Kepala diletakkan di atas meja. Baru sahaja dia mahu terlelap, suara seseorang menganggu lenanya. Siapa pula yang datang kacau waktu tidur ni?
Dia mendongak. Wajah seorang gadis yang sangat dikenali menjadi tatapan. Kening sebelah dijongket tinggi.
"Apa kau nak?" malas Yoongi bertanya.
Eunjoo tersenyum sebelum sebuah kotak diletakkan di atas meja Yoongi. Lelaki itu hanya menayangkan riak biasa.
"I ada bawak kan makanan untuk you. Nanti, you makan lah." Eunjoo memberitahu.
Keluhan kecil dilepaskan. Oh Eunjoo. Gadis yang merupakan teman wanita olok oloknya sejak sebulan yang lalu. Dia menjadi teman wanita Yoongi pun disebabkan dare yang telah dibuat oleh Hoseok dan juga Namjoon.
Ciri ciri gadis itu? Erm, boleh dikatakan cantik. Dia juga merupakan ahli penari ballet sekolah. Tubuhnya sudah tentu menjadi idaman semua para gadis.
Tetapi, sedikit pun dia tidak tertarik dengan gadis itu. Cuma satu benda sahaja yang dia harapkan sekarang. Iaitu dare yang dicipta oleh Hoseok dan juga Namjoon tamat dengan segera. Tinggal lagi beberapa hari sahaja, dia dan Eunjoo akan berpisah.
"Hm. Nanti aku makan," kata Yoongi sebelum kotak bekal makanan diletakkan di laci meja.
Eunjoo mengangguk lalu berlalu pergi. Senyuman tidak lekang di bibir.
Tingkap yang berada di sebelah kirinya, ditenung lama. Fikirannya sedang sibuk memikirkan satu benda. Ingin menenangkan fikiran, dia mengangkat punggung. Ada satu tempat yang ingin dituju olehnya.
Serabut.
-
Kaki dibawa melangkah ke arah tandas lelaki yang terletak di tingkat tiga. Terpaksa lah dia menggunakan tandas tingkat tiga. Ini semua disebabkan tandas tingkat dua yang selalu digunakannya telah rosak dan sedang dibaiki.
"Eh?"
Tubuh seseorang yang berada di dinding tandas lelaki menarik perhatiannya. Apa yang pelajar perempuan buat dekat tandas lelaki?
Kakinya dibawa melangkah ke arah pelajar perempuan itu.
"Woi!" sergahnya kuat.
Terjongket bahu Yeongmin sebelum dia menoleh ke arah belakang. Wajah seseorang dipandang dengan pandangan pelik. Tangan mengusap dada bagi menenangkan jantung yang sudah berdegup laju.
"Apa yang kau buat dekat sini? Nak tengok apa pelajar lelaki buat dalam tandas, eh?" usik Namjoon bersama dengan sengihan nakal.
"Kalau nak tengok, jom lah masuk. Biar aku tunjukkan dekat kau," ajak Namjoon lalu tangan memegang bahu kanan Yeongmin.
Yeongmin menggelengkan kepala. Dia ni dah kenapa?
"Eh, bukan. Saya --"
Belum sempat ayatnya dihabiskan, Namjoon mencelah.
"Sekejap. Bukan ke kau sepatutnya pergi bilik pengetua?" tanya Namjoon pelik.
Yeongmin memandang tangan Namjoon di bahu sebelum muka lelaki itu yang berada di sebelah kirinya dipandang. Senyuman nakal masih ada di bibir Namjoon.
"Saya datang sini teman kawan saya lah. Lepas ni, baru gerak pergi bilik pengetua," beritahu Yeongmin.
Kening Namjoon terangkat. Tangan dijatuhkan dari bahu Yeongmin. Dia menyeluk poket seluar sekolah menggunakan tangan kanan.
"Siapa lelaki yang suruh kau teman dia ni? Pondan? Tak kan lah nak pergi tandas pun, kena berteman?" soal Namjoon bersama ketawa kecil.
"Tae --"

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRUTH ; ???
Mystery / Thriller2ND BOOK by ddyjung KIM TAEHYUNG'S FANFICTION "The truth will set you free, but first it will make you miserable." Romance + Action + School + Thriller + Dark + Mystery + Start : 20 February 2025 End : 15+