"Yeongmin," panggil Taehyung yang baru keluar dari tandas.
Dapat dia lihat tubuh seorang lelaki yang berada di belakang Namjoon. Kening diangkat bersama senyuman nipis.
"Ah, tu dia."
Telunjuk diluruskan ke arah Taehyung.
"Mana dia --"
Namjoon menoleh. Terus mati ketawanya. Wajah terkejut menghiasi muka. Niat untuk mengusik lelaki itu kerana mengajak Yeongmin untuk menemannya ke tandas, dibatalkan serta merta.
Member sejak awek dah meninggal ni, dah tak boleh ajak gurau. Circle circle dia je yang boleh bergurau.
Taehyung menayangkan riak selamba. Namjoon dipandang sekilas sebelum dia melihat Yeongmin.
"Jom, kita kena pergi bilik pengetua. Nanti pengetua marah kalau kita lambat," dingin Taehyung berkata.
Dia memusingkan tubuh sebelum membuka langkah pergi melepasi tubuh Namjoon. Sempat dia tayang senyuman sinis buat lelaki itu.
Kau tenung tenung apa, Namjoon? Rindu aku lah tu.
"Saya pergi dulu," pamit Yeongmin bersama tubuh yang dibongkokkan.
Kakinya bergerak laju mengejar langkah besar Taehyung. Member tinggi, kan? Sekali langkah, satu meter.
Melihat pemergian Taehyung, keluhan keluar dari bibir.
Kau dah berubah, Taehyung. Aku rindu Taehyung yang dulu. The happy go lucky one.
-
Ketukan di pintu membuatkan perbualan mereka terganggu. Yoongi menoleh ke arah pintu lalu kepala kembali memandang ke arah bapanya. Kening dijongket.
"Appa ada panggil budak ponteng semalam. Mungkin tu diorang," kata Pengetua Min seakan mengetahui apa yang bermain di fikiran anak lelakinya.
Yoongi mengangguk.
Setelah mendapat keizinan daripada Pengetua Min, tombol pintu dipulas. Mereka berdua melangkah masuk. Tubuh dibongkokkan sebagai tanda hormat.
"Maafkan kami sebab lambat," ujar Yeongmin perlahan.
Sekejap. Suara tu...
Yoongi yang sedang bermain dengan telefon bimbit, mendongak. Kepala Yeongmin yang menunduk dari tadi, dipandang. Kemudian, anak mata beralih ke arah seorang lelaki yang berada di sebelah Yeongmin.
Kim Taehyung.
Pandangan mereka bertemu. Lelaki itu hanya beriak biasa. Langsung tidak ada secalit senyuman di bibir.
Yeongmin mengangkat wajah sejurus meminta maaf. Dapat dia lihat Yoongi sedang duduk di hadapan Pengetua Min.
"Eh, Yoongi sunbae. Annyeonghaseyo."
Gadis itu ukir senyuman gembira lalu kepala ditundukkan. Tak sangka pula dapat jumpa dengan Yoongi sunbae di bilik pengetua.
Yoongi tidak memberi sebarang respon tetapi terus berdiri.
"Yoongi nak masuk kelas dulu," pamit Yoongi.
Kaki melangkah ke pintu. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Taehyung.
Pembunuh.
-
Hoseok menepuk bahu kanan Namjoon dengan perlahan. Lelaki itu yang sedang leka termenung dari tadi, terus menoleh ke arah rakannya.
"Kau termenung apa? Aku panggil pun kau tak dengar," tanya Hoseok sebaik sahaja dia melabuhkan duduk di kerusi yang berada di sebelah kiri Namjoon.
Namjoon melepaskan sedikit keluhan.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRUTH ; ???
Mystery / Thriller2ND BOOK by ddyjung KIM TAEHYUNG'S FANFICTION "The truth will set you free, but first it will make you miserable." Romance + Action + School + Thriller + Dark + Mystery + Start : 20 February 2025 End : 15+
[ TT - 004 ]
Mula dari awal