抖阴社区

11

117 5 0
                                        

BIBIRNYA melorek senyuman sinis. Sudah sepuluh tahun. Gambar Ayyash dan Ayara yang berada di papan itu dipandang penuh dendam. Dia sudah tidak sabar ingin menghancurkan mereka berdua.

Kedengaran bunyi pintu kayu lama dikuak perlahan. Lelaki itu memusingkan tubuhnya ke belakang. Seorang gadis berhood biru pekat sedang berjalan ke arahnya. Gadis yang bersamanya selama tujuh tahun ini.

Di tangannya terdapat sebuah fail berwarna hitam.

"Aku jumpa sesuatu," ucap gadis itu. Dia memberi fail itu kepada lelaki di hadapannya. Lelaki itu menyambut fail itu sebelum membuka dan membacanya. Bibirnya mengukir senyuman senget.

"Dark Alliance is back huh? Tsk tsk, Ayyash Ayyash.. comel betul kau ni."

"Kau gay ke?" Soal gadis itu tiba-tiba. Hilang senyuman seram dai mulut lelaki itu dan digantikan dengan jelingan mata.

"Aku belum bengkok bodoh. Boleh je aku suka kau sekarang ni." Merah terus pipi si gadis. Suka sangat mengusiknya!

"Eish, diamlah!" Lelaki itu menghamburkan ketawa sebelum ketawa itu hilang serta-merta.

"Dah ada plan?" Gadis itu melontarkan soalan. Lelaki itu perlahan-lahan mengangguk. Dia mengeluarkan telefonnya dan meletakkan atas meja yang ada di situ. Kemudian dia mencari sesuatu sebelum menunjukkan pada gadis itu.

Beberapa budak kecil berada di dalam gambar itu. Gadis itu melebarkan senyuman.

-

-

-

-

-

DIA menggeliat kecil. Matanya mengerling jam yang berada di atas meja di sisi katil.

6.20 pagi.

Sudah masuk waktu subuh. Dia bangun dari perbaringan dan mencapai tuala dari penyangkut sebelum memasuki ke dalam bilik air. Setelah habis mandi dan mengambil wudhuk, dia menunaikan solat.

Seketika kemudian, dia menyidai sejadah di penyangkut setelah selesai. Dia mengambil baju T-shirt berwarna maroon dan memakai seluar jeans berwarna biru. Rambut disikat gaya biasa. Setelah selesai, dia mencapai beberapa dokumen dan menuruni anak tangga untuk turun ke bawah.

Bau nasi goreng mula memasuki rongga hidung. Ayyash tersenyum kecil sebelum menarik kerusi meja makan dan melabuhkan punggung. Gadis itu membawa semangkuk nasi goreng dan diletakkan atas meja.

"Awalnya abang bangun." Haira memandang abangnya yang segak hari ini. Hmm agak-agak, hari ini berapa orang yang memberi surat cinta pada lelaki itu?

"Nak pergi markas kejap, ada hal," balas Ayyash sambil menyendokkan nasi goreng ke dalam pinggan.

"Kes mana pula?" Soal Haira sebelum mengambil tempat di hadapan Ayyash. Dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya kerana menyendokkan nasi goreng untuknya. Air teo panas dihidang oleh Haira.

"Same, kes kita and kes budak hilang baru-baru ni," balas Ayyash lagi. Haira cuma menganggukkan kepalanya. Tidak pertikaikan tentang hal itu.

"Banyaknya kau masak nasi goreng. Kau ingat kita boleh habiskan ke semua ni?" Nada perli soalan Ayyash. Haira menjulingkan matanya ke atas sebelum dia menyuap sesudu nasi ke dalam mulut.

"Nanti abang bagi lah kawan-kawan abang tu." Haira menyambung makan. Tak dihiraukan jelingan tajam dari abangnya.

"Abang."

"Hm."

"Silver Shadow tu siapa?" Terbatuk Ayyash dibuatnya apabila mendengar satu baris nama kumpulan itu. Dia mencapai gelas yang berisi air teo dan meneguk perlahan. Berkerut mukanya menahan perit di tekak.

Mr. Ayyash | OG (Slow Update)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang