抖阴社区

BAB 42- LAMARAN DIKAMPUNG

827 28 0
                                        

Lokasi: Kampung Sungai Baiduri, Kedah
Waktu: 9.00 pagi | Cuaca: Cerah berangin

Lima bulan sudah berlalu. Bekas luka operasi masih kekal di hati mereka, tapi masa dan doa mengubah derita jadi kekuatan. Dan hari ini, satu langkah baru bakal bermula.

Sebuah SUV hitam berhenti perlahan di hadapan sebuah rumah kampung tradisional yang masih terjaga rapi. Di dalamnya, Leftenan Dayyan Mikael duduk tegak, namun jelas wajahnya sedikit tegang. Di sebelah, ibunya, Puan Sri Faridah menepuk bahunya lembut.

“Jangan cuak, mama tengok Intan tu... jenis yang jaga mak ayah, berani, baik hati. Cuma, keras sikit kepala macam kamu.”
Dayyan tersenyum nipis, memandang ke luar.

Di berandah rumah, Intan muncul dengan berbaju kebaya hijau lembut dan tudung putih polos. Wajahnya tenang, tapi senyum itu menenangkan ribut di dadanya.

Mereka disambut mesra oleh keluarga Intan dan ayahnya, Tan Sri Dzulfarid, dan ibunya, Puan Sri Syakila. Hanim turut berada di ruang tamu, tersenyum penuh makna sambil membawa dulang air sirap dan kuih karipap panas.

Ruang tamu itu sunyi seketika selepas doa dibaca.

“Terus teranglah kami datang ni dengan niat baik. Dayyan dah lama kenal Intan, dan lepas semua yang mereka lalui sama-sama... dia tak pernah berhenti cerita tentang anak Tan Sri,” ujar Puan Sri Faridah dengan suara tenang.
Tan Sri Dzulfarid tersenyum. “Saya tahu anak saya keras kepala, tapi kalau hati dia dah pilih... kami ikut saja.”

Dayyan menggenggam kotak baldu kecil dalam genggaman. Dia melangkah ke hadapan, lutut menyentuh lantai, suara tenang tapi jujur, “Intan Dahlia binti Tan Sri Dzulfarid... lima bulan lalu, kita berdiri di antara hidup dan mati tapi dalam setiap degup jantung saya, ada satu nama yang buat saya mahu terus hidup iaitu nama awak.”

Dia membuka kotak, menampilkan cincin putih perak dengan batu delima kecil yang warna kesukaannya yang kini jadi simbol harapan.

“Saya tahu cinta kita diuji dari awal tapi kalau diberi peluang, izinkan saya jadi pelindung awak. Dengan izin ayah dan ibu awak, dan restu dari keluarga saya... sudi tak awak jadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya?”
Suasana sunyi. Semua mata tertumpu pada Intan, yang kini menunduk sedikit, air mata mengalir di pipinya. Namun dia angkat wajah dengan senyuman paling tulus.

“Saya setuju... Tapi dengan satu syarat.”

Dayyan terkejut sedikit, mengerutkan dahi. “Syarat?”

“Kalau saya jatuh lagi, awak kena pastikan awak jadi tangan pertama yang tarik saya bangun semula.” Dayyan ketawa perlahan, menunduk dengan penuh hormat. “Itu bukan syarat. Itu janji saya seumur hidup.”

Cincin disarungkan, dan takbir kecil bergema di ruang rumah kampung itu. Hari itu bukan hanya penyatuan dua hati tapi juga penyembuh luka, penyambung harapan yang pernah hampir terpadam.

Dan di luar, langit tetap biru. Seperti restu dari Arissa dan Zetty, yang kini melihat dari sisi yang lebih tinggi.

Lokasi: Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah| Waktu: Pagi Sabtu

Langit cerah seperti mengerti, hari ini hari paling mendebarkan buat dua jiwa yang pernah diuji waktu dan kehilangan. Di ruang utama masjid, para tetamu mula memenuhi kerusi-kerusi yang disusun rapi. Bunga-bunga putih dan biru lembut menghiasi ruang, segalanya tampak suci dan sederhana seperti cinta mereka.

Intan duduk di bilik khas, dikelilingi Hanim dan beberapa sepupu. Dia mengenakan busana pengantin berwarna putih gading dengan sulaman halus pada lengan dan pergelangan tudung. Wajahnya tenang, tapi tangannya sejuk. Dari cermin, dia nampak dirinya dan dalam diam, dia teringat Zetty dan Arissa.

“Kalau korang ada… korang pasti jadi orang paling bising pagi ni,” bisik Intan sambil mengelap hujung mata. Hanim memeluknya dari belakang. “Mereka ada, Tan. Dalam setiap doa dan langkah kau hari ni. Jangan sedih-sedih, aku pun bising apa. Dari kemarin aku bising kat kau sebab kau asyik mengelamun ja.”

Di ruang hadapan masjid, Dayyan duduk bersila. Pakaian baju Melayu serba putih dan samping songket kelabu menjadikannya kelihatan lebih matang, lebih bersedia. Di sisinya, Taufiq sebagai wali saksi, dan ayah Intan yang tenang menanti lafaz ijab.

Suara imam bergema lembut. “Aku nikahkan dikau, Intan Dahlia binti Tan Sri Dzulfarid, dengan Dayyan Iskandar bin Tan Sri Haji Zamri, dengan mas kahwin Dua puluh lapan ribu enam ratus dua puluh ringgit dan tiga belas sen tunai…”

Dengan satu nafas, tenang dan yakin, Dayyan menjawab, “Aku terima nikahnya Intan Dahlia binti Tan Sri Dzulfarid dengan mas kahwin Dua puluh lapan ribu enam ratus dua puluh ringgit dan tiga belas sen, tunai.”

Sah.

Kalimah ‘sah’ diulang oleh para saksi. Ada yang menitiskan air mata, ada yang tersenyum penuh syukur.

Intan dituntun masuk ke ruang utama selepas akad. Langkahnya perlahan, dan di hujung ruang dan Dayyan menunggu. Mata mereka bertemu, dan dunia yang penuh luka dan perjuangan dulu terasa seperti sudah menemukan penawar.

Dayyan mencium dahi Intan perlahan. “Mulai hari ini, awak bukan sekadar anggota operasi saya, awak adalah rumah saya.”

Intan genggam tangan suaminya erat. “Dan awak adalah perlindungan saya, didunia dan insyaAllah, hingga ke akhirat.”

Tepuk tangan kecil dan alunan selawat mengiringi momen itu. Dua hati yang pernah melalui misi hidup dan mata, kini bersatu bukan untuk berperang tetapi untuk membina sebuah medan dan istana yang perlu dilindungi dengan sepenuh hati dan ikhlas.

Selepas hari bahagia tersebut berakhir, Intan hanya berdiri di balkoni sambil memandang ke arah Gunung Jerai yang mula gelap. Dengan perlahan Dayyan memdekat dan memeluk tubuh kecil isterinya.

"Termenung jauh nampak? Teringat siapa tu?" Dengan perlahan Dayyan berbisik. "Tak ada siapa la, cuma penat sikit. Abang, Intan ada soalan la nak tanya?" Dayyan tersenyum dan meletakkan dagunya dibahu Intan.

"Soalan apa tu, cinta?" Intan terdiam seketika dengan bernafas lembut. "Kenapa mas kahwin kita, Dua puluh lapan ribu enam ratus dua puluh ringgit dan tiga belas sen. Yang lain tak apa, yang tiga belas sen tu. Kenapa tak genapkan ja?"

Dayyan tersenyum dan menggenggam jari jemari Intan, "Sebab itu sebenarnya tarikh kita berjumpa." Intan melihat ke arah suaminya. "Maksud abang?"

"Dua puluh lapan haribulan enam, dua ribu tiga belas. Waktu tu, Intan still sekolah menengah dan Abang dengan Taufiq baru habis dari latihan kadet rasmi. Waktu hari penutup, Abang nampak Intan berlari pergi jumpa Taufiq. First tu, abang ingat Intan ni girlfriend Taufiq ke apa. Tapi bila kami diberi tugas untuk satu pasukan. Abang baru tahu, yang Intan ni adik Taufiq."

Intan terkedu dan seketika wajahnya berubah untuk mengusik Dayyan. "Ohh, jadinya. Abang dah lama la suka Intan?" Dayyan mengganggukkan kepalanya. "Lama, lama sangat. Waktu tu, Intan still pakai braces lagi."

"Ehh yoo, don't remind me about that braces eh... I already forget about that ahh... You ni aduh.." Dayyan terus ketawa sambil mengusap kepala isterinya.

"Tak apa, Cinta still nampak comel macam keychain." Intan terus cekak pinggangnya sambil memprotes manja.

"Keychain pula, ini sudah melampau. Jangan sampai malam pertama tidur luar kut." Dayyan hanya tertawa kuat sambil memohon maaf.

"Okay-okay, sorry la. Abang bergurau je" Dengan tapak tangan Intan yang kecil menutup wajah Dayyan. "Ehh itu bukan bergurau, itu melampau." Dayyan hanya mencium dahi isterinya dengan lembut bersuara. "Terima kasih, cinta. Sebab beri abang peluang untuk bersama dalam cerita hidup Intan. "

Intan tersenyum sambil mengusap lembut pipi suami. "Sama-sama, Abang. Intan pun, kena berterima kasih dekat abang juga. Tetap terima Intan walaupun banyak kekurangan."

"Intan tak ada kekurangan untuk abang, Intan adalah pelengkap untuk hidup abang." Intan tersenyum lembut dengan seketika matahari mula terbenam dengan cahaya matahari yang jingga menyapa wajah mereka.

OPERASI RAHSIA: BLACK CODETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang