Rina berlari ke arah Yana yang sedang bersantai di atas sofa ruang tamu. "Akak!"Terjah Yana membuatkan Yana terus menekup mulutnya. Takut dia melatah lagi macam dua hari lepas.
"Ish Rina ni" Marah Yana dan terus menepuk bahu Rina. Rina terus tertawa sambil memegang bahunya.
"Kenapa ni?" Tanya Yana apabila melihat Rina semakin reda dari tawanya. "Jom keluar kak, kita pergi...pantai tak pun jalan-jalan tepi sawah" Balas Rina dengan teruja. Jarang-jarang dia balik Kelantan, nak lah luangkan masa dengan akak ipar kesayangan dia.
Yana berfikir sejenak lalu mengangguk. "Boleh, tapi...kita nak naik apa?" Tanya Yana ingin tahu. Dia takde lesen apatah lagi Rina. Walhal Rina bawah umur lagi.
"Alah, alongkan ada" Kata Rina sambil menjongketkan keningnya. "Along, hmm bolehlah, jom" Balas Yana membuatkan Rina melompat girang. Yey,dapat keluar pergi pantai.
"Akak pergi tanya abang long kamu dulu,kalau dia bagi kita pergi" Kata Yana lalu terus naik ke bilik Afqar. Sebelum Yana memasuki bilik,sempat dia berdoa kepada allah supaya urusan dia dipermudahkan.
Yana membuka pintu bilik Afqar dan terus berjalan menuju ke katil apabila melihat Afqar sedang bermain telefon.
Yana duduk di atas katil bersebelahan dengan Afqar dan terus memandang ke arah Afqar. Afqar yang melihat itu mengangkat keningnya. "Abang boleh tak Yana nak keluar dengan Rina?" Tanya Yana sambul mengelipkan matanya. Afqar berfikir sejenak lalu menggeleng. "No, tak boleh" Balas Afqar lalu kembali melihat telefon bimbitnya.
"Alah...kenapa tak boleh?" Tanya Yana dengan tidak puas hati. "Sebab daerah sini banyak tau kes wanita kena culik, kena rogol apa semua. Abang takut tau honey" Balas Afqar tanpa melihat ke arah isterinya itu.
Yana yang mendengar itu terus memeluk tubuhnya. Afqar yang melihat itu hanya membiarkan sahaja. Mengada je lebih, nak kena tegas sikit didik isteri, bak kata online.
Yana yang menyadari Afqar hanya membiarkan dirnya terus mencebik. Yana memikirkan idea untuk memujuk suaminya yang degil itu. Yana tersenyum sinis apabila mendapat idea untuk memujuk suaminya itu.
Yana terus berlari masuk ke dalam tandas sambil menutup mukanya menggunakan tangganya. Yana membuka pili air dengan perlahan lalu meletakkan beberapa titis air di kelopak matanya. Yana mengambil beberapa helai tisu lalu menitiskan beberapa air di atasnya dan meletakkannya di bahagian matanya.
Yana melihat ke arah cermin dan membuat reaksi sedih. "Ok bagus, sekarang tinggal belakon je" Omel Yana di dalam hatinya.
Yana keluar ke bilik air dan terus berjalan menuju ke katil. Afqar yang melihat itu terus meletakkan telefonnya di meja katilnya. "Honey, why are you crying?" Tanya Afqar dengan lembut lalu menyentuh lembut pipi Yana. Yana hanya diam tanpa membalas. In character.
"Hey, I talking to you honey" Kata Afqar lagi apabila melihat Yana hanya mendiamkan dirinya. "Abang sayang saya tak?" Tanya Yana dengan suara yang dibuat-buat seperti orang yang baru sahaja menangis.
"Of couse I love you honey" Jawab Afqar dengan yakin. Yana yang mendengar jawapan itu tersenyum kemenangan. "Kalau macam tu,abang mesti bagikan Yana keluar dengan Rina dan abang kena bawak kitorang sekali" Kata Yana lagi masih dalam lakonannya.
"Ok,ok abang pergi ok. Dah stop nangis honey" Kata Afqar dengan lembut. Yana hanya mengangguk dan tersenyum. "Dah, sekarang pergi siap dulu okay, suruh budak terenjat yang dekat bawah tu sekali okay" Arah Afqar sambil mengusap pipi Yana. Yana menangguk dan terus berjalan menuju ke tingkat bawah.
Yana berjalan menuruni tangga dengan gembira. Rina yang sedang duduk di bawah terus berlari ke arah akak iparnya itu. "Akak macam mana, abang long bagi tak?" Tanya Rina sambil memegang tangan kakak iparnya. "Mestilah... bagi" Jawab Yana sambil menjongketkan keningnya. Rina yang mendengar itu terus melompat. "Serius lah?" Tanya Rina lagi ingin kepastian apabila sudah berhenti melompat.

ANDA SEDANG MEMBACA
JANJI DALAM DUKA
RomanceYana bukan gadis biasa. Dalam kelembutan wajahnya, tersembunyi ribuan luka yang tak pernah sembuh. Cinta pertama yang dikhianati, keluarga yang tak pernah memahami, dan kesunyian yang membalut hidupnya sejak kecil - semuanya membentuk benteng dingin...