Hoseok memandang Baek Hyeon dalam diam.
Baek Hyeon ni bukan boleh percaya sangat. Orang luar.
-
Duit dihulur kepada lelaki tua tersebut.
"Macam biasa. Tutup kes tu."
Anggukan daripada lelaki tua tadi menyebabkan dia bentuk senyuman gembira.
-
Dewan yang berada di tengah tengah kawasan sekolah dihuni oleh semua pelajar dan guru Yunghwa Highschool. Tiba tiba sahaja, perhimpunan diadakan pada pagi itu.
Mungkin ada hal penting.
"Saya tak nak berlengah lagi. Memandangkan semua pelajar dan guru dah ada dekat sini, saya teruskan perhimpunan kita."
Goo saem membetulkan mikrofon. Dia memberi anggukkan kepada Boo saem yang berada di hadapan komputer riba miliknya. Mendapat anggukkan daripada guru lelaki itu, dia mula menekan nekan papan kekunci.
"Sila tonton video yang akan ditayangkan sebentar sahaja lagi," bicara Goo saem.
Layar lebar yang berada di atas pentas menayangkan berita dari salah satu stesen televisyen.
"Seorang mayat ditemui mati di dalam sebuah kawasan tong sampah yang berada di Songchi Street. Mayat yang dikenali sebagai Kim Ji Woo merupakan seorang pelajar Yunghwa Highschool, sekolah yang paling berpengaruh di Korea."
Terkejut. Ada yang mula berbisik antara satu sama lain. Masih tidak percaya dengan khabar berita yang baru diterima.
Namjoon mengerutkan dahi.
"Mayat dikatakan telah ditusuk berkali kali dengan objek tajam sebelum disumbat ke dalam beg pakaian bersaiz besar. Saksi yang merupakan seorang penyewa di apartment yang berada berdekatan kawasan tong sampah itu tampil memberikan penjelasan.
Dikhabarkan mayat Ji Woon ditemui apabila saksi sedang membuang sampah sekitar pukul 6 pagi. Bau asing dan juga cecair merah yang berada di sekitar tong sampah besar itu menyebabkan saksi mengambil tindakan untuk membuat panggilan kepada pihak berkuasa. Punca insiden masih lagi dalam siasatan."
Melopong. Tidak pernah terlintas di akal fikiran bahawa akan ada salah seorang daripada pelajar sekolah itu terlibat dalam kes sebegini.
"Seperti apa yang ditayangkan sebentar tadi, kita semua sedia maklum yang salah seorang daripada pelajar Yunghwa Highschool dilaporkan mati malam semalam. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat oleh pengetua sendiri," kata Goo saem.
Songchi Street?
Kepala menoleh ke sisi lalu ke belakang sehingga lah terhenti pada raut wajah seseorang.
Park Jinyoung.
Jinyoung mengangkat kedua dua belah keningnya sebelum senyuman dibentuk. Sempat tangan naik melambai ke arah Namjoon tanda menegur.
-
Kaki dibawa melangkah ke arah sebuah meja yang terletak di hujung cafeteria. Sambil dia berjalan, tangan menyeluk poket seluar untuk mengambil telefon bimbit.
PRANG!
Tiba tiba, bunyi dulang jatuh menyentakkan diri yang sedang berjalan. Tubuh seseorang yang sudah jatuh terduduk di hadapannya, dilihat bersama kerutan di dahi.
"Apa --"
Kemudian, mata memandang ke arah pakaian seragam sekolah miliknya yang telah kotor disebabkan terkena makanan pelajar perempuan tadi. Bibir diketap geram.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRUTH ; ???
Mystery / Thriller2ND BOOK by ddyjung KIM TAEHYUNG'S FANFICTION "The truth will set you free, but first it will make you miserable." Romance + Action + School + Thriller + Dark + Mystery + Start : 20 February 2025 End : 15+
[ TT - 003 ]
Mula dari awal