Cikgu Anisa masuk ke kelas dengan senyumannya. "Bangun"Pinta Afiq. Seisi kelas terus bangun dan memberi salam kepada Cikgu Anisa. "Ok kelas,duduk"Arah Cikgu Anisa. Semua duduk dan terus memandang ke arah wajah ceria Cikgu Anisa.
"Harini,hari dimana kita akan menyaksikan lakonan yang terakhir dari kumpulan Afqar yang bertajuk bawang merah dan bawang putih"Kata Cikgu Anisa dengan teruja. Yana yang mendengar itu menjadi tak keruan. Takut. Afqar yang menyadari perubahan isterinya itu terus mengenggam tangan Yana. "Is okay,everthing can will be fine honey"Bisik Afqar membuatkan Yana berasa lega. Dia menarik nafasnya lalu dihembus.
"Ok,semua ahli kumpulan Afqar boleh buat persediaan dahulu untuk membuat persembahan di depan."Arah Cikgu Anisa. Zarif meletakkan segala prop di hadapan kelas manakala ahli kumpulan yang lain sedang menghafal kembali skrip mereka.
"Ok,semua ahli kumpulan Afqar boleh ke depan"Pinta Cikgu Anisa. Mereka berlapan terus berjalan kehadapan dengan muka yang bermacam-macam.Ada yang pasrah,ada yang teruja,ada yang menyesal,banyak lah.
"Ok,kamu semua dah boleh mula sekarang"Kata Cikgu Anisa sambil duduk di atas bangku Yana.
"Bismillah"guman Zarif sebelum memulakan persembahannya.
Zarif berjalan ke hadapan. Dia menarik nafas dan terus dihembus"Di sebuah kampung,tinggal seorang lelaki kaya bersama anak perempuannya,bawang putih.Setelah kematian isterinya,lelaki tersebut membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang janda bernama Mak Kundur yang mempunyai seorang anak perempuan bernama bawang merah.Selepas kematian ayah bawang putih,ibu tirinya dan bawang merah mula menganiayanya bawang putih,menjadikannya sebagai seorang pembantu di rumahnya."Kata Zarif sambil berjalan ketepi memberi laluan kepada Yana.
Yana berjalan menuju ke meja guru dan terus memulakan lakonannya.
"Di dapur,Bawang putih sedang membasuh semua pingggan yang di gunakan oleh mak kundur dan bawang merah.Langkah yang tergesa membuatkan hujung jari tersilap cengkam. Dan dalam sekelip mata"Kata Zarif terhenti dan membuat simbol agar Yana menjatuhkan pinggan kaca itu. Kali ini mereka menggunakan pinggan kaca sengguhan untuk mendalami peran.
Prangggg...
"Pinggan terhempas ke lantai, berderai. Bunyi itu menggema dalam ruang rumah yang sunyi. Tubuh bawang putih menjadi kaku, mata membulat. Nafas jadi pendek. Tangan mula menggeletar."Sambung Zarif lagi. Yana hanya membuat lakonan yang tangannya sedang menggeletar.
Iffah yang mendengar itu terus berjalan mendekati Yana dengan muka yang tegang. Dia yang tadinya di luar kelas terus duduk di tepi pintu bagaikan model.
"Apa bunyi tadi?"Tanya Iffah dengan kuat dan kedengaran garang. Seisi kelas menjadi hening mendengar jeritan IffajIffah yang sedang berdiri di muka pintu itu terus matanya memanah tepat ke lantai yang berselerak dengan serpihan pinggan.
"Pinggan aku?!Kau ni memang tak boleh harap lansungkan!Kerja mudah macam ni pun tak reti nak buat betul-betul"Marahnya lagi dengan kuat membuatkan guru yang sedang mengajar di kelas sebelah terus berhenti.
"Saya mintak maaf,makcik....tangan saya licin.Sabun tadi—"Belum sempat Yana menghabiskan ayatnya itu terus Iffah bersuara dengan lantang.
"Sabun konon!Hari-hari sabun!Hari-hari pecah!Kau ni kalau tak menyusahkan orang memang tak sah kam,ya?"Marah Iffah dengan suaranya yang paling kuat.
Yana tunduk.Matanya mula berkaca. Dia mula merasa menyesal menerima dengan sukarela menjadi bawang putih. 'Papa,Yana taknak berlakon lagi"omelnya dalam hati. Dia mengawal suaranya tetap lembut,ditelan dengan rasa bersalah.
"Saya janji akan lebih hati-hati lepas ni. Saya bersihkan semua ni sekarang..."Kata Yana sambil berlutut memegang serpihan kaca itu.
"Aku tak kesahlah dengan janji kau,kau punya janji tu esok pun kau boleh buat"Kata Iffah dengan nada yang mengejek.

ANDA SEDANG MEMBACA
JANJI DALAM DUKA
RomanceYana bukan gadis biasa. Dalam kelembutan wajahnya, tersembunyi ribuan luka yang tak pernah sembuh. Cinta pertama yang dikhianati, keluarga yang tak pernah memahami, dan kesunyian yang membalut hidupnya sejak kecil - semuanya membentuk benteng dingin...