抖阴社区

[ TT - 003 ]

Mula dari awal
                                    

"Aku okay. Tersedak je tadi."

Wajah Hoseok dilihat oleh Namjoon. Peluh yang merenek di dahi kawannya menimbulkan sedikit riak tanda tanya.

-

Yeongmin mengerutkan dahi sebelum wajah yang berada di sebelahnya dipandang dengan pandangan penuh tanya. Lelaki itu mengangkat kening apabila melihat kerutan di dahi Yeongmin.

"Kenapa?"

"Kau serius lah kita pergi shopping mall?"

Hari ini, Taehyung ada mengajaknya untuk ponteng kelas. Disebabkan rasa dah lama tak buat hal dekat sekolah, Yeongmin pun bersetuju.

Taehyung mengangguk laju sebelum kening dijongket sebelah.

"Kenapa kalau shopping mall pun?" soal Taehyung pelik.

Hembusan berat dilepaskan oleh Yeongmin sebelum kedua dua bibir diketap. Dia menyeluk poket beg lalu dompet diambil. Dompet tadi dibuka sebelum dia menunjukkannya kepada Taehyung.

"Aku tak bawa duit lebih lah. Jom kita pergi tempat lain. Agak agak lah nak poteng dekat shopping mall kot ye pun," ajak Yeongmin sambil memegang tangan Taehyung.

Saat dia mahu menarik tangan Taehyung, lelaki itu lebih pantas menarik pergelangan Yeongmin. Habis tubuhnya terdorong hingga mengenai dada Taehyung. Yeongmin memandang dada bidang Taehyung. Matanya membesar.

Uish. Besarnya! Kenapa sebelum ni dia tak tahu pun yang dada Taehyung sangat seksi dan menggoda? Agak agak, boleh goyang goyang macam yang lelaki selalu buat tu tak?

Baru sahaja dia mahu menggigit dada Taehyung, lelaki itu lebih pantas berkata kata.

"Kalau tentang duit, jangan risau lah. Aku belanja," lembut Taehyung bersuara.

Bibir Yeongmin tercebik. Peluang untuk menodai dada lelaki tersebut tidak kesampaian. Tapi, tak apa lah. As long as Taehyung belanja makan.

Senyuman lebar dibentuk.

"Kalau macam tu, jom!" riang Yeongmin mengajak lalu lengan Taehyung ditarik.

Taehyung hanya melepaskan ketawa suka sebelum dia turut mengikuti langkah Yeongmin. Hubungan dia dengan Yeongmin bukan lah sebagai seorang kekasih. Hanya sebagai seorang kawan dan tidak lebih.

Nasib baik dada aku masih lagi suci. Yeongmin bukannya boleh bawa bincang. Sekali dia gigit, mana nak dia lepas.

-

Telefon bimbit yang berbunyi menganggu dia yang sedang makan daging bersama dengan Taehyung. tangan menyeluk poket blazer sebelum ikon hijau digeser.

"Yes, bro?" ramah Yeongmin menyoal.

Hoseok membawa pinggan yang berisi gimbap lalu diletakkan di atas meja kopi. Alat kawalan jauh diambil lalu butang 'on' ditekan. Movie kegemaran dicari.

"Where are you? Dah malam ni. Kenapa tak balik lagi?" pelik Hoseok menyoal.

Yeongmin melirik jam tangan. Jarum jam menunjukkan angka lapan malam. Dia tersengih.

"Nanti Min balik. Oppa tak payah lah risau sangat. Min tengah makan dengan kawan ni," balas Yeongmin lembut.

Taehyung hanya memandang tanpa menyoal. Daging diambil dan dimasukkan ke dalam mulut.

"Jangan balik lambat sangat tau."

Pesana yang baru diterima daripada si abang menyebabkan sengihan makin melebar. Protective sangat.

THE TRUTH ; ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang