WAJAH Haziq dan juga Farah di pandang bersilih ganti. Masing-masing hanya menayang senyuman busuk. Diam-diam ubi berisi dua orang ini.
"Tersengih-sengih macam kerang busuk tu dah kenapa? Tak sabar dah nak kahwin? Pandai eh korang berdua ni sekarang," sengaja Haira berseloroh. Farah menampar lembut lengan bakal adik iparnya. Ceh!
"Ish apa kau ni? Orang kata benda yang tak pasti ni jangan kongsi, jadi bila dah pasti ni, baru lah kitaorang kongsi." Farah juga tidak kurang dalam membalas. Haziq di tepinya sudah tersenyum melihat kemesraan adik dan juga bakal isterinya yang sedang bergelak ketawa.
"Dah bagitahu mama dengan abah ke belum pasal ni?" soal Haira ingin tahu. Mata tidak lepas dari menatap seraut wajah cantik Farah.
"Diaorang dah tahu lama dah, Haira. Kau dengan Adam je yang baru tahu. Itu yang nak keluar pergi cari barang hantaran. Nak ikut ke tak?" ajak Haziq. Automatik mata Haira bersinar teruja.
"Wow! Sampai hati korang tak bagitahu Haira, tahu-tahu nak cari barang hantaran dah. Bila majlis?" walau teruja, tetap sahaja berlakon pura-pura sedih. Bibir dicebirkan kehadapan.
Adam yang melihat isterinya sudah muncung, terus sahaja memeluk bahu wanita itu.
"Sayang... sampai bila nak jadi polis ni? Awak dah macam tengah soal siasat penjenayah dah. Haira nak ikut diaorang atau tak?"
Angguk.
"Okey, jom. Kita keluar sekali je terus, senang." Mereka berdua yang semenangnya sudah bersiap itu lebih mempercepatkan lagi mereka berempat untuk terus keluar mencari barang hantaran.
Awalnya Adam dan Haira bersiap kerana nak ambil angin pagi di tasik, tahu-tahu bila turun ke bawah, Farah dan Haziq menahan mereka dan menjelaskan tentang hubungan sebenar mereka.
Ternyata selama ini, mereka masing-masing sudah jatuh cinta dalam diam. Dua minggu lagi sudah majlisnya. Memang kebanyakan benda dan juga baju sudah ditempah pada minggu lalu. Hanya Adam dan Haira yang baru tahu memandangkan hubungan mereka suami isteri baru sahaja baik haritu.
"Jom,"
Mereka berempat berjalan keluar dari rumah agam ini. Dedaun pintu ditarik bagi menutupi sebelum pintu itu dikunci. Selesai, Haziq mula memasuki bahagian pemandu. Adam duduk di bahagian penumpang sebelahnya, Haira dan Farah pula duduk di bahagian penumpang belakang.
Enjin di panaskan terlebih dahulu sebelum perlahan-lahan kereta itu keluar dari perkarangan rumah.
Sampai sahaja di tempat pertama yang hendak di tuju, masing-masing keluar dari perut kereta. Pintu ditutup sebelum kunci ditekan bagi mengunci.
Haira dan Farah merangkul tangan dan tanpa menoleh, mereka terlebih dahulu melintas jalan di hadapan untuk masuk ke dalam shopping mall ini.
Adam dan Haziq hanya mengikuti dari belakang. Ke mana Farah dan Haira pergi, di situ jugalah mereka mengikuti. Beberapa beg kertas yang dipenuhi dengan barang, dipegang oleh Haziq setelah bakal pengantin itu bergaduh mulut kerana berebut hendak memegang beg kertas tadi. Akhirnya Farah mengalah setelah Haziq beria menghalangnya.
Saat satu kedai yang tidak jauh dari mereka sudah terlihat, Haira dan Farah sudah terangguk-angguk dan tersenyum penuh makna. Hanya mereka berdua yang mengerti. Langkah diberhentikan sebelum wajah dua jejaka dibelakang di lihat.
"Adam, awak tunggu sini kejap dengan Abang Haziq. Saya dengan Farah nak pergi satu lagi kedai. Korang berdua tunggu je sini, jangan pergi mana-mana." Ujar Haira membuatkan Haziq dan Adam kerut dahi. Mahu tidak mahu, kepala tetap mengangguk faham. Kalau tak setuju nanti, mengamuk pula ibu muda ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR KITA | C
Romance[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...