Laju Seljeong mengangguk. Mana mungkin dia akan cuba raih perhatian dari senior lelaki itu. Sebiji macam tengah menggali kubur sendiri.
"Bagus."
Rahang Seljeong dilepaskan dengan kasar. Pipi gadis tersebut ditampar perlahan bersama senyuman mengejek. Dia mengambil langkah meninggalkan Seljeong keseorangan di bangunan belakang sekolah.
"Hiks."
Perlahan lahan, tubuh Seljeong melorot jatuh. Air matanya dihambur. Penat apabila memikirkan nasib diri sendiri. Disangkakan dia akan dilayan dengan baik di sekolah barunya ini.
Tetapi, lain yang dia sangka, lain pula yang jadi.
Muka disembamkan di lutut. Esakan miliknya memenuhi suasana bangunan belakang sekolah. Tidak ada sesiapa yang peduli tentang dirinya ini. Malah, tidak ada seorang pun yang sudi berkawan dengannya.
Malang.
"Kau okay?"
Sentuhan di bahu bersama dengan soalan yang diutarakan menyebabkan dia mendongak. Mata mengecil apabila pandangannya tepat berbalas dengan cahaya terik matahari.
Apa yang dia lihat sekarang, ianya seorang pelajar lelaki. Siapa dia ni?
Guardian angel eh orang panggil?
-
Yeongmin menyandarkan tubuh di dinding bilik Pengetua Min. Keluhan dilepaskan apabila dia mula mengingati bait bait perkataan yang keluar dari mulut orang tua tersebut.
"Semalam tiga jam kamu berdua pergi mana?" dingin Pengetua Min bertanya.
Gadis itu bermain dengan skirt sekolah yang tersarung. Kepala menunduk. Patut lah Yoongi garang. Ikut bapa dia rupanya.
"Saya tanya. Jawab lah. Kenapa? Selepas ponteng kelas tiga jam semalam, terus bisu ke?" soal Pengetua Min lagi.
Liur ditelan perit. Tingkah laku Yeongmin yang mahu membalas soalan Pengetua Min terbantut kerana Taehyung lebih laju mencelah.
"Kitorang keluar semalam. Pergi shopping mall," jawab Taehyung dengan selamba.
Yeongmin memandang Taehyung sebelum pandangannya kembali memandang Pengetua Min. Cakap benda betul tu. Tak kan nak marah lagi, pengetua?
"Dating?" Pengetua Min bertanya lagi.
Taehyung menjuihkan bibir sebelum bahu diangkat sekali.
"Kind of," jawab lelaki itu selamba.
Yeongmin menoleh bersama mata yang membesar. Terkejut dengan jawapan daripada lelaki itu. Automatik tangan naik menepuk perlahan peha Taehyung. Kemudian, dia kembali memandang Pengetua Min.
"Bukan, pengetua. Kitorang bukannya keluar dating," bidas Yeongmin lembut.
Taehyung ni memang macam tu. Dengan orang yang dia tak suka, dia akan auto jadi toxic.
Pengetua in langsung tidak memandang ke arah pelajar perempuan tersebut. Sebaliknya, mata helang kekal menikam mata Taehyung. Manakala, Taehyung hanya membalas dengan riak selamba.
"Masih sekolah lagi dah bercinta? Kalau rasa pelajaran dah tak penting, rasanya kamu berdua dah tak payah datang sekolah lagi, kan? Macam buang masa je," sinis Pengetua Min berbicara.
Laju Yeongmin menggeleng gelengkan kepala.
"Bukan macam tu, Pengetua Min. Saya masih lagi nak belajar. Macam apa yang saya cakapkan tadi, saya dengan dia bukannya keluar dating. Kitorang berdua cuma keluar jalan jalan je. Saya dengan dia mana ada apa apa hubungan istimewa," terang Yeongmin panjang lebar.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRUTH ; ???
Mystery / Thriller2ND BOOK by ddyjung KIM TAEHYUNG'S FANFICTION "The truth will set you free, but first it will make you miserable." Romance + Action + School + Thriller + Dark + Mystery + Start : 20 February 2025 End : 15+
[ TT - 004 ]
Mula dari awal