NAZMEEN yang sedang tidur dengan nyenyak itu diperhati dari tempat duduknya. Mata merenung muka comel kanak-kanak yang tertidur itu. Dengan perlahan dia bangun dari kerusinya sebelum dia melangkah ke arah Nazmeen. Dia terus mencangkung di sisi Nazmeen. Rambut kanak-kanak itu dielus perlahan.
"I'm sorry. I have to do this. I'm promise I will send you back to your daddy," bisik dia dengan perlahan sebelum dia mengucup pipi Nazmeen lembut. Senyuman nipis terukir.
Tok! Tok! Tok!
Pintunya diketuk sebelum wajahnya bertukar tegang. Mata menoleh ke arah pintu sebelum dia bangun dari cangkungnya.
"Come in," ujarnya dingin sambil dia melangkah ke kerusinya semula.
"Miss, you have a call," ujar lelaki berbadan tegap kepadanya. Dia hanya mengangguk sekilas. Telefon bimbit yang dipegang lelaki itu terus dihulur kepadanya. Dia mengambil telefon bimbitnya itu sebelum dia menjawab panggilan yang berada dalam talian.
"I know this is your job. Nazmeen is with you. Am I right, Rosalinda?" soal suara dingin yang berada dalam talian. Rosalinda hanya mendiamkan diri sebelum senyuman sinis diukir. Ketawa halus dilepaskan.
"You guys know me well," ujar Rosalinda sinis. Senyuman sinis masih elok terukir di bibirnya.
"No one know where is Nazmeen's school except you," kata lelaki yang berada dalam talian itu dengan dingin.
"Are you sure, dear? Only me?" soal Rosalinda sinis. Lelaki itu tidak menjawab malah hanya mendiamkan diri di talian.
"Where's Naufal? Why you?" soal Rosalinda mulai dingin. Senyuman sinis hilang dari wajahnya. Wajahnya terus bertukar menjadi tegang.
"Kau tahu yang dia tak akan bercakap dengan kau walaupun dia tahu semua ni kerja kau," jawab lelaki itu masih dengan dinginnya. Rosalinda hanya mendiamkan diri.
"Pulangkan Nazmeen balik kepada kami. Jangan cederakan dia," arah lelaki itu mendatar. Rosalinda yang mendengarkan itu hanya mampu ketawa sinis.
"What if I don't?" soal Rosalinda dengan senyuman sinis. Saja menguji lelaki itu.
"You MUST send back Nazmeen to us. You know that you are not allowed to keep Nazmeen even you are his biological mother," ujar lelaki itu sambil menekankan perkataan 'MUST' itu. Rosalinda yang mendengarkan itu terus terdiam. Wajahnya terus bertukar menjadi wajah seseorang yang berdendam.
Iya, benar apa yang dinyatakan oleh lelaki itu. Rosalinda merupakan ibu kandung kepada Nazmeen dan merupakan bekas isteri kepada Naufal Rizqin.
"Shut up, Fawwaz. Don't repeat. I know about that," Rosalinda berkata dengan dingin. Fawwaz yang berada dalam talian hanya tergelak sinis.
"Aku bagi kau masa satu jam dari sekarang untuk pulangkan Nazmeen. Kalau tak.... see you in court," ujar Fawwaz sebelum dia terus menamatkan panggilan. Rosalinda terus mencampakkan telefon bimbitnya ke dinding. Meja dihentak dengan kuat. Matanya dengan menikam menoleh ke arah Nazmeen yang masih tidur.
"You will regret it, Naufal. You will,"
§ § § § § § § §
Ilya mengetuk-ngetuk mejanya. Nafas ditarik dalam sebelum dilepaskan kasar. Skrin komputernya ditenung dengan teliti tanpa mempedulikan kekecohan yang berlaku di sekelilingnya. Kertas-kertas yang berada di dalam fail di atas mejanya itu diselak kasar sebelum mata menoleh skrin komputer dan kertas silih ganti.
"Ilya, you busy? I need your help," ujar Danish tiba-tiba di tepi meja Ilya. Matanya elok merenung Ilya yang seperti kusut itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
C || DUDA PUJAAN JANDA DARA
Teen Fiction? 1st SERIES ? Izzara Ilya, seorang gadis yang berumur 21 tahun yang sangat meminati lelaki yang berstatus duda. Sesiapa yang berstatus bujang akan ditolak mentah-mentah olehnya kerana dirinya mempunyai trauma dengan lelaki bujang. Naufal Rizqin...