抖阴社区

[ TT - 003 ]

Mula dari awal
                                    

Jadi, hampir sebulan dia dibuli. Tidak kira jantina lelaki mahupun perempuan.

Kesian.

"Saya pergi dulu lah. Terima kasih sekali lagi," pamit Seljeong lalu menundukkan sedikit tubuhnya,

Yeongmin mengangguk sebelum dia turut menundukkan tubuh. Senyuman tidak lekang di bibir. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, telinga mendengar bunyi pintu bilik dibuka.

Perlahan lahan dia menoleh.

"Eoh?"

Raut wajah dingin Yoongi menjadi benda pertama yang dilihat. Yoongi menutup kembali pintu tersebut lalu wajah Yeongmin ditilik.

Gadis itu melihat tubuh Yoongi atas bawah. Oh, dah tukar baju.

"Kau buat apa dekat sini?" keras Yoongi menyoal.

Yeongmin tayang sengih.

"Saya baru nak gerak pergi ke kelas."

"Habis tu, tak nak pergi kelas ke?"

Bibir dicebikkan sebelum wajah Yoongi dipandang. Makin dingin, makin sayang lah sunbae.

"Kecoh lau kau. Aku nak gerak lah ni," rungut Yeongmin bersama riak muka masam.

Yoongi membulatkan mata. Riak terkejut menguasai diri. Tangan bercekak di pinggang. Amboi.

"Kau? Kau guna 'kau aku'?" amuk Yoongi geram.

Gadis itu menggeleng bersama dengan sengihan. Sedar dilap dia yang berkurang ajar dengan senior.

"Saya --"

Baru sahaja Yeongmin mahu berbicara, panggilan nama dari seseorang membantutukan niatnya. Serentak dengan itu, mereka berdua menoleh ke arah tubuh seorang pelajar lelaki yang berada di hujung koridor.

Yeongmin memberi senyuman lebar buat lelaki itu. Dapat dia tangkap lelaki tadi sedang melambaikan tangan ke arahnya bersama dengan senyuman manis.

"Park Yeongmin!" panggilnya lagi.

Dia mengalihkan pandangan ke arah Yoongi lalu senyuman diberi.

"Kawan saya dah panggil tu. Saya pergi dulu. Bye, sunbae pujaan hati saya!"

"Gila."

-

Namjoon meneguk botol air mineral. Peluh yang berada di dahi, dilap kasar menggunakan belakang tapak tangan. Dia baru sahaja selesai bermain bola keranjang.

Padang yang luas terbentang di hadapan mata, dilihat lama. Tetapi, otak sibuk memikirkan tentang peristiwa semalam.

"Jinyoung ada kaitan dengan pembunuhan Ji Woon ke?" bisiknya sendiri.

Pelipis dipegang sekejap. Rakan rakannya yang sedang bermain bola keranjang, dilihat sekilas.

"Yow!"

Kepala ditoleh. Kening dijongket tanda menyapa.

"What happened? Why muka macam tu? Ada apa apa benda yang kau nak share dengan aku?" tanya Hoseok.

Ruang kosong di sebelah Namjoon menjadi tempat duduknya. Botol mineral milik Namjoon yang berada di sisi lelaki itu, dicapai lalu diteguk perlahan.

"About pembunuhan Kim Ji Woon, budak junior tu."

"Uhuk! Uhuk!"

Gelabah. Terus Namjoon menepuk perlahan belakang badan Hoseok.

"Kau okay tak?" soal Namjoon risau.

Sisa air yang berada di tepi bibir, dilap sekilas. Dia mengangguk kekok.

THE TRUTH ; ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang