抖阴社区

[ TT - 005 ]

2 0 0
                                    

Suasana kelas sunyi. Hanya Yoongi sahaja yang masih kekal berada di dalam kelas tersebut. Pelajar pelajar yang lain sudah berlalu keluar untuk makan tengah hari memandangkan waktu rehat sudah tiba.

"Sunbae."

Yoongi yang sedang membaringkan kepala di atas meja mula terasa ternganggu.

Siapa pula yang berani sangat ganggu waktu tidur aku ni?

Aura berat yang datang dari sisi hadapannya menyebabkan dia mnegangkat wajah. Mata dijamah dengan wajah seorang gadis yang tidak dikenali, namun, wajah itu, dia pernah nampak.

"Kau nak apa?" tanya Yoongi malas.

Gadis itu bentuk senyuman walaupun ada lagi rasa takut dalam diri. Bekas makanan yang berada di tangan terus dihulur kepada Yoongi.

"Saya ada bawakkan makanan untuk sunbae," ujarnya gembira.

Terbit keluhan di bibir Yoongi. Dia menyandarkan tubuh dengan malas di kerusi.

"Aku dah ada makanan. Ada orang dah bagi aku tadi," jawab Yoongi serius.

"Tak apa. Makanan ni tahan sampai malam. Mana tahu kalau sunbae ada kelas malam ke, kan? Tahan juga kalau sunbae nak makan esok atau lusa sebab ni makanan mentah. Sunbae kena goreng dan panaskan dulu."

Yoongi hanya mendiamkan diri. Pelajar perempuan itu masih lagi dengan senyuman bersama tangan yang terhulur ke arahnya.

"Ambil lah," kata pelajar tadi lagi.

Bekas makanan berwarna jernih itu diambil dan diletakkan di atas meja. Dia mengalihkan pandangan pada muka pelajar perempuan tersebut bersama tubuh yang dipeluk.

"Siapa nama kau?" tanya Yoongi dengan kening yang terangkat.

"Yoon Seljeong."

Alamak.

-

Wajah Seljeong dilihat.

"Dah bagi belum makanan tu?"

Senyuman dibentuk dan kepala mengangguk.

"Terima kasih sebab dah tolong aku."

"Perkara kecil je, Yeong sunbae."

-

Cafeteria menjadi riuh apabila masing masing sibuk berbual antara satu sama lain. Melihat menu pada hari ini merupakan antara makanan kegemarannya, dia segera berjalan untuk mengambil dulang.

Namun, ada satu lagi tangan yang turut berbuat sedemikian. Mata bertemu dengan mata redup seseorang.

Kim Namjoon.

"Eoh? Sorry," laju Namjoon menarik tangannya.

Taehyung hanya ukir senyuman kecil. Dulang diambil dan beberapa menu makanan diletakkan di situ. Sempat dia menoleh ke arah Namjoon sekilas. Perbualan dengan Namjoon tempoh hari menjengah fikirannya.

-

Air tin diteguk perlahan. Jam tangan pula dilirik.

"Aku lambat ke?"

Dia mengambil tempat di sebelah Taehyung.

"Kau nak apa jumpa aku? Make it fast," balas Taehyung.

Namjoon ada mengajaknya untuk berjumpa. Selepas insiden tiga tahun lepas, ini kali pertama dia lepak setable dengan Namjoon.

"Aku tak tahu nak roger benda ni dekat siapa. Nak roger dekat Hoseok, dia look suspicious. Nak roger dekat Yoongi, dia ada family problem."

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

? Kemaskini terakhir: Mar 25 ?

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

THE TRUTH ; ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang