"Aku jumpa Taehyung waktu aku pergi toilet tadi," beritahu Namjoon.
Kepala lelaki itu mengangguk, masih menanti bicara yang seterusnya.
"And, then?"
Bibir dibasahkan sebelum wajahnya berubah serius.
"Dia dah berubah. Taehyung yang ceria dah hilang selepas insiden tiga tahun lepas. Aku cuma r-rindukan dia," ujar Namjoon lagi.
Gila tak rindu? Member gila sama sama lebih kurang 5 tahun. Sebab kan satu insiden, terus tak bertegur sapa. Terus putus kawan. Mana nak cari dah kawan macam tu? Satu dalam sejuta.
Hoseok sekadar ukir sebuah senyuman nipis apabila mendengar getaran di suara Namjoon.
"Kalau Yoongi tak putuskan persahabatan dengan dia, mesti kita akan jadi macam dulu. Kita akan keluar lepak sama sama sampai lah pukul empat pagi. Kan?" soal Namjoon sayu.
Baru sahaja Hoseok mahu membalas, suara seseorang lebih pantas mencantas bicara lelaki tersebut.
"Habis tu, kau masih lagi nak make friend dengan orang yang dah jadi punca Areum tinggalkan kita? Punca Areum mati?" tanya Yoongi dingin.
Namjoon memandang Yoongi yang berdiri di loker. Lelaki berwajah pucat itu berjalan lalu berhenti di hadapan meja Namjoon. Dia menayangkan riak dingin sambil memeluk tubuh.
"Bukan macam tu, Yoongi. Aku cuma --"
"Kalau kau nak berkawan dengan dia, go ahead. Aku tak akan halang kau sama sekali. Tapi, bila kau dah mula berbual dengan dia, waktu tu aku dah tak mengaku yang kau kawan aku. Pergi lah kawan dengan si pembunuh tu."
Selepas selesai berbicara, terus dia berjalan menuju ke tempat duduknya yang berada selang dua meja di belakang Namjoon. Kepala terus dilentokkan di atas meja.
Serabut. Tak habis habis nak borak pasal pembunuh tu. Tak pernah hilang family member, boleh lah cakap. Yang hadap sedihnya? Aku. Bukan kau.
Namjoon melepaskan keluhan berat apabila mendengar kata kata dari Yoongi. Wajah Hoseok dipandang.
"Dia masih lagi tak dapat lupakan insiden tragik tu. Lagipun, kau tahu kan? Macam mana rapatnya hubungan dia dengan Areum. Adik perempuan dia tu lah yang ada waktu dia tengah sedih, waktu dia perlukan seseorang dekat sisi dia.
Sebab tu, dia sedih sangat bila Areum tinggalkan kita. Nak nak pula, kawan baik dia sendiri yang jadi punca Areum tinggalkan kita. Hati dia sakit sangat bila tahu benda tu," ucap Hoseok lembut.
Kebenaran memang tak nak berpihak dekat Taehyung, ke?
-
Yeongmin menundukkan tubuhnya. Manakala, Taehyung hanya memandang Pengetua Min dengan riak biasa. Baru sahaja mereka berdua mahu melangkah pergi, panggilan Pengetua Min serta merta memberhentikan langkah mereka berdua.
"Sekejap, Kim Taehyung."
Taehyung menoleh. Begitu juga dengan Yeongmin. Riak tanda tanya jelas terpamer di muka gadis itu. Manakala, Taehyung masih lagi dengan riak dinginnya.
"Saya nak berbual dengan kamu. Duduk dulu," arah Pengetua Min.
Apa lagi yang orang tua ni nak bebelkan?
Yeongmin dipandang.
"Kau pergi masuk kelas dulu," tutur Taehyung.
Geleng.
"Aku tunggu kau dekat luar."
Terus dia berlalu keluar dari situ. Tidak mahu menganggu perbualan di antara Taehyung dan juga Pengetua Min yang merangkap bapa kandung Yoongi.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRUTH ; ???
Mystery / Thriller2ND BOOK by ddyjung KIM TAEHYUNG'S FANFICTION "The truth will set you free, but first it will make you miserable." Romance + Action + School + Thriller + Dark + Mystery + Start : 20 February 2025 End : 15+
[ TT - 004 ]
Mula dari awal