抖阴社区

16:maaf

0 0 0
                                        

HAPPY READING

-----
Akhirnya waktu pulang pun tiba namun Adella tidak berasa teruja seperti sebelum-sebelum ini. Entah mengapa dia berasa hari ini cepat berlalu. Adakah kerana ia belum bersiap sedia untuk bertemu dengan Rian?

Adella sedang menunggu jemputan Rian bersama Safia. Sama seperti hari-hari sebelum ini. Akan tetapi, hari ini Adella tidak tahu lelaki itu akan menjemputnya atau tidak. Jika lelaki itu menjemptnya Adella tidak tahu untuk menghadapinya.

Adella sedang sibuk memikirkan cara untuk menghadapi Rian nanti namun seringkali dia mendapat gangguan daripada Safia. Lihatlah sekarang gadis ini selalu memberi kata-kata yang sama sekali tidak memberi motivasi kepada Adella.

''tengah fikir apa tu cik kak?''usik Safia
''dah lah, jangan banyak fikir sangat. Saya yakin, Iyan awak tu dah okey dah. Tapi kamu kena tetap minta maaf okey?''sambung Safia dengan menggunakan kata ganti nama diri dan nada bicara yang tidak dapat diterima oleh telinga Adella.

Adella melirik Safia ''can you stop talking like that? tak ngam lah wei''ucap Adella menyebabkan Safia tersengeh ''sorry, sorry''

Safia memandang Adella dari atas hingga ke bawah. Ada sesuatu yang janggal.

''eh, helmet kau mana?''tanya Safia apabila perasan Adella tidak memegang topi kaledar

''helmet? aduh'' Adella menepuk dahinya sendiri
''aku lupa nak bawa'' ucap Adella dengan nada yang gelisah ''macam mana ni?''tanya Adella

''yang kau tak bawa kenapa mak cik?''balas Safia sekaligus mengejek Adella

''takkan aku tak pakai helmet?''ucap Adella

''cer kau call iyan suruh bawakan helmet''Safia memberi idea

Adella tidak melakukan cadangan Safia sebaliknya dia melihat jam tangan di tangannya ''rasanya iyan mesti dah on the way lah, piaaa''ucap Adella

Safia mengeluh ''kalau macam tu aku tak tahu lah nak buat apa''balas Safia
''kau tunggu je lah, mana tahu dia bawa helmet lebih''sambung Safia

''tak mungkinlah dia bawa''

''aku pun tak tahu lagi ni haa dia jemput aku ke tidak''

''haa tu iyan''ucap Safia sambil meunjukkan arah Rian berada. Adella terus memandang ke arah tunjuk Safia dapat Adella lihat Rian yang sedang menunggang motorsikalnya itu.

''see, dia bawa helmet''ucap Safia lagi apabila perasan sebuah topi kaledar bergantungan di tangan kiri Rian. ''helmet kau pula tu''sambung Safia yang sudah tahu topi kaledar milik Adella yang dibawa oleh Rian. Tanpa pengetahu Safia, Adella tersenyum tipis.

''jangan lupa minta maaf''bisik Safia mengingatkan Adella untuk meminta maaf. Hal itu membuatkan Adella kembali berfikir cara untuk menghadapi lelaki itu sekarang ini.

Rian berhenti tepat di hadapan Safia dan Adella.

''hai iyaaan''sapa Safia

''hem''jawab Rian singkat, padat dan jelas

Rian memandang Adella lalu menghulurkan topi kaledar berwarna hitam milik Adella ''nah''

Adella pun menerima topi kaledar tersebut ''terima kasih''

''kita orang balik dulu eh pia''ucap Rian

''okeyyyy, bawa kawan aku ni selamat sampai ke rumah dia eh''balas Safia lalu memandang Adella yang sedang menyarungkan topi kaledar ke kepalanya. Adella yang sudah memakai topi kaledar dan perasan akan Safia sedang memandangnya. Adella memandang Safia balik.

Safia memberi isyarat kepada Adella untuk meminta maaf sekarang melalui isyarat mata. Seakan mata itu berkata ''sekarang waktunya''. Adella yang memahami isyarat mata Safia, menggeleng pelan tanda menolak. Safia yang faham balasan Adella yang menolak untuk meminta maaf sekarang, kembali memberi isyarat mata ibarat berkata ''Adella, sekarang !''

REMEMBER +ing YOUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang