SEMINGGU. Puas dia berfikir tentang lamaran mengejut dari Ayyash seminggu lepas. Sangat tiba-tiba. Apabila mereka berada di pejabat, mereka hanya bersua muka untuk berbincang mengenai kerja. Bukan hal peribadi.
Ayara merasakan hubungannya dengan Ayyash renggang buat seketika akibat lamaran itu. Lamaran itu memberi impak besar pada mereka. Seolah-olah mereka sudah membina dinding di antara hubungan mereka.
Ayara memandang siling bilik. Sekarang sudah malam tetapi dia tidak dapat tidur lena. Seminggu ini, dia cuma berfikir pasal lamaran itu. Habis runsing kepalanya memikirkannya. Berkahwin bukan satu permainan. Ia adalah satu tanggungjawab yang besar.
Mereka baru berjumpa, mustahil Ayara mahu menerima terus lamaran itu. Keluhan kecil terlepas dari bibir. Sudahnya dia bangun dan membuat solat istikharah. Dia perlukan jawapan yang tepat.
Jauh dari sudut hatinya, dia sudah meletakkan perasaan pada Ayyash Ezra. Tapi dia tidak yakin dengan perasaannya. Selepas dia putus dengan Adam, dia sudah menutup pintu hatinya. Lelaki memang susah untuk setia!
-
-
-
-
-
HAIRA mengerutkan kening melihat abangnya seperti tidak terurus seminggu ini. Dia menjulingkan matanya ke atas apabila melihat Ayyash mengeluh kecil di ruang tamu. Kopi yang sudah dibuat olehnya dibawa ke ruang tamu.
Dia meletakkan dua cawan kaca kopi di atas meja lalu menoleh pada abangnya.
"Kau kenapa bang? Murung semacam je." Haira menghirup perlahan kopi yang dibuat oleh air tangannya sendiri. Ayyash mengerling sekilas ke arah Haira sebelum memandang laptopnya di hadapan mata.
"Entah, seminggu ni kepala aku serabut betul." Ayyash mengeluh.
"Serabut dengan kerja ke serabut dengan lamaran mengejut kau tu?" Soalan itu hampir membuatkan kopi yang berada di dalam mulut Ayyash tersembur. Budak ni, nak tembak soalan jerat pun tunggu lah air masuk tekak dulu!
Haira mengangkat kedua belah keningnya apabila tiada jawapan yang diberikan oleh Ayyash. Ayyash menayangkan wajah selamba.
"Aku dah cakap jangan lamar awal sangat. Kau orang baru je jumpa and then kau pergi lamar si Yara tu. Macam mana dia tak kecut perut? Haih, apalah nasib dapat abang bodoh macam kau ni."
Sempat Haira mengejek di hujung ayatnya membuatkan terletus dengusan geram dari Ayyash.
"Engkau dengan mulut sindir kau berpisah tiada." Haira senyum mengejek. Makin besar makin padu pula sindiran si Haira ni.
"Do something. Make her feel comfortable with you. Maybe Yara lebih selesa lepas tu? Mana tau. Kau dan dia dulu pun macam anjing dengan kucing," jelas Haira setelah beberapa minit mendiamkan diri.
Cuba memberi cadangan untuk Ayyash. Ayyash kemudian mengangguk kepalanya perlahan sebelum memandang adiknya. Tangan besar itu menggosok lembut kepala adik perempuannya.
"Thanks," ucap Ayyash dengan nada ikhlas.
"My pleasure Mr. Ayyash," jawab Haira pula dengan nada gurauan. Ayyash ketawa kecil mendengarnya. Haira Azzalea, satu-satu keluarga yang dia ada sekarang ini.
-
-
-
-
-
AYARA menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa kejadahnya ni? Dia baru sahaja ingin melaporkan dirinya dan meletakkan beberapa dokumen ke dalam fail di dalam bilik kerja Ayyash.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Ayyash | OG (Slow Update)
RomanceKehidupan seorang Ayara Ella hanyalah seperti kehidupan manusia-manusia yang lain. Gadis periang dan memiliki warna mata hazel mampu menarik perhatian orang ramai. Tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya cuma normal dimata gadis kecil itu. Dia tidak me...