抖阴社区

10

171 8 0
                                        

BERKERUT Syah dan Adrian memandang Ayyash yang sedang memerhatikan Ayara yang sedang melihat lukisan-lukisan yang berada di dalam dewan sekolah bersama Ayris dan Nathalia. Langsung tidak bergerak anak matanya itu ke tempat lain.

"Kau ni daritadi lagi ni, kau suka dia ke?" Terletus juga soalan itu daripada mulut Syah. Ayyash menoleh sekilas ke arah Syah sebelum memandang kembali ke wajah Ayara.

"Maybe," balas Ayyash selamba. Selepas rehat tadi, mereka ada program selama dua jam untuk melihat lukisan-lukisan yang berada di dalam dunia. Banyak yang mereka belajar hari ini.

Contohnya, bagaimana lukisan ini tercipta, siapa pelukis-pelukis yang terkenal ini, bagaimana mahu menggambarkan lukisan yang itu dan pelbagai lagi yang dipelajari. Setelah itu, mereka pula harus melihat lukisan-lukisan yang dipamerkan dan memberi nilai padanya.

Seperti meletakkan sticker pada lukisan itu.

Ayara dan kawannya bergelak suka apabila melihat lukisan yang berada di dewan sekolahnya manakala Ayyash khusyuk melihat Ayara. Jatuh cinta ke bang Ayyash?

"Kau ni pun, tengok lah lukisan ni juga. Lawa kot lukisan dekat sini," ucap Adrian sambil melekatkan satu sticker pada kertas lukisan.

"Nevermind," balas Ayyash mudah. Syah meneliti pergerakan Ayyash sepanjang berada di dalam dewan. Ayyash akan berjalan apabila Ayara berjalan dan Ayyash akan berhenti apabila Ayara berhenti.

"Yash, bagi satu reason asal kau tengok dia," ucap Syah sambil menjongket-jongketkan keningnya tanda mencabar. Adrian mengeluh kecil dan hanya mendiamkan diri manakala Ayyash sudah tersenyum sinis sambil memeluk tubuhnya.

Tidak dihiraukan pandangan para pelajar perempuan yang sedang memerhatikannya.

"She looking at the perfect world, so I'm looking at the perfect of my world," balas Ayyash tanpa ragu. Terjatuh rahang mereka berdua dibuatnya. Sejak bila Ayyash berubah sampai tahap macam ni? Gila betul!

"Dah lah, aku malas nak melayan.." ucap Adrian sebelum dia ingin melangkah pergi dari situ.

"Wait.." Adrian mengangkat kening.

"Aku.. ada something nak bagitahu."

-

-

-

-

-

"DAH kenapa kita makan besar pula malam ni ibu?" Soal Ayara sebaik dia dan Aridz tiba di rumah. Adeena menayangkan wajah puas hati melihat hidangan yang disediakan lalu melemparkan senyuman manis pada anak gadisnya.

"Alah, bukan selalu kita makan besar satu family. Sekali sekala apa salahnya. Lagipun, kita dah lama tak makan sama-sama kan abang?"

Emir mengangguk bagi pertanyaan Adeena. Bersinar terus mata Ayara. Ya betul, mereka sudah lama tidak makan bersama sejak Adeena, Emir dan Aridz keluar menghilangkan diri dan meninggalkan Ayara keseorangan.

"Aku nak mandi dulu!" Jerkah Ayara tiba-tiba.

"Eh woi, tak ada.. aku nak mandi dulu!" Serentak Aridz dan Ayara berlari menaiki ke tingkat atas. Adeena sudah bercekak pinggang.

"Jangan lari! Nanti jatuh macam mana?" Naik sudah suara seorang ibunya. Haih..

"Abang dah cuba keluarkan benda tu?" Soal Adeena perlahan. Emir mengeluh sebelum menggeleng. Adeena meneguk air liur.

"Rumah Aaryan pun ada benda tu. Kita tak boleh nak buat apa-apa dah sekarang," ucap Emir lagi lalu memeluk erat tubuh isterinya.

"It's okay.. yang penting.. anak-anak kena selamat."

Mr. Ayyash | OG (Slow Update)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang