"Aish."
Dia merenung tajam tanda nama yang tersemat di poket baju pelajar perempuan itu. Haih, budak junior rupaya. Takut takut gadis itu membalas renungan Yoongi.
Mereka yang melihat adegan tersebut hanya diam membisu, tidak berani untuk menyampuk.
"Apa yang kau dah buat ni?" Yoongi menyoal dengan nada tegas.
-
"Apa yang kau dah buat ni?"
Seljeong berdiri bersama dengan kepala yang menunduk. Takut akan lelaki yang berdiri di hadapannya.
"Saya m-minta maaf. Saya t-tak sengaja," balas Seljeong terketar ketar.
Yoongi ketawa sinis lalu dia berjalan mendekati Seljeong. Dulang yang menjadi halangan, ditendang ke tepi sehingga mengenai sebuah meja. Bunyi yang kuat terhasil.
PRANG!
Terhinjut bahu mereka yang mendengar terutama sekali Seljeong. Yoongi berhenti apabila dia sudah berada betul betul di hadapan gadis tadi. Muka didekatkan dengan muka Seljeong. Manakala, Seljeong hanya kekal berdiri kaku. Tidak berani nak bergerak.
Membulat mata mata yang melihat adegan tersebut. Ada yang sempat merakam adegan yang pasti akan menjadi bualan hangat pelajar pelajar lain.
"Tak sengaja?" soal Yoongi dengan nada berbisik.
Seljeong mengangguk laju. Raut wajah ketakutan jelas terpamer di muka. Baran Yoongi bukan boleh dibuat main.
Yoongi menjuihkan bibir lalu bahu Seljeong ditolak kasar sehingga menyebabkan dia jatuh di atas lantai.
"OMG!"
Dapat telinga menangkap bisikan bisikan halus daripada beberapa pelajar lain.
"Jadi perempuan, guna otak. Kalau macam ni cara kau mengorat aku, aku tak pandang langsung. Jeling pun tidak. Perempuan yang maruah murah macam kau bukan cita rasa aku lah," ujar Yoongi dengan nada sinis.
Seljeong mendiamkan diri. Hina lah lagi. Memang dari dulu lagi, ada je yang tak habis habis menghina dirinya.
"Saya m-minta maaf."
Yoongi tarik senyuman sinis lalu wajah Seljeong yang sedang menunduk itu menjadi tatapan mata helangnya. Baru sahaja dia mahu mencengkam kolar baju uniform sekolah gadis tersebut, ada tubuh seseorang yang lebih pantas menghalang perbuatannya dengan mendepakan tangan di hadapan Seljeong.
"Rilex okay, sunbae."
Berkerut dahi Yoongi.
"Kau siapa?"
-
Yeongmin dan Seljeong melangkah keluar dari sebuah bilik yang berada di tingkat tiga bangunan A. Bilik yang disediakan khas buat lelaki lelaki harapan sekolah iaitu Hoseok, Yoongi dan Namjoon.
Ukiran senyuman diberi buat Seljeong.
"Kau okay?" soal Yeongmin prihatin.
Seljeong mengangguk bersama senyuman nipis di bibir.
"Terima kasih sebab dah tolong saya tadi."
Yeongmin melepaskan ketawa kecil lalu dia menggeleng.
"Small matter lah."
Yoon Seljeong merupakan pelajar yang baru masuk satu bulan yang lepas. Dia ialah pelajar dari kelas tingkat atas, 4A-3. Kelas nombor tiga buat junior seperti mereka. Apa yang dia pernah dengar khabar angin tentang Seljeong, dia sering dibuli sejak pertama kali memasuki sekolah ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRUTH ; ???
Mystery / Thriller2ND BOOK by ddyjung KIM TAEHYUNG'S FANFICTION "The truth will set you free, but first it will make you miserable." Romance + Action + School + Thriller + Dark + Mystery + Start : 20 February 2025 End : 15+
[ TT - 003 ]
Mula dari awal