Terus Taehyung menoleh ke arah rakannya yang baru tiba. Air mata semakin mengalir apabila melihat wajah sayu di muka mereka.
"A-areum?"
Yoongi memandang Areum yang sudah tidak sedarkan diri di pangkuan Taehyung. Kepala gadis itu diambil dan dipeluk.
"Apa yang kau dah buat ni?!" tanya Namjoon tidak percaya.
Tubuh Taehyung didekati. Kolar baju kemeja lelaki itu dicengkam kuat sehingga menyebabkan dia berdiri. Pandangan tajam menikam mata Taehyung.
"Kenapa kau bunuh Areum?!" tanya Namjoon lagi.
Laju dia menggeleng, menidakkan tuduhan Namjoon. Bibir terketar ketar menahan rasa takut.
"B-bukan a-aku."
BUK!
Pipi kiri ditumbuk kuat oleh Namjoon. Tubuh Taehyung yang sudah jatuh menyembah lantai, didekati sebelum dia kembali mencengkam kolar baju lelaki itu lagi.
Bertubi tubi tumbukan yang diberi. Perut Taehyung turut menjadi mangsa tumbukannya. Taehyung yang meringis kesakitan langsung tidak menghalang Namjoon untuk berhenti.
-
Tubuh ditolak oleh Yoongi. Habis terjelupuk ke tanah dibuatnya. Kepala diangkat. Pandangan takut milik lelaki itu bertemu dengan pandangan bengang milik Yoongi.
"Puas lah hati kau sekarang?!" amuk Yoongi kuat.
Dua minggu Areum koma sejak gadis itu dimasukkan ke hospital. Dia masih lagi tidak melepasi level stabil. Tanda tanda untuk Areum sedarkan diri langsung tidak kelihatan.
Dan pada hari ini. Mereka dikhabarkan dengan pemergian Areum.
"A-aku tak b-buat. B-bukan aku," kata Taehyung tergagap gagap.
Yoongi berdecit. Dia bercangkung untuk menyamai pandangan mata Taehyung.
"Kalau bukan kau, siapa lagi? Kau sorang je yang ada dekat situ waktu Areum kena bunuh. Kau nak tuduh siapa? Sedangkan forensic result pun dah menunjukkan yang DNA rambut dalam genggaman Areum tu, sepadan dengan DNA kau.
Nak tipu apa lagi?!"
Taehyung menggeleng. Masih lagi menidakkan tuduhan daripada Yoongi. Macam mana rambut dia boleh ada dalam tangan Areum? Gadis itu langsung tidak mengusap kepalanya.
"Sumpah! Bukan a-aku yang b-buat," tegas Taehyung berkata.
Panas telinga Yoongi.
"Jangan sesekali kau berani nak bermain dengan sumpah, Taehyung. Kau fikir aku tak tahu? Kau bunuh Areum sebab kau nak balas dendam atas kematian Ae Ra, kan? Kau masih lagi percaya aku bunuh awek kau. Betul?"
"Tak! A-aku tak b-buat s-semua tu. P-percaya lah."
Yoongi mencengkam kolar baju Taehyung. Mata saling berbalas pandangan.
"Kalau aku boleh percaya bukan kau yang bunuh Ae Ra, kenapa kau tak boleh percaya aku?" sambung Taehyung.
Sejak daripada itu, diorang putus kawan. Disebabkan kematian Ae Ra, buah hati Taehyung dan juga Areum, adik perempuan Yoongi.
-
"Wei, kau kenapa ni?" tanya Yeongmin.
Bangku yang sering menjadi tempat dia meluangkan masa bersendirian, kini telah diduduki oleh seorang lelaki. Apa yang dia lihat, lelaki itu sedang menangis kerana dapat dia tangkap esakan halus yang meniti keluar dari bibir lelaki tersebut.
"Wei?"
Kaki dibawa melangkah ke arah lelaki tersebut dan dia bercangkung di hadapannya. Apabila dia melihat blazer yang berada di sisi lelaki itu, dapat dia agak yang lelaki itu merupakan salah seorang pelajar sekolah yang sama dengan dirinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRUTH ; ???
Mystery / Thriller2ND BOOK by ddyjung KIM TAEHYUNG'S FANFICTION "The truth will set you free, but first it will make you miserable." Romance + Action + School + Thriller + Dark + Mystery + Start : 20 February 2025 End : 15+
[ TT - 002 ]
Mula dari awal