抖阴社区

13:Hari Malang Adella

0 0 0
                                        

Happy reading

------
Hari ini Safia cuti dan Adella baru saja tahu tentang itu setelah bertanya dengan seniornya,Balqis.

''safia tak bagitahu kau ke?''tanya Balqis, senior Adella yang telah berumur 24 tahun

Adella menggeleng sebagai jawaban 'tidak'
''tak ada pula, kak''jawab Adella

''mungkin dia lupa lah kot''ucap Balqis untuk menyenangkan hati Adella

''mungkin juga''

''ataupun dia ada whatsapp dekat kau tapi kau yang tak baca lagi''ucap Balqis

''mungkin juga ..''
''lagipun, telefon Adell habis bateri semalam lepas tu tadi pagi cek, lupa nak on suis pula''jelas Adella sambil tertawa pelan

''haa, mungkin dia bagitahu kau dekat whatsapp tu''balas Balqis
''dah nak start kerja kan? cepat simpan beg kat loker''perintah Balqis

Adella hanya mengangguk ''okey kak Balqis, Adell pergi loker dulu ye''balas Adella sebelum berlalu

Sebelum menyimpan beg ke loker Adella sempat mengecas telefon pintarnya menggunakan powerbank yang tanpa ia sedari powerbank nya sama-sama tiada daya tenaga seperti telefon pintarnya.

Selesai mengunci loker Adella pun terus memulakan pekerjaannya.

-----
Hari ini mood Adella untuk bekerja tidak seperti biasanya, ia berasa kesepian. Walaupun Adella dan Safia berlainan bahagian namun Adella dapat memerhati gadis itu yang fokus menjaga bahagian juru wang dan sesekali mereka saling menyapa dan berbual apabila ada kesempatan.

Jujur Adella sedikit kecewa dengan Safia kerana tidak memberitahunya bahawa dia akan mengambil cuti hari ini. Namun begitu, rasa kecewa itu dapat ia tepis mengingatkan telefon pintarnya yang kehabisan daya dan dirinya yang cuai lupa menghidupkan suis 'on'.

Jam telah menunjukkan jam 1, selalunya pada jam begini Adella akan pergi berehat dengan Safia. Namun begitu, disebabkan gadis itu cuti maka Adella akan pergi berehat sendirian.

Adella sedang menyusun barang dan tanpa ia sedari seseorang sedang memerhatinya.
''haih, member tak datang je pun, jangan lah buat muka masam macam tu'' tegur Balqis walaupun nadanya seperti menyindir tapi Adella faham itu hanya untuk bergurau

Adella menoleh ke arah sumber suara lalu tersenyum ''eh kak Balqis''ucap Adella

''jangan lah masam muka tu''tegur Balqis sekali lagi

Adella tersenyum lebar ''mana ada masam''balas Adella

''sekarang ya lah tak, tadi tu muka kau masam''ucap Balqis

Adella hanya tersenyum, dia tidak tahu ingin menjawab apa

''sekarang masa rehat kan?''ucap Balqis. Adella pula mengangguk sebagi jawaban

''nak rehat dengan aku tak?''ajak Balqis. Adella menunjukkan wajah tidak percaya

''boleh ke?''tanya Adella sedikit ragu akan ajakan Balqis

Balqis memutar bola matanya ''asal tak boleh pula, aku dah ajak maknanya boleh lah''

''takut ajak ajak ayam je''ucap Adella dalam hati

''okey lah''
''tapi Adell nak pergi ambil beg kat loker jap''ucap Adella

''haa aku pun nak pergi ambil beg juga kat loker, jom lah''

Adella dan Balqis pun pergi ke loker untuk mengambil beg masing-masing.

Setelah membuka kunci loker dan mengambil beg, hal pertama yang Adella lakukan adalah melihat berapa bateri telefon pintarnya, namun setelah berkali-kali Adella menekan butang 'on' telfon pintarnya itu tetap tidak menyalah. Setelah itu barulah Adella menyadari bahawa powerbank nya itu juga tiada bateri

REMEMBER +ing YOUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang