? 1st SERIES ?
Izzara Ilya, seorang gadis yang berumur 21 tahun yang sangat meminati lelaki yang berstatus duda. Sesiapa yang berstatus bujang akan ditolak mentah-mentah olehnya kerana dirinya mempunyai trauma dengan lelaki bujang.
Naufal Rizqin...
ILYA hanya memandang Datin Rozita yang seperti menahan sebak itu. Dia memandang Naufal yang sedang berbisik sesuatu di telinga Datin Rozita. Terlihat Datin Rozita mengangguk-anggukkan kepalanya sambil memandang Ilya.
"Hati-hati, Naufal. Elok-elok bawa anak dara orang tu," pesan Datin Rozita. Naufal hanya mengangguk sebelum dia memeluk ibunya dengan erat.
"Nanti ada masa Naufal datang sini lagi dengan...." bisik Naufal perlahan di telinga Datin Rozita. Datin Rozita tersenyum sebelum mengangguk gembira.
Sebaik sahaja pelukan mereka dileraikan, Ilya dan Ladeena melangkah ke arah Datin Rozita dan menyalam tangan tuanya. Datin Rozita sempat memeluk mereka berdua dengan erat.
"Jaga diri kamu berdua," ujar Datin Rozita lembut. Ilya dan Ladeena tersenyum nipis sebelum mengangguk. Pelukan dileraikan.
"Fal balik dulu. Nanti bagitahu daddy. Jangan lupa kirim salam sayang dekat dia," ujar Naufal sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta diikuti Ilya dan Ladeena. Datin Rozita hanya memerhati kereta anaknya yang mula hilang dari pandangan sebelum senyuman lebar terukir.
Mereka bertiga hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Tiada topik mahu diborakkan. Masing-masing dalam dunia tersendiri.
Sebaik sahaja mereka tiba di rumah Zahra, Ladeena terus keluar dari kereta meninggalkan Ilya bersama Naufal. Ilya hanya mendiamkan diri sambil memandang Naufal. Naufal turut memandang ke arahnya. Ilya merenung ke dalam anak mata Naufal sebelum terdiam. Pandangan ni....
Dengan tiba-tiba Naufal merapatkan jarak mereka berdua. Ilya terkaku. Matanya masih merenung ke arah Naufal. Naufal memandang Ilya sebelum dia dengan tiba-tiba meniup mata Ilya kuat. Ilya terus memejamkan matanya.
"Kau tengok apa? Zina mata. Dah, keluar," ujar Naufal sebelum menjarakkan semula dirinya. Ilya membuka matanya sebelum melihat sekeliling. Apa benda yang Naufal buat tadi?
"Aku buat ni. Tak nampak ke apa yang tunjuk ni? Dah rabun dah? Ke buta?" soal Naufal sinis sambil menunjuk habuk di tangannya. Ilya terus memandang Naufal sebelum menjeling tajam.
"Mulut tu elok sikit eh! Aku tak buta dan tak rabun!" balas Ilya sebelum dia keluar dari kereta Naufal. Pintu dihempas dengan kuat olehnya. Dia terus meloloskan dirinya ke dalam rumah. Naufal hanya tersenyum nipis.
§ § § § § § § §
Bunyi riuh yang kedengaran di rumah itu tidak membuatkan Ilya sedikit pun terganggu. Dia hanya fokus menonton drama lakonan duda kesayangannya, Mike. Dia sempat tersengih gatal. Hensem.
"Hoi," seru Qanita sebelum dia merampas telefon bimbit Ilya. Ilya tersentak sebelum memandang Qanita tajam.
"Argh, kak! Apa ni! Orang tengah tengok duda lah!" marah Ilya tidak puas hati. Qanita hanya memekakkan telinga sebelum dia, Ladeena dan Sophea melihat ke skrin telefonnya. Masing-masing tersengih. Hensem juga.
"Argh tak boleh! Ilya punya!" marah Ilya apabila melihat mereka tersenyum gatal sebelum merampas kembali telefon bimbitnya dari mereka. Mereka bertiga hanya memerhati sebelum melangkah pergi meninggalkan Ilya.
"Mana yang lain?" soal Zahra yang baru turun dari tingkat atas. Matanya elok memerhati Ilya yang sedang terbaring di sofa. Ilya hanya menoleh sekilas sebelum dia menunjuk ke arah dapur. Zahra tanpa kata terus melangkah ke arah dapur.
"Ish apa ni? Kenapa dia kena tinggal ni? Tulah siapa suruh ego," bebel Ilya perlahan kerana terlalu feel menonton drama.
Bam!
Ilya terkejut mendengar bunyi yang kuat itu. Dia terus bangun dari baringnya sebelum dia melangkah ke arah dapur.
"Korang? Bunyi apa tu?" soal Ilya sebelum dia terdiam. Kosong. Mana diaorang?
"Korang? Korang dekat mana? Akak?" seru Ilya sambil mencari-cari mereka di sekeliling dapur. Namun tiada. Ilya terus menjadi panik sebelum dia berlari ke arah ruang tamu dan mengambil telefon bimbitnya yang dicampak sebentar tadi. Nombor Naufal didail kerana dia sahaja yang terlintas di fikirannya tadi.
"Hello. Naufal! Tolong!"
"Macam mana boleh jadi macam ni? Kau tak perasan apa-apa ke?" soal Fathi dingin sambil meraup rambutnya kasar. Dia dan Fawwaz diarahkan datang ke sini oleh Naufal kerana Naufal dan Azriq sedang meeting. Mereka akan datang kesini selepas sahaja meeting tamat.
"Anak-anak buah kau tak dapat dikesan lagi tau. Ni dah tambah kes baru. Apa jadi ni?" soal Fawwaz yang sedari tadi dia hanya mendiamkan diri. Ilya hanya mampu terdiam. Dia juga buntu.
"Kita tunggu Fal dengan Riq dulu baru kita fikir," ujar Fawwaz lalu memandang Fathi yang seperti tidak senang duduk itu.
Tiba-tiba Naufal dan Azriq melangkah masuk ke rumah Zahra dengan tergesa. Mata elok memandang Ilya, Fathi dan Fawwaz.
"Apa cerita ni? Siapa punca?" soal Azriq mendatar sebelum dia duduk di sebelah Fathi dan Naufal duduk di sebelah Fawwaz. Ilya pula hanya menunduk.
"Korang dapat jejak tak?" soal Naufal kepada Fawwaz. Fawwaz mengangguk.
"Orang berbeza. Budak-budak tu ada dengan Ahlong. Diaorang semua pula ada dengan...." ujar Fathi mendatar sebelum dia menoleh ke arah Azriq yang memandangnya. Azriq yang seperti dapat mengagak itu terus mengeluh sebelum meraup rambutnya kasar. Serabut.
"Again. Kenapa dia aim perempuan-perempuan tu?" soal Fawwaz yang pelik melihat musuh Azriq tidak menyasarkan Azriq. Mereka berempat hanya terdiam. Kusut.
"Apa yang terjadi? Kenapa kitaorang yang kena?" soal Ilya sambil memandang wajah mereka satu persatu. Mereka berempat terus menoleh ke arah Ilya sebelum memandang sesama sendiri. Keluhan dilepaskan.
"Buat masa sekarang kau tak perlu tahu. Susah nak explain. Cukup sekarang ni yang kau tahu kau kena stay dengan kitaorang buat masa sekarang. Kitaorang taknak lepasni kau pula," ujar Naufal dingin. Ilya hanya terdiam.
"So nak mula dari mana?" soal Fawwaz, memandang mereka berempat.
"Kita mula dari yang mudah dulu," jawab Naufal mendapat anggukkan dari mereka. Mereka terus bangun dan melangkah keluar dari rumah kecuali Naufal. Naufal memandang Ilya sebelum dia bangun dan duduk di sebelah Ilya. Ilya hanya mendiamkan diri.
"Izzara Ilya," seru Naufal menyebabkan degupan jantung Ilya terus berdegup pantas. Dengan perlahan Ilya menoleh. Matanya merenung Naufal yang elok sedang merenungnya. Ilya terkaku. Pandangan mata Naufal mempunyai maksud tersirat. A-apa ni?
"Aku malas nak cakap banyak. Senang kata ni memudahkan untuk aku dan kau," ujar Naufal sambil merenung anak mata Ilya. Ilya sudah tidak senang duduk.
"So, Izzara Ilya. Sudi tak kau...."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.