2020...
Dengan penuh keyakinan, dia berjalan memasuki kawasan perkarangan sekolah. Sejurus selepas dia melepasi pagar sekolah, jeritan dan panggilan pelajar perempuan dapat didengari. Keluhan dilepaskan.
"Eish."
Rimas. Serabut. Itu yang dia rasakan ketika ini. Silap dia juga kerana menaiki kenderaan yang dipandu oleh pemandu peribadi bapanya. Itu pun selepas bapanya memaksa.
Jika tidak, dia akan menunggang motosikal seperti apa yang dilakukan pada hari hari sebelum ini.
"Yoongi oppa."
"Kenapa oppa kacak sangat hari ni?"
"Yoongi oppa. Saya sayang oppa!"
Maka dengan itu, sesi meluahkan perasaan pun bermula pada pagi tersebut.
Wajah dingin diukir buat mereka yang mengelilingi tubuh. Makin kuat jeritan mereka apabila melihat wajah Yoongi.
-
Kaki dibawa berjalan keluar dari balai ketibaan. Cermin mata hitam yang sedikit melurut jatuh, dibetulkan. Di sekelilingnya pula, ada beberapa orang lelaki yang memakai sut berwarna hitam.
Bodyguards.
"Dia dah sampai!"
Terus sinaran kamera menyapa matanya. Masing masing sibuk merakam gambar dan video figura yang sangat dikenali hampir semua orang. Siapa lagi kalau bukan...
Callisto Kim.
Lelaki yang berkacukan Korea Amerika. Mula popular disebabkan kerjayanya sebagai seorang detektif. Callisto adalah detektif di JHG, Ji Hoon Group. Bilangan ahli ahli yang berdaftar adalah lebih kurang 50,000 orang. Masing masing berperanan untuk membantu dirinya ketika sedang menyelesaikan kes.
Segala kes yang diberi, tidak ada satu pun yang gagal. Dia pulang ke Korea setelah 10 bulan menetap di Perancis, menguruskan kes kes besar di negara tersebut. Antaranya, merogol, merompak, mencuri dan juga menggodam.
Kepulangannya sudah pasti akan mendapat perhatian ramai.
"Sila beri laluan," arah Sim yang merupakan ketua bodyguard.
Callisto terus melangkah sehingga lah tiba di kereta yang telah disediakan di luar kawasan lapangan terbang. Kepala ditundukkan sedikit kepada wartawan dan juga mereka yang tidak henti henti merakam gambarnya.
"Terima kasih."
Perut kereta dimasuki. Terus kereta yang dinaiki olehnya bergerak laju meninggalkan kawasan tersebut.
-
Baek Hyeon memunculkan diri di hadapan kelas Yeongmin. Sempat dia mengetuk pintu kelas bersama sebuah senyuman yang diukir buat Ms. Ma yang sedang mengajar di hadapan kelas.
"Maaf menganggu, Ma saem. Saya Hwang Baek Hyeon, abang angkat Park Yeongmin. Saya nak berjumpa dengan dia sekejap. Boleh?" tutur Baek Hyeon lembut.
Ma saem bentuk senyuman malu malu dan dia mengangguk, tanda membenarkan. Lelaki kacak yang berpakaian sut hitam dipandang dengan senyuman manis.
Sudah hampir tujuh bulan dia menyimpan perasaan pada lelaki yang bernama Hwang Baek Hyeon itu.
"Park Yeongmin," panggil Ma saem lembut.
Yeongmin yang sedang berbual bersama Seoyeon, menoleh. Dia memandang guru perempuan yang berada di hadapan kelas. Kemudian, pandangan dialihkan ke arah lelaki tampan yang berada di luar kelas.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRUTH ; ???
Mystery / Thriller2ND BOOK by ddyjung KIM TAEHYUNG'S FANFICTION "The truth will set you free, but first it will make you miserable." Romance + Action + School + Thriller + Dark + Mystery + Start : 20 February 2025 End : 15+