抖阴社区

[ TT - 002 ]

4 0 0
                                    

Telinga setia menanti apa yang bakal diperkatakan oleh rakannya, Park Jisung. Lelaki itu merupakan antara pekerja yang bertugas di Forensic Department di JHG.

"Aku tahu benda ni susah nak percaya. Jadi, aku nak kau tenang. Jangan cepat gelabah."

Taehyung mengerutkan dahi. Berdebar pula rasanya apabila Jisung berkata sedemikian. Mata memerhati fail lut sinar yang telah diletakkan di atas meja oleh rakannya.

"Rilex tau."

Tidak menghiraukan apa yang dibicarakan oleh Jisung, dia terus mengambil kertas yang berada di dalam fail lut sinar tadi. Segala bait bait perkataan yang ada dekat situ, dia teliti.

99% match with...

Mata bergerak ke bawah, terhenti pada satu nama yang tidak asing baginya.

"M-min Y-yoongi?"

-

Kolar baju lelaki itu digenggam kasar. Mata tajam membalas pandangan hairan Yoongi.

"Aku dah cakap yang aku tak terlibat dengan kes Ae Ra. Apa masalah kau?"

Taehyung masih lagi menguatkan genggaman.

"Kau dengki dengan aku, kan? Kau pun suka Ae Ra. Sebabkan Ae Ra pilih aku, kau bunuh dia. Kan?!" amuk Taehyung kuat.

Yoongi menolak pipi menggunakan lidah. Lelaki ini memang sudah mencabar kesabarannya. Dengan sekali cubaan, tangan Taehyung yang berada di bajunya, dilepaskan dengan kasar.

"Once I said yang aku tak terlibat, aku tak terlibat lah. Kau fikir aku ada masa ke nak kesah pasal cinta? Kau suka dia, your business lah. Pernah ke aku kata yang aku suka dia?"

"Jadi, macam mana sperm kau boleh ada dekat badan Ae Ra?"

"Entah. Dia berkenan dengan Ae Ra. Itu yang dia terbang dekat Ae Ra agaknya."

"Yoongi!"

"Mana lah aku tahu, setan. Sperm pelanduk dua serupa kot."

"Kau! Aku tengah serius ni."

Yoongi meraup rambutnya ke belakang.

"Aku tak tahu. Serius. Lagipun, senang senang macam tu je kau yakin result DNA tu betul? Benda tu boleh tipu lah, Taehyung."

Taehyung mencerlung tajam ke arah Yoongi. "Oh. Sekarang kau nak cakap result DNA tu palsu lah?"

Mata diputar malas. "Ikut kau lah, Taehyung."

-

Pintu rumah yang diduduki oleh Areum dan Yoongi, diketuk. Areum ada memberitahunya yang dia mahu berbual tentang sesuatu benda penting. Tambahan pula, kedua dua ibu bapa mereka tidak ada di rumah pada waktu itu. Mungkin masih lagi sibuk bekerja.

"Areum. Ni aku, Taehyung. Buka lah pintu ni," ucap Taehyung.

Dia mengetuk lagi. Kali ini, lebih kuat. Hairan apabila tiba tiba gadis itu tidak menyahut panggilannya. Tombol pintu dipulas. Aik, tidak berkunci? Dengan perasaan aneh, dia melangkah memasuki rumah keluarga Min.

"Areum?" panggil Taehyung kuat.

Mata meliar memandang sekeliling. Mencari kelibat adik perempuan Yoongi.

"Argh!"

Bunyi jeritan yang disusuli dengan bunyi kaca pecah menimbulkan kerutan di dahi Taehyung. Dia memandang ke suatu arah. Rasanya, bunyi itu datang dari kawasan dapur. Kaki dibawa menuju ke arah dapur.

THE TRUTH ; ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang