抖阴社区

3:Tanpa izin

0 0 0
                                        

Happy reading

-----
Tepat pada jam 6 pagi, bunyi loceng yang berasal daripada telefon pintar milik Adella berbunyi.
Dengan masih keadaan setengah sedar, Adella mencapai telefon pintar miliknya itu untuk mematikan penggera. Namun begitu, ketika Adella mematikan penggera tanpa sengaja mesej daripada Safia, Adella terbaca.

Safia
Adel, iyan betul dah tak ada..

Adella menghelah nafasnya setelah membaca mesej daripada Safia

''huh .. innalillah wa innailaihi rojiun''

Kemudian, Adella pun bangun untuk menunaikan solat subuh. Adella merancang untuk memberitahu ibunya setelah ia menunaikan solat.

------
Seperti yang dirancang oleh Adella bahawa dia akan memberitahu ibunya tentang Rian setelah ia selesai solat subuh. Di sinilah Adella berada, di hadapan pintu bilik ibu dan ayahnya. Adella masih ragu untuk mengetuk pintu sehinggalah pintu itu terbuka dan terdapat Puan Aisyah yang terkejut atas kedatangan Adella.

''astaghfiruallah , Adel buat mama terkejut je'' ucap Puan Aisyah sambil mengusap dadanya.

Adella tersengeh ''sorry mama, Adel tak rancang nak terkejutkan mama''

''tak apa lah .. ni awal pula kamu bangun, mama baru ingat nak kejutkan''

Adella hanya tersenyum tipis sebelum berkata ''mama , Adell ada nak bagitahu sesuatu''ucap Adella.

''nak bagitahu apa tu?''tanya Puan Aisyah.

''errrr ... pia bagitahu yang ...''Adella terdiam seketika

''yang ?''tanya Puan Aisyah

''yang iyan dah tak ada''kata-kata ada membuat Puan Aisyah terdiam seketika

''innalillah ..''
''adel'' panggil Puan Aisyah ''dia accident ke?''tanya Puan Aisyah , Adella mengangguk sebagai jawaban ''sebab otw pergi sini?''tanya Puan Aisyah lagi.

Adella hanya terdiam , ia tidak tahu untuk menjawab soalan ibunya itu.

''betul ke dia accident sebab nak datang sini?''

''mama .. boleh tak kalau kita pergi sana ? melawat iyan ?'' tanya Adella menukar topik.

''adel tahu kan mama tak tahu nak drive ? ayah pun tak ada, pergi outstation''balas Puan Aisyah.

Adella berfikir sejenak ''kalau centu Adell pergi sendiri lah naik motor, boleh?'' tanya Adella.

Puan Aisyah menggeleng '' no, no, no .. mama tak izin kan''

''alaaa, please mama.. Lagipun Adell dah ada lesen .. kenapa mama dengan ayah tak izin kan Adell tunggang motor?''jelas Adella. Ia tidak faham mengapa ibu bapanya tidak mengizinkan dia untuk menunggang moto sedangkan ia telah mendapatkan lesen.

''Adell memang ada lesen tapi tak ada pengalaman''ucap Puan Aisyah

''itu sebab mama dengan ayah tak bagi Adell ada pengalaman''jelas Adella

Puan Aisyah meraih kedua tangan Adella dan ia genggam dengan erat ''adella , adell seorang je anak mama dengan ayah.. Kita sayang dengan Adella , tak nak kehilangan adella''ucap Puan Aisyah

''tapi mama , Adella mohon sangat izinkan Adella pergi melawat iyan ... please ma''Adella merayu pada ibunya namun gelengan daripada Puan Aisyah membuat Adella kecewa.

Adella pun terus masuk ke biliknya .

----Adella pov----

Sampai sahaja dibiliknya Adella terus duduk di atas katilnya ''kalau tak nak bagi aku tunggang motor kenapa suruh aku ambil lesen? sia sia jeee''Adella menumpahkan segala kekesalannya.

REMEMBER +ing YOUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang