"Baek Hyeon oppa?"
-
Callisto berjalan setelah pintu dibuka oleh Sim. Kot yang tersarung di tubuh, dibetulkan supaya rapi. Dengan wajah yang dingin, dia berjalan ke arah pintu utama hotel yang merupakan miliknya.
"Selamat pulang, Sir Callisto."
Sepanjang dia berjalan untuk menuju ke lif, pekerja pekerja yang berkhidmat di bawahnya, membuat barisan lalu membongkokkan tubuh sambil menyapa dirinya.
"Welcome home, Sir."
Callisto hanya mengangguk sedikit. Setibanya di lif, butang berangka 100 ditekan. Kepala menoleh ke sisi. Wajah seorang lelaki dilihat.
"I've told you many times. Jangan celebrate kepulangan saya macam ni. Semua pekerja beratur. Tunggu saya dekat pintu masuk. Saya tak suka," ucap Callisto kepada Fang, pembantu peribadinya.
"I'm sorry, Sir. Tapi, saya dah halang. Diorang yang masih berkeras nak sambut kepulangan Sir sebab kali ni, Sir pergi lama sikit. Biasanya, sebelum ni Sir pergi tak sampai 6 bulan." Fang membalas.
Callisto melangkah memasuki pintu lif. Butang 'Open' ditekan lama sedikit sebelum wajah Fang dipandang.
"Say thank you to them. Hadiah yang saya bawa from France tu, jangan lupa bagi diorang. Make sure sorang dapat satu. Plus, tell them to work harder after this," kata Callisto lagi.
Kepala diangguk tanda faham. Tubuhnya dibongkokkan apabila melihat pintu lif yang sudah mahu tertutup. Serentak dengan itu, lif mula bergerak menuju ke tingkat 100, di mana pejabatnya berada.
-
Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia baru sahaja pulang daripada rooftop. Subjek permulaan sangat membosankan untuk dipelajari. Sejarah. Jadi, dia mengambil keputusan untuk ponteng kelas.
"Kim Taehyung!"
Kaki berhenti berjalan. Kepala dipusing ke sebelah kiri, di mana ada susuk tubuh seseorang yang sedang berlari anak ke arahnya. Sekejap. rasanya, dia cukup kenal dengan lelaki ini.
"Hyung?"
Lelaki yang berusia kira kira 29 tahun itu berhenti di hadapan Taehyung. Bahu pelajar lelaki tersebut ditepuk sekali.
"Lama tak jumpa kau. Sihat?" sapa Baek Hyeon ramah.
Perlahan Taehyung memberi anggukan.
"Sihat. Bila kau balik sini?" tanya Taehyung hairan.
Senyuman diberi buat Taehyung.
"Kita borak dekat sana. Jom."
Taehyung membontoti Baek Hyeon yang mula membuka langkah pergi. Punggung dihenyakkan di atas sebuah kerusi yang berada di taman bunga tersebut.
"Aku baru sampai Korea pagi tadi. Lepas je aku selesaikan urusan urusan dekat sini, baru aku datang jumpa Yeongmin."
"Kau ponteng kelas ke?" sambung Baek Hyeon pula.
Sengihan diberi oleh Taehyung.
"Mana kau tahu?"
Baek Hyeon hamburkan ketawa.
"Tadi, aku ingat nak panggil kau sekali. Tapi, kau tak ada dekat kelas pula. Lagipun, bukannya aku baru kenal kau semalam. Ponteng kelas dengan Kim Taehyung memang berpisah tiada," balas Baek Hyeon panjang lebar.
"You know what? Sejarah bosan gila," tutur Taehyung malas.
Kening sebelahnya terjongket lalu ketawa kecil dilepaskan.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRUTH ; ???
Mystery / Thriller2ND BOOK by ddyjung KIM TAEHYUNG'S FANFICTION "The truth will set you free, but first it will make you miserable." Romance + Action + School + Thriller + Dark + Mystery + Start : 20 February 2025 End : 15+
[ TT - 001 ]
Mula dari awal