抖阴社区

Real confession: 41

2.4K 44 1
                                    

DUA hari selepas pengebumian Farah, semuanya mula berubah. Hidup yang dahulunya rasa penuh, mula terasa kosong apabila wanita itu sudah pergi meninggalkannya.

Haira masih lagi rasa bersalah atas apa yang terjadi kepada Farah. Masih dia ingat lagi senyuman terakhir wanita itu. Haira memejamkan mata bagi mengusir segala fikiran tadi. Dia mahu belajar untuk redha atas apa yang sudah terjadi.

Mujur juga Haziq tidak marah dengannya. Kata lelaki itu dia tidak menyalahkan Haira atas kematian Farah. Jika bukan disebabkan Farah mengorbankan nyawa sendiri untuk Haira, pasti Haziq akan merasa kehilangan adik bongsunya pula.

Bagi Haziq, kedua-duanya dia tidak mahu kehilangan. Tetapi ajal maut seseorang itu tiada siapa yang tahu. Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi Allah lah sebaik-baik perancang.

Entah TV yang tengoknya atau dia yang tengok TV. Alih-alih Haira memilih untuk mematikan semula televisyen. Tiada cerita apa yang menarik.

Kalau ada pun, dia hanya akan tengok lima minit dan selebihnya akan kembali termenung mengingatkan apa yang sudah terjadi.

Apa yang terjadi kepada Farah sudah cukup membuka matanya untuk melihat kebenaran. Haira cuba ikhlaskan dan maafkan semua kesalahan Adam padanya dahulu. Dan kini dia juga mahu membuat hal yang sama. Dia sudah tipu Adam dan mempermainkan lelaki itu hanya kerana hendak membalas dendam. Jadi kini, Haira mahu menebus segala salah silapnya.

Walau sudah berkali-kali Adam mengatakan yang dia sudah maafkan Haira, entah kenapa hatinya masih lagi tidak sedap. Mungkin kerana dia memang perlu meminta maaf dengan cara sebetulnya pada Adam. Apapun yang terjadi, Adam tetap suaminya dan dia perlu hormat lelaki itu.

Haira memandang lama ke arah pintu utama rumah ini. Menunggu kepulangan suaminya dari tempat kerja. Haira sahaja yang sudah lama ambil cuti memandangkan dia masih tidak ada kekuatan untuk bekerja di bakerinya itu.

Sambil menunggu kepulangan Adam, dia sudah lena terbaring di sofa. Kepala beralaskan tangan sendiri sebagai bantal.

Satu jam tertidur, akhirnya pintu utama dibuka dari luar. Adam meletakkan barang-barangnya di atas meja tepi pintu. Sosok isterinya dicari-cari. Senyap je rumah ni.

Saat dia mahu melangkah masuk ke dapur untuk mengambil air sejuk, matanya sempat menangkap tubuh kecil Haira sedang berbaring di sofa.

Gelas yang digunakan untuk mengisi air sejuk tadi dibasuh semula. Tangan yang masih basah dilapkan pada kain di tepi singki.

Adam duduk di atas lantai berhadapan dengan isterinya yang sedang lena terbaring. Wajah polos itu diusap menggunakan hujung jari.

Adam tersenyum sendiri apabila melihat wajah cantik isterinya. Orang lain selalu cakap bila tidur mesti muka buruk tetapi tidak dengan Haira. Wanita itu tidur atau tidak, dua-duanya cantik.

Kulit wajah putih kemerahan, alis kening yang sememangnya sudah elok terbentuk, bulu mata yang sedia panjang dan lentik, hidung separa mancung, bibir merah bak delima dan yang paling membuatnya jatuh hati adalah kerana lesung pipit yang dimiliki oleh isterinya. Senang cerita, Haira memang sempurna baginya.

Ralit menilik wajah isterinya, Haira terpisat-pisat membuka mata bagi melihat siapa yang bermain dengan wajahnya.

"Eh sorry sayang. Abang kacau awak tidur ya?" Tangan kembali diturunkan ke sisi tetapi Haira lebih pantas memegang dan mengusap lembut.

"Tak, awak tak kacau pun. Saya memang dari tadi tunggu awak balik." Ujar Haira dengan suara serak basahnya kerana tekak yang masih kering.

Tubuh dibangkitkan bagi mengubah posisi kepada duduk. Tangan suaminya ditarik agar turut duduk disebelahnya.

TAKDIR KITA | CTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang