Dapat dia lihat beberapa titisan darah di sekitar meja makan. Mata membulat. Kenapa ada darah pula ni?
Titisan darah tadi diikuti sehingga lah dia bertemu dengan sepasang kaki seseorang.
"Apa --"
Perlahan lahan, mata bergerak meneroka tubuh itu dari kaki sehingga lah ke kepala. Nafasnya seakan tersekat di kerongkong. Mulut yang terbuka sedikit, tertutup dengan menggunakan telapak tangan.
"A-areum."
Matanya sudah berair. Apa yang dia lihat sekarang ialah tubuh seorang gadis yang sangat dikenali iaitu Min Areum. Tubuh gadis tersebut sudah habis dipenuhi dengan darah. Sebilah pisau yang menusuk di perut Areum menarik perhatian.
Setitik air mata jatuh membasahi pipi.
"A-areum," panggil Taehyung sayu.
Mata Areum yang hampir tertutup kembali terbuka apabila dia mendengar suara seseorang menyebut namanya. Samar sama Areum melihat wajah Taehyung.
"T-ta-taehyung."
Segaris senyuman dibentuk. Tangan Areum naik memegang tempat di mana pisau yang masih lagi setia tertusuk di perut.
Terus Taehyung melutut di sisi tubuh Areum. Kedua dua belah tangan naik memegang pipi kanan dan pipi kiri milik gadis tersebut.
"Apa dah jadi ni Areum?"
Darah yang mengalir keluar dari mulut Areum dilap menggunakan lengan baju. Tetapi, semakin dia cuba menghilangkan darah tersebut, semakin banyak darah yang mengalir keluar.
"Bertahan lah..." rintih Taehyung.
Tangan Areum naik memegang tangan Taehyung yang ralit mengelap darahnya. Kepala digeleng perlahan tanda 'tak payah'. Wajah lelaki itu dilihat.
"Bagitahu aku. Siapa yang buat kau jadi macam ni?" soal Taehyung sayu.
Areum menghadiahkan senyuman nipis.
"P-pembunuh A-ae Ra."
Kening Taehyung berkerut tanda tidak mengerti.
"Apa kau cakap?"
"P-pembunuh Ae Ra. O-orang yang s-sama tikam aku."
Mata Taehyung membulat.
"Siapa? Bagitahu aku."
Areum masih lagi dengan senyuman. Tangan kiri perlahan lahan naik mengusap pipi Taehyung. Tidak mahu lelaki ini meratapi pemergiannya. Dirinya perlu pergi dengan tenang.
"Kawan kau, T-taehyung. J..."
Melihat nafas Areum yang semakin tidak teratur, telefon bimbit diambil untuk membuat panggilan. Dia perlukan gadis tersebut untuk mengetahui siapa pembunuh teman wanitanya, Yoon Ae Ra.
"Sabar, Areum."
"T-tae..."
Gelengan diberi oleh Areum. Diusapnya perlahan pipi Taehyung untuk menenangkan lelaki itu. Makin menjadi jadi air mata yang mengalir di wajah Taehyung.
"H-hey. Jaga a-abang aku e-elok elok. T-tau."
Senyuman terbentuk di bibir Areum sebelum tangan terjatuh dari pipi Taehyung. Nafas dirasakan semakin berkurang. Kepala Areum dibawa ke pehanya lalu pipi gadis itu ditepuk perlahan.
"Areum..."
Hari itu, hari di mana semua orang kehilangan insan mulia seperti Min Areum. Insan yang sangat disenangi oleh semua orang. Musuh? Dia terlalu baik untuk mempunyai musuh.
Tetapi, perginya dia disebabkan dendam yang disimpan kemas oleh seseorang. Seseorang yang sukakan Areum. Tetapi, sedih kerana cintanya tak berbalas.
"Taehyung!" jerit seseorang.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRUTH ; ???
Mystery / Thriller2ND BOOK by ddyjung KIM TAEHYUNG'S FANFICTION "The truth will set you free, but first it will make you miserable." Romance + Action + School + Thriller + Dark + Mystery + Start : 20 February 2025 End : 15+
[ TT - 002 ]
Mula dari awal