"Serius lah kau ni nak balik Malaysia?" Tanya Faris yang sedang menyusun beberapa dokumen yang berserak di atas meja kerjanya itu. Daniel yang mendengar suara kawannya itu yang sudah mengalahkan mikrofon terus menekup mulut kawannya menggunakan tangga kanannya.
"Shut diam lah bodoh. Ye aku nak balik Malaysia and aku nak ajak kau sekali ikut aku dengan Mia." Kata Daniel sambil menekup mulut kawannya itu. Faris menepis tanggan Daniel dan mengangkat keningnya.
"Pastu Niel holding's macam mana hah?"
"Nanti aku suruh lah asisten aku yang cover kerja aku kat sini and aku dah fikir masak-masak nak bukak cawangan lagi satu dekat Malaysia nanti" Jelas Daniel dengan serius. Sudah berhari-hari dia memikirkan hal ini.
"Okay... pastu asal kau ajak aku balik sekali?" Tanya Faris sambil mengangkat keningnya sebelah menunggu balasan rakannya itu.
"Aku ajak kau balik sekali supaya senang lah kau, kau boleh tolong jagakan hospital damily kau and dalam masa yang sama... kau boleh tengok Ris Holding's kau tu." Balas Daniel
"Dah 5 bulan kot kau tak balik Malaysia...tak rindu ke? I mean family kau....syarikat kau" Tanya Daniel membuatkan Faris terdiam seribu kata.
Selepas lama mendiamkan diri, Faris mula membuka mulutnya kembali. "Aku setuju" Jawab Faris membuatkan Daniel tersenyum.
"Tapi... kita nak stay dekat mana, takkan lah kau nak duduk rumah family kau. Bukan korang gaduh ke?" Tanya Faris membuatkan senyuman Daniel terpadam. Dahinya sudah berkerut seribu.
"Entahlah, aku tak confirm lagi. Mungkin aku kena sewa rumah" Balas Daniel dengan perlahan. Dia bukan seorang yang pandai dalam merancang. Daniel menunduk memandang lantai.
Faris terdiam dan...
"Ha!" Jerit Faris membuatkan Daniel tersentak. "Mak kau!" Latah Daniel dan terus menekup mulutnya. Faris yang mendengar itu terus tertawa terbahak-bahak. Tangan kiri Daniel yang sedang menekup mulutnya terus menepuk kuat bahu Faris apabila melihat rakannya itu sudah tertawakam dirinya.
"Sakit lah" Kata Faris dengan sisa tawanya. " Kau ni cepatlah, tadi punyalah kata Hah lah, hih lah, huh lah" Bebel Daniel.
"Apa kata kita stay dekat rumah adik aku" Kata Faris. Daniel yang mendengar cadangan itu mengangkat keningnya.
"Rumah adik kau ada berapa bilik?" Tanya Daniel ingin memastikan kenyaman dirinya dan terutamanya Mia di rumah adik Faris.
"Ada 4 bilik, muatlah untuk kita, kau mesti nak bawak Mia sekali kan, takkan lah kau nak tinggalkan dia sorang-sorang dekat Perancis ni" Kata Faris. Daniel memejamkan matanya memikirkan sesuatu.
"Ok lah aku setuju" Putus Daniel membuatkan Faris tersenyum. " Tak payah dah rindu dengan adik aku lepas ni" Omel Faris di dalam hatinya.
"Ok nanti aku bagitahu adik aku" Kata Faris dan terus menghalau Daniel keluar dari pejabatnya itu. Dahla kerja dia bertimbun, tak tambah lagi dengan Niel holding's lagi. Arghhh.... serabut.
Seminggu kemudian....
"Thanks Xandre, kau banyak tolong aku" Ucap Daniel sambil bersalaman dengan Dokter Alexandre. Jujur dia sendiri sangatlah berhutang budi dengan Dokter Alexandre. Yelah, kalau tiada dia... mungkin Mia akan terus duduk di dalam kegelapan malam tanpa mempercayai cahaya di pagi hari itu ada.
Dokter Alexandre mengangguk. Senyuman bibirnya terukir. "Sama-sama Daniel. Jaga betul-betul adik awak, jangan lepas pandang apa-apa pun tentang Mia, okay? Kalau ada apa-apa call aku" Kata Dokter Alexandre sambil menunjukkan simbol telefon di tangan kirinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
JANJI DALAM DUKA
RomanceYana bukan gadis biasa. Dalam kelembutan wajahnya, tersembunyi ribuan luka yang tak pernah sembuh. Cinta pertama yang dikhianati, keluarga yang tak pernah memahami, dan kesunyian yang membalut hidupnya sejak kecil - semuanya membentuk benteng dingin...