抖阴社区

F O R T Y T W O

2.3K 68 9
                                        

NAUFAL yang sedang tidur itu terus mengerutkan dahinya apabila dia terbau sesuatu. Bau asap? Dia dengan perlahan membuka matanya sebelum dia menoleh ke arah tilam toto. Kosong. Dia terus bangun dari baringnya dan turun dari katil sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidurnya.

"Kenapa bau asap ni? Apa yang terbakar?" soal Naufal sendiri sebelum dia turun ke dapur. Terbuntang matanya apabila melihat Ilya yang sedang menuang sebaldi air ke dapur.

"Woi!" jerit Naufal kuat sebelum dia berlari ke arah Ilya dan menarik Ilya jauh dari dapur. Ilya terjatuh ke lantai. Naufal menutup kuali yang sedang terbakar itu dengan kain yang basah sebelum dia hanya merenung kuali itu.

"A...pa kau buat pukul 3 pagi macam ni, Ilya?" soal Naufal mendatar yang masih merenung kuali yang terbakar tadi. Ilya yang masih terkejut akibat ditarik tadi terus berdiri dengan tegak di belakang Naufal. Dia turut merenung kuali yang terbakar itu.

"Aku... nak masak," jawab Ilya mendatar. Dia menoleh ke arah Naufal yang sedang merenungnya. Jelas mukanya mamai dan terkejut.

"Kau masak apa sampai terbakar kuali aku?" soal Naufal setelah lama mendiamkan diri. Dia melihat sekeliling ruang dapur itu sebelum dia terdiam.

"Masak breakfast lah," jawab Ilya. Naufal terus mengurut dahinya.

"Aduh, kau ni tak reti masak ke? Kau tengok apa yang kau dah buat dekat dapur aku," ujar Naufal sambil memandang tajam Ilya. Ilya terus memandang sekeliling sebelum dia terdiam. Dia meneguk air liur sebelum dia menoleh ke arah Naufal dengan perlahan-lahan.

"Macam mana kau masak sampai boleh terbakar dapur aku ni?! Nasib baik dapur je bukan rumah! Kalau rumah aku terbakar memang aku suruh kau belikan rumah baru! Itupun kalau hidup lagi lah. Risau mati rentung je dekat sini!" ujar Naufal kuat sambil mencekak pinggang. Matanya menikam mata Ilya.

"Eh, aku lapar tadi jadi aku masaklah! Manalah tahu sampai terbakar! Salahkan dapur kaulah. Bukan salah aku," jawab Ilya taknak kalah. Dia turut mencekak pinggang.

"Kau ni kalau aku cekik kau memang mati juga kau ni. Dah, keluar dari dapur aku! Jangan masuk! Kau masuk lagi siap kau. Aku tendang kau," halau Naufal sambil dia menolak tubuh Ilya keluar dari dapur. Ilya baru sahaja ingin menjawab namun terhenti apabila Naufal memandangnya seperti ingin membunuhnya. Ilya hanya akur sebelum dia terus melangkah ke sofa.

"Baru nak jadi isteri mithali tapi musnah sebab dapur terbakar. Dasar dapur tak guna," omel Ilya sambil memutarkan bebola matanya ke atas.




































"Nah. Fail yang kau minta," ujar Fawwaz sambil menghulurkan satu fail ke arah Naufal. Naufal hanya memandang Fawwaz sekilas sebelum dia menyuruh Fawwaz meletakkan fail itu di atas meja. Fawwaz akur. Dia hanya merenung wajah Naufal yang seperti tak cukup tidur tu.

"Kau kenapa macam orang mabuk ketum je ni? Mata kuyu je. Tak tidur ke apa?" soal Fawwaz sebelum dia duduk di kerusi yang berada di hadapan meja kerja Naufal. Naufal hanya mendiamkan diri.

"Woi, makhluk. Aku tanya ni kan, setan?" soal Fawwaz kasar. Naufal hanya mengeluh sebelum dia mengangkat wajahnya memandang Fawwaz.

"Dapur aku terbakar pukul 3 pagi tadi," ujar Naufal mendatar. Fawwaz mengerutkan keningnya.

"Terbakar? Siapa yang buat? Macam mana boleh terbakar?" soal Fawwaz bertubi.

"Ilya," balas Naufal sepatah sebelum dia menyambung kerjanya semula. Fawwaz ternganga.

"Dia buat apa sampai boleh terbakar?" soal Fawwaz yang sedang menahan senyum. Kesian kau, Fal.

"Dia kata dia lapar. Jadi dia masaklah. Tak sangka terbakar," ujar Naufal mendatar. Dia sedang dengan gigihnya menahan kelopak mata dari tertutup.

C || DUDA PUJAAN JANDA DARA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang