抖阴社区

Funny isn't it? : 39

1.4K 40 1
                                    

DADA turun naik menahan pelbagai rasa. Wajah diraupkan beberapa kali. Hendak marah tidak boleh kerana dia tahu semua ini terjadi kerana kesilapannya sendiri di masa lampau.

"Kenapa Haira sanggup buat abang macam ni?" soal Adam sendiri. Kertas yang berada di tangannya, direnyukkan sekuat hati sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Dia tahu surat ini daripada Melissa.

Adam melangkah naik ke tingkat atas untuk mencari keberadaan isterinya.

"Awak kenapa ni?"

Soalan dari Haira hanya dibiarkan tidak terjawab. Lengan Haira ditarik lembut bagi mengikutinya masuk ke dalam bilik tidur mereka. Tubuh Haira di dudukkan pada birai katil.

"Kenapa Haira sanggup buat abang macam ni? Apa salah abang pada awak? Tak cukup lagi ke abang buktikan yang abang betul-betul dah berubah?" soal Adam bertalu-talu. Kecewa dengan isterinya. Dia fikirkan yang Haira sudah benar-benar boleh menerima dan memaafkannya atas apa yang terjadi dahulu. Malangnya andaian dia meleret jauh.

"A... apa maksud awak ni? Saya tak faham." Dalih Haira. Masih berpura-pura tidak faham.

Adam menggenggam kedua belah tangan Haira erat. Anak mata mereka bertaut lama. Setelah Adam mengumpul segala kekuatan, dia mulakan bicara.

"Haira sengaja buat abang macam ni kan? Lepas awak bersalin nanti, awak akan minta abang lepaskan awak dan awak nak hak penjagaan sepenuhnya ke atas anak tu. Betul?" tekanya sendiri.

Adam tersenyum hambar tatkala melihat wajah Haira yang sudah berubah. Mungkin Haira terkejut dari mana dia dapat tahu tentang semua ini. Maksudnya tekaannya tepat lah kan?

"Kenapa? Apa tujuan perkahwinan ni kalau hanya itu matlamat Haira? Iya abang tahu yang Haira nak balas apa yang abang pernah buat pada awak dulu tapi tolonglah..."

"... Percayakan abang yang abang memang dah berubah. Kenapa selama kita kahwin ni, Haira layan abang elok sedangkan dalam hati Haira tu langsung tak ikhlas dengan apa yang Haira buat. Abang percayakan awak tapi abang baru tahu yang Haira kahwin dengan abang hanya semata nak balas dendam."

Air mata lelakinya mula jatuh setitis demi setitis membasahi tangan Haira yang dipegangnya. Tatkala Adam mahu melabuhkan satu ciuman pada tangan kecil Haira, laju wanita itu menarik semula tangannya dari terus digenggam oleh Adam.

Haira berdecit perlahan. Bibir ternaik sedikit mengukir senyuman sinis.

"Sekarang ni kau nak salahkan aku?" Seluruh sudut bilik tidur mereka ini dilihatnya sebelum Haira kembali memandang dan menikam anak mata Adam.

"Funny isn't it? Bila aku buat, kau salahkan aku. Tapi bila kau buat, boleh pula? Tak payah nak acah terpaling tersakiti lah Adam! Aku cuma balas apa yang kau pernah buat dekat aku. This is the time for me to repay what you did to me before!" tegas Haira. Apa lelaki itu ingat yang dia masih lemah seperti dahulu? Tidak... Dia tidak akan biarkan dirinya ditindas lagi.

"Tapi kenapa Haira layan abang baik? Kenapa Haira mesti gunakan baby ni untuk balas dendam? Kenapa, sayang?" soal Adam lagi. Dia masih cuba berlembut. Jika seorang menjadi api, seorang lagi mesti menjadi air. Jika dua-dua menjadi api pasti benda lain yang akan terjadi.

"Aku pernah kehilangan anak pertama aku disebabkan kau. Jadi sebelum kita kahwin semula haritu, aku ada terfikir untuk bagi kau rasa semula apa yang kau buat dulu. Lepas aku bersalin nanti tolong lepaskan aku dan aku akan tuntut hak penjagaan sepenuhnya ke atas baby ni. Dan waktu tu kau akan rasa macam mana sakitnya kehilangan orang yang kau sayang." Tubuh dibangkitkan semula. Kaki melangkah masuk ke dalam ruangan baju.

Luggage yang berada di dalam almari ditarik keluar. Beberapa helai baju diambil dan dilipat masuk ke dalam luggage. Alang-alang Adam sudah tahu semuanya, lebih baik dia keluar dari rumah ini secepat mungkin.

TAKDIR KITA | CTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang