatkan dia menoleh memandangku. Lama dia tenung aku sebelum dia tersenyum nipis.

"Tak apa, saya nak jaga awak sampai awak betul-betul sihat. Saya boleh je buat kelas dari rumah." Balasnya lembut seraya tersenyum.

Belum sempat aku mengelak, dirasakan tangannya spontan mengelus lembut dan perlahan atas kepalaku sebelum dirinya kembali menunduk, menyambung kerjanya.

Untuk seketika aku hanya diam, memerhatinya.

"Pergi jelah kerja, saya betul dah okay. Dah boleh pergi tandas sendiri, mandi sendiri, jaga anak-anak pun dah boleh."

Sekali lagi dia toleh pandang aku. Renungan dia pada aku sekarang, jelaslah dia masih tak sanggup nak tinggalkan aku sendiri dekat rumah. Terpalit rasa risau dan peduli dalam renungan matanya padaku sekarang.

"Betul ke ni?" Tanyanya perlahan, meminta kepastian dari aku.

Tiada niat lain selain hendak meyakinkan dia, senyuman aku ukirkan walau dirasakan cukup palsu. Terlihat riak wajahnya berubah terkedu saat melihat senyumanku sekarang. Pastinya tidak menjangkakan yang aku bakal tersenyum untuknya.

Terasa sesuatu saat melihat bibirnya spontan turut sama mengukirkan senyuman lebar tatkala melihat senyumanku sekarang. Seolah-olah cukup gembira melihat aku tersenyum untuknya. Kalaulah dia tahu betapa palsunya senyumanku sekarang untuknya.

"Betul, saya dah sihat. Awak pergilah kerja. Dah, jangan risaukan saya lagi." Tuturku dengan senyuman walau jauh di sudut hati, aku cukup benci untuk tersenyum di hadapannya sekarang.

Terasa cukup sebak saat melihat reaksinya sekarang yang terlihat cukup ikhlas dan tulus, gembira melihat senyumanku sekarang.

"Okay, saya percayakan awak." Tuturnya dengan senyuman seraya sekali lagi, tangannya mengelus lembut dan perlahan sisi kepalaku.

.
.
.

Hari ini, sengaja aku melayannya cukup baik. Bila dia bangun untuk bersiap ke kolej, aku turut sama bangkit dari tidurku.

Still With You; The Sequel | jjk [?]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang