抖阴社区

9:Aku terima

0 0 0
                                        

Happy reading

-----
Kini Adella sedang menatap ibunya dengan wajah masam membuatkan Puan Aisyah tidak selesa. Mereka sedang menikmati makan malam yang telah disediakan. Disebabkan Tuan Arman outstation, jadi hanya terdapat Adella dan Puan Aisyah saja di meja makan ini.

''kenapa pandang mama macam tu?''tanya Puan Aisyah namun tidak dijawab oleh Adella selang beberapa saat Puan Aisyah berkata ''Adel, depan rezeki ni tak baik buat muka macam tu apatah lagi depan mama'' tegur Puan Aisyah disebabkan itu terdengar suara rengekan Adella

''er-erm .. kenapa mama suruh Rian yang jadi 'driver' Adell? Adell ingat naik pengangkutan awam bila ayah tak pergi outstation''tanya Adella

''Ohhhhh''ucap Puan Aisyah yang sudah faham mengapa muka anak gadisnya masam saja ''pasal itu ke''sambung Puan Aisyah dan diangguki oleh Adella ''dah Rian je pilihannya, tak ada yang lain''jawab Puan Aisyah santai.

Adella menutup matanya menahan geram ''mama ... adella segan lah dengan Rian''ucap Adella
''dia tak satu jalan pun kan dengan tempat kerja Adell''sambung Adella

Puan Aisyah sedikit terkejut tapi dapat ia kawal ''tapi rian kata no problem kan?''balas Puan Aisyah

''tapi Adella segan lah mama, esok tak payah suruh dia eh? Adell naik bas je, boleh''pinta Adella

Puan Aisyah hanya diam, tidak layan

Adella berfikir sejenak untuk menambah alasan agar dia dapat menaiki pengangkutan awam mulai besok

''HAAA!''

''mama''panggil Adella ''mama tak takut ke kalau rian tu apa-apakan Adella''ucap Adella membuat Puan Aisyah terkejut

''Apa Adella cakap ni, tak baik tau''balas Puan Aisyah dengan nada sedikit marah

''ye lah ma, dia lelaki tau .. lepastu dapat kepercayaan mama dengan ayah.. kita tak tahu apa yang dia fikirkan''sambung Adella untuk menguatkan hujahnya

''astaghfiruallah .. Adell apa cakap macam tu. Selamat ayah tak ada tau, kalau ayah ada habis Adella dengar bebelan ayah atau tak mulut tu ayah masukkan cili''balas Puan Aisyah sedikit mengancam Adella

Adella terdiam ''adel .. terfikir je ma..''

''Adel, dengar sini ye kalau Adella naik bas ke teksi ke grab ke mama lagi risau..''jelas Puan Aisyah
''kalau dengan rian, sekurang-kurangnya mama dah kenal dan dia orang terpercaya mama .. seperti yang adel ckp tu''sambung Puan Aisyah sedikit menyindir Adella. Kata-kata Puan Aisyah mampu membuat Adella terdiam.

''Adella, iyan tu kawan Adella. Dah lama tau Adella dengan Rian berkawan. Mama yakin Rian orang yang baik, lelaki yang baik. Kalau dia dengar Adella ada terfikir macam tu terhadap dia, kecil hati dia tau''ucap Puan Aisyah lagi untuk menyadarkan Adella sedangkan Adella hanya tertunduk menatap makanan yang belum dijamahnya.

Puan Aisyah menatap anak gadisnya yang sepertinya sudah menyesal akan kata-katanya, dia tersenyum seketika ''Adella dah lupa ke, macam mana Adella merayu dengan ayah dan mama waktu Adella nak sangat pergi sekolah dengan Rian naik motor dulu?''kata-kata Puan Aisyah mampu membuatkan Adella mendongak kepalanya dengan mata terbeliak

'' merayu?''tanya Adella, Puan Aisyah mengangguk mengeyakannya ''dengan ayah dengan mama?''tanya Adella lagi dan Puan Aisyah mengangguk lagi ''sebab nak naik motor dengan Rian ?''tanya Adella lagi dan lagi-lagi mendapat anggukan daripada Puan Aisyah yang sedang asyik memakan makanannya ..

''BIAR BETUL !!!''

''KAU MEMANG GILA ADELLAAAAAAA!''

------
Seawal jam 7:30 Adella telah berdiri di hadapan rumahnya untuk menunggu Rian. Kata-kata Puan Aisyah semalam menyadarkan Adella bahawa Rian tidak seperti dalam fikirannya. Lelaki itu rupanya banyak membantu Adella tanpa dia sedar.

REMEMBER +ing YOUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang