抖阴社区

T H I R T Y T H R E E

2.2K 67 7
                                        

  ILYA hanya memerhati Nazmeen yang sedang berlari-lari masuk ke dalam sekolah dari dalam kereta. Kelibat Miyya dicari namun tiada.

"Mungkin belum hantar. Selalunya Miyya tu dah tunggu Meen dekat pagar," ujar Ilya sendirian.

Dia baru sahaja ingin menekan pedal minyak namun terhenti apabila sebuah kereta Bugatti Divo parkir di hadapan keretanya. Ilya hanya merenung kereta itu sehingga pemilik kenderaan itu keluar. Terbuntang mata Ilya apabila melihat Fathi dan Miyya keluar dari kereta mewah itu.

"What the.... kereta mahal tu! Kenapa tak pernah nampak pun dia bawa kereta tu selama ni?!" soal Ilya kuat pada dirinya. Dengan pantas Ilya terus keluar dari keretanya sebelum melangkah ke arah Fathi dan Miyya yang sedang menoleh ke arahnya.

"Aunty!" jerit Miyya kuat sambil berlari ke arahnya. Kaki Ilya dipeluk. Ilya mengelus perlahan kepala Miyya yang berlapik tudung itu dengan senyuman nipis. Kepalanya menunduk memandang Miyya.

"Nazmeen dah masuk dalam ke?" soal Fathi mendatar sambil merenung ke arah Ilya. Ilya mengangkat kepalanya lalu memandang Fathi. Ilya hanya menganggukkan kepalanya.

"Dah pergi masuk. Kelas dah nak mula tu. Meen dah tunggu tu," ujar Fathi sambil menoleh ke arah Nazmeen yang setia berdiri di pagar. Miyya menoleh ke arah Nazmeen sebelum dia meleraikan pelukannya. Dia menoleh pula ke arah Fathi sebelum dia berlari ke arah Fathi dan memeluk kaki Fathi erat.

"Thank you, uncle!" ujar Miyya kuat sebelum dia meleraikan pelukannya dan terus melangkah masuk ke dalam sekolah bersama Nazmeen. Fathi dan Ilya hanya diam memerhati.

"Tak pernah-pernah nampak awak bawa kereta tu," ujar Ilya sambil menoleh ke arah Fathi. Fathi hanya mendiamkan diri sebelum dia memandang ke arah keretanya.

"Kakak kau tu membebel dekat aku semalam. Dia kata baik guna kereta ni sekali-sekala daripada biar je dalam garaj tu," jawab Fathi dengan nada malas. Ilya hanya tersenyum nipis mendengarkan cerita Fathi itu. Nasib kaulah bang dapat bini kuat bebel bila sekali dah buka mulut tu.

"By the way kejap," ujar Fathi sebelum dia melangkah ke arah keretanya. Pintu penumpang dibuka sebelum dia mengambil sesuatu dari tempat gantung yang ada di kepala seat penumpang itu.

"Nah. Kakak kau bagi. Sepatutnya aku pergi rumah Naufal lepas hantar Miyya untuk bagi benda ni tadi tapi alang-alang dah terserampak dekat sini ni aku bagi jelah sekarang," Fathi menghulurkan satu beg yang berisi Tupperware makanan. Ilya tanpa membantah, terus mengambilnya dari Fathi.

"Untuk saya?" soal Ilya sambil memandang isi di dalam Tupperware itu.

"Taklah. Untuk biawak belakang rumah Naufal tu," jawab Fathi selamba. Ilya terus terdiam sebelum dia memandang Fathi yang sedang merenungnya.

"Kau kan sorang dekat rumah tu. Meen balik lewat. Naufal pun sama. So dia masaklah untuk kau," jawab Fathi mendatar. Tangan kirinya elok dimasukkan ke dalam kocek seluar. Cermin mata hitam yang tergantung di leher baju kemejanya itu diambil sebelum dipakai. Ilya hanya diam memerhati.

"Aku pergi dulu. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan dekat rumah tu, kau call Naufal. Hati-hati," pesan Fathi mendatar sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam keretanya. Ilya hanya memerhati kereta Bugatti Divo yang sedang bergerak laju itu.

Tanpa membuang masa, Ilya terus melangkah ke keretanya semula dan meloloskan diri ke dalam. Pedal minyak ditekan kuat sebelum dia terus memandu pulang.

Tanpa Ilya sedari, ada seseorang yang memerhatinya dari jauh. Dia tersenyum sinis sebelum kereta miliknya bergerak laju pergi meninggalkan kawasan sekolah.












C || DUDA PUJAAN JANDA DARA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang