Taehyung menaikkan sebelah kening. Straight forward sangat tu, Yeongmin.
Pengetua Min mengalihkan pandangan ke arah Yeongmin. Dia bentuk sebuah senyuman nipis.
"Kalau kamu berdua masih mengulangi kesalahan yang sama, saya akan ambil tindakan selanjutnya."
Ketawa sinis dihamburkan oleh Taehyung. Muka Pengetua Min dilihat. Haish, orang tua ni.
"Jadi, pengetua nak kenakan tindakan atas sebab kitorang ponteng kelas atau pun kitorang keluar dating?" tanya Taehyung.
"Both," ringkas Pengetua Min membalas.
Pelajar lelaki itu menggelengkan kepala, kurang setuju dengan jawapan Pengetua Min. Lidah bertindak membasahkan bibir yang sudah kering lalu wajah bapa kandung Yoongi, dipandang.
"Pengetua orang luar je. Jadi, tak payah nak sibuk lah. Semak lah."
Taehyung mengukirkan sebuah senyuman manis. Tetapi, nampak sinis di mata Pengetua Min. Lelaki tua itu mendiamkan diri sambil merenug lelaki di hadapannya.
Yeongmin membesarkan mata. Terkejut dengan kata kata yang baru keluar dari mulut Taehyung. Mulut hanya diam membisu. Sedikit pun tidak berani nak menyampuk perbualan antara Taehyung dan Pengetua Min.
Pengetua Min memeluk tubuh.
"Sebabkan saya orang luar lah, saya ambil berat pasal kamu. Siapa lagi yang nak ambil berat pasal kamu selain saya? Omma dengan appa kamu? Mana diorang?"
Balasan daripada Pengetua Min mematikan senyuman Taehyung.
Wah! Dah tua pun nak bawa isu ibu bapa dalam pergaduhan? Macam budak budak.
"Pengetua tak payah susah susah nak jadi appa saya. Tak nak lah saya jadi adik tiri si Min Yoongi tu. Daripada pengetua sibuk nak ambil berat pasal saya, lebih baik pengetua sibuk ambil berat dengan apa yang dah jadi dekat keluarga pengetua.
Ya lah. Yang sorang tu, dah gila sebab tak habis habis kena push dengan appa dia, suruh study memanjang. Sorang lagi, cold sepanjang masa. Keluar tengah hari, balik pagi pagi buta. Yang sorang lagi tu, malas lah nak bahas. Dah tak ada pun, kan?"
Tubuh dipeluk. Fikir aku tak tahu apa yang dah jadi dekat keluarga kau?
Pengetua Min memandang Yeongmin sebelum dia memulakan perbualan,
"Kamu berkawan dengan orang yang berperangai macam ni, Park Yeongmin? Ramai lagi pelajar lelaki dalam sekolah ni. Kenapa kamu pilih untuk berkawan dengan dia?" tanya Pengetua Min dingin.
Yeongmin menggigit bibir bawahnya. Tak kan lah isu kawan pun, nak dibahaskan? Kata nak talk pasal kes ponteng semalam?
Mata bergerak gerak memandang wajah Pengetua Min.
"Jawab lah!" ucap Pengetua Min kasar.
Terjongket bahu Yeongmin apabila mendengar desakan dari bibir Pengetua Min. Baru sahaja dia mahu membalas, Taehyung lebih laju menjawab.
"Oh. Sekarang pengetua nak halang Yeongmin berkawan dengan saya pula? Macam tu?" soal Taehyung tidak puas hati.
Apa masalah lelaki tua ni?
Pengetua Min memandang Taehyung sebelum senyuman sinis diberi. Yeongmin yang melihat pergaduhan itu sudah tidak senang duduk. Aish, Taehyung ni pun. Dengan orang tua pun boleh ajak gaduh.
"Saya cuma pelik. Kenapa Yeongmin ni nak berkawan dengan pembunuh macam kamu?" balas Pengetua Min bersahaja.
Pelajar perempuan itu membulatkan mata tanda tidak percaya dengan apa yang baru diutarakan oleh Pengetua Min. Taehyung pembunuh? Yeongmin menoleh melihat Taehyung yang beriak dingin. Langsung tidak ada secalit senyuman di bibir.
Tadi bukan main dengan smirk dia tu.
"Kalau pengetua tak tahu apa apa, lebih baik pengetua diam. Menyakitkan hati, tau tak?" kata Taehyung.
Terus dia berdiri. Pergelangan tangan Yeongmin turut ditarik bersama. Terkedek kedek pelajar perempuan itu bangun.
"Kalau saya tahu kamu ulangi benda yang sama, saya tak akan teragak agak untuk ambil tindakan yang seterusnya. Jangan cabar saya, Kim Taehyung."
Taehyung melepaskan pergelangan Yeongmin sebelum dia menoleh memandang Pengetua Min. Bibir dikemam sekejap sebelum tersenyum.
"Saya tak pernah cabar pengetua pun. Kenapa? Pengetua tercabar ke?" tanya Taehyung selamba.
Dia menoleh untuk beredar dari situ. Tetapi, tingkahnya terhenti apabila mendengar Pengetua Min memanggil namanya. Apa lagi yang orang tua ni nak? Tahu lah nama Kim Taehyung sedap disebut.
Yeongmin memeluk tubuh. Masih lagi menanti kehadiran Taehyung. Lelaki itu masih ada di dalam bilik Pengetua Min lagi.
-

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRUTH ; ???
Mystery / Thriller2ND BOOK by ddyjung KIM TAEHYUNG'S FANFICTION "The truth will set you free, but first it will make you miserable." Romance + Action + School + Thriller + Dark + Mystery + Start : 20 February 2025 End : 15+
[ TT - 004 ]
Mula dari awal