抖阴社区

[ TT - 004 ]

Mula dari awal
                                    

Taehyung berjalan dan melabuhkan punggung di tempat duduknya tadi. Muka menayangkan riak biasa apabila anak mata bertemu dengan mata bapa kandung Yoongi.

Bukannya dia tidak tahu dengan sikap Pengetua Min ini. Lelaki tu ini tidak berapa menyenangi dirinya. Katanya, Taehyung adalah punca anak lelakinya kemurungan selama berminggu minggu.

Dia turut mengetahui niat Pengetua Min yang mahu membuang dirinya daripada sekolah tersebut. Akan tetapi, ranking nombor satu untuk semua peperiksaan yang dijalankan, telah dirangkul oleh Taehyung.

Itu menjadikan niat Pengetua Min untuk membuang Taehyung dari Yunghwa Highschool, gagal. Jadi, dia akan menggunakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh Taehyung untuk dijadikan alasan agar lelaki itu dibuang sekolah serta mera.

"Nak apa?"

-

Dahi berkerut seribu apabila tubuh terhentak di dingin. Ringisan perlahan keluar dari bibir. Terasa sengal habis seluruh tubuh badan apabila ditolak dengan kuat ke dingin.

"Argh!"

Kepala diangkat. Wajah bengis tiga orang pelajar perempuan dipandang takut takut. Dia sangat mengenali ketiga tiga orang gadis tersebut. Siapa sahaja yang tidak mengenali senior yang popular sebagai ahli penari ballet sekolah?

"Aku ada dengar berita yang kau trending nombor satu dekat blog sekolah baru baru ni," kata Soomin.

Senyuman sinis ditayang apabila dia melihat riak sedih di muka Seljeong. Suka apabila dia dapat menyakiti mental dan fizikal gadis itu.

"Untung lah kau sebab dapat perhatian ramai bila video kau yang terdesak nak attention dari Yoongi sunbae tu, dah tersebar merata rata. Apa perasaan kau bila jadi popular? Gembira? Suka? Puas?" soal Eunjoo pula.

Seljeong menggeleng laju. Itu semua hanya salah faham semata mata. Tidak pernah terlintas walau sedikit pun di hati dia untuk memikat Yoongi. Sudah dia tahu yang lelaki itu merupakan teman lelaki Eunjoo.

"Kenapa kau beria nak attention Yoongi sunbae? Omma dengan appa kau tak bagi kasih sayang yang cukup ke?" soal Kyunsoo pula.

Gadis itu mengemam bibir geram apabila isu kedua dua ibu bapanya dibawa masuk. Tetapi, dia tidak berani nak melawan. Pernah sekali dia melawan kerana tidak mahu menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh mereka.

Habis lunyai dia dikerjakan. Teruk juga muka ditumbuk dan ditampar oleh Eunjoo. Kesannya, dia terpaksa mengambil cuti selama seminggu untuk menunggu luka di pipi dan bibir sembuh terlebih dahulu.

"Eh, kau lupa ke? Omma dengan appa dia kan dah mampos. Sebab tu, dia tak dapat kasih sayang yang cukup."

Terletus ketawa mereka berdua apabila mendengar bicara daripada Soomin.

Amarahnya hanya mampu dipendam di dalam hati. Siapa sahaja yang akan berdiam diri jika nama kedua ibu bapanya dijadikan bahan lawak?

"Dengar sini baik baik, perempuan."

Dagu Seljeong dicengkam erat oleh Eunjoo. Muka yang tadi terhias cantik dengan senyuman kini bertukar menjadi dingin. Mata tajam menikam mata Seljeong yang bergetar.

"Kalau lepas ni aku nampak kau cuba untuk tarik perhatian boyfriend aku lagi, aku tak akan teragak agak untuk suruh dia buang kau dari sekolah ni. Jangan sesekali lupa yang dia tu anak lelaki Pengetua Min," keras Eunjoo mengugut.

Gila tak bengang? Ada perempuan lain cuba nak rampas apa yang milik aku. Tak kan lah nak diam diri je? Nak nak pula bila boyfriend sekacak Min Yoongi.

THE TRUTH ; ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang