"HAIRA, wait. I'm sorry, sayang. Saya tak sengaja sebut pasal anak kita." Pantas dia cuba menerangkan apa yang dia cuba sampaikan tadi pada gadis itu. Lengan Haira yang masih beralaskan baju itu dipegang, cuba untuk memberhentikan langkah yang semakin laju ke hadapan. Kini mereka sedang berjalan menuju ke kereta.
"Wait. What? Sayang? Berani you panggil I dengan panggilan tu, kan? Lepastu you cakap apa? Anak kita? I rasa you dah hilang ingatan lah! Baru 2 tahun berlalu, takkan semudah tu you lupakan semuanya? Oh ya lah, bukan you yang rasa kepahitan tu. Mestilah you dah lupa, dalam kepala otak you tu kan hanya ada Melissa dengan semua dendam-dendam dekat keluarga I, kan? Entah-entah you rapat dengan family I sebab you tak puas lagi nak balas dendam, kan?" sinis Haira. Pegangan Adam direntap kuat. Suara cuba dikawal sebaik mungkin, tidak mahu menimbulkan sebarang masalah ditempat awam.
"Haira, saya tak pernah lupa apa yang jadi 2 tahun lepas. Pasal keluarga kita rapat tu, sumpah saya tak tahu dan saya tak pernah ada niat buruk dekat family awak lepas apa yang jadi dulu. Awak dah buka mata saya untuk sedar dengan semua salah silap saya. Tolonglah, kita lupakan semuanya, please? Kita mulakan hidup baru." Semakin laju kakinya melangkah untuk mengikuti langkah Haira.
"Dulu waktu I ikhlas cintakan seorang lelaki yang bernama Muhammad Adam Luthfi, lelaki tu pilih untuk khianat cinta I, dia kahwin dengan I hanya untuk seksa I disebabkan dendam yang langsung tiada siapa yang salah. Lelaki tu pilih kawan I berbanding diri I sendiri. Lepastu ada satu hari, lelaki tu cakap dekat I yang dia pergi outstation. Tapi tak. Rupa-rupanya dia ada perempuan lain. Siap berdating dekat Mid Valley lagi..." panjang gadis itu berkata. Air mata ditahan sebaik mungkin. Kekuatan cuba ditunjuk dan kelemahan dirinya ditutup sebaiknya.
"... Lepastu ada satu malam ni, lelaki tu dah mula tunjuk perangai sebenar dia. Waktu I bagitahu yang I pregnant, I thought he was happy. Tapi tak. Malah lelaki tu sanggup tuduh I curang dan hina I macam I ni tiada harga diri. I merayu dekat lelaki tu macam orang bodoh, tapi... apa yang I dapat? Lelaki tu tetap pilih untuk tak percayakan I. Lelaki tu sanggup pukul I. Lelaki tu sanggup paksa I gugurkan kandungan tu. Lelaki tu sanggup tolak I jatuh tangga. Lelaki tu sanggup pilih I untuk lunaskan dendam dia. Dan..."
Air mata mula mengalir apabila mengingatkan kembali apa yang terjadi. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum menyambung percakapannya. Langkah diberhentikan lalu Haira memalingkan tubuh menghadap Adam.
"... Lelaki tu sanggup bunuh anak I dengan tolak I jatuh dari tangga. Dan lelaki tu adalah kau! Aku benci kau, Adam. Kau adalah manusia yang paling kejam aku pernah jumpa. I hate you, Adam. I do really hate you! Aku benci kau sampai aku mati. Kau dengar sini baik-baik, aku... tak pernah ada anak dengan kau!" ucapnya satu per satu.
"Dan kau tak layak digelar seorang bapak. Kau boleh berambus dari hidup aku dan lepasni aku tak nak tengok muka kau lagi. Aku benci kau, Adam! Aku benci kau!" Suaranya bergetar apabila menyebut perkataan 'benci'. Air mata yang mengalir itu disekanya menggunakan hujung jari.
Haira mengangkat wajah dan memandang tepat pada anak mata Adam. Lelaki itu... menangis? Kasar sangatkah ayatnya?
Tetapi dirinya lebih dikuasai dengan rasa amarah. Sifat simpati itu dibuang jauh-jauh. Dia tidak berniat untuk berkasar. Dia cuma sudah tidak mampu lagi untuk mengawal emosinya. Mungkin kerana sudah lama dia memendam semua ini sehingga sudah tidak terkawal lagi.
"Saya minta maaf... Saya ingat awak dah maafkan saya dan lupakan semuanya. Saya tahu yang perkataan maaf daripada saya, tiada nilai untuk awak. Tapi saya merayu sangat-sangat dekat awak, tolong maafkan saya. Kalau awak nak saya melutut pun, saya sanggup. Asalkan saya dapat kemaafan dari awak." Rayu Adam sambil menangis.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR KITA | C
Romance[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...