Malam tu, Aidan tak duduk diam. Sejak Aira senyap je lepas keluar dari kedai, dia dah tak tenang langsung.
Dari tadi dia spam chat, spam call, siap hantar stiker monyet nangis, kucing merajuk, dan entah apa lagi yang dia boleh jumpa dalam folder stiker dia. Tapi semua tak delivered. Hanya satu tick.
“DND ke ni...?” Aidan gelisah.
Dia pandang jam. Dah pukul 10:45 malam.
Tanpa fikir panjang, dia capai jaket, kunci motor dan sejambak tulip pink yang dia beli lepas Aira terus senyap dari kedai tadi.
---
10:56 malam – depan rumah Aira
Bunyi enjin motor berhenti. Aidan berdiri tegak depan pagar rumah Aira, dengan tangan kanan pegang bunga, tangan kiri simpan dalam poket.
Wajah dia nampak sejuk tapi tenang. Tapi dalam hati, ribut taufan.
---
Dalam bilik, Aira yang baru siap mandi terus capai telefon atas katil. Buka je screen — 57 notifications. Chat, missed calls, stiker melambak.
"Ya Allah Aidan ni... drama sangat," dia gumam sambil senyum kecil tapi cepat-cepat pura-pura tarik selimut balik. Masih nak merajuk konon.
Tak sampai dua minit, pintu bilik diketuk perlahan.
“Aira, bangun kejap… Aidan ada kat luar.”
“Hah?” Aira bingkas duduk. “Dia buat apa kat luar malam-malam?”
“Dia bawa bunga... sejuk tu tunggu.”
---
11:07 malam
Aira jalan perlahan ke pintu rumah. Buka je, Aidan dah berdiri depan pagar macam hero filem petang, pegang sejambak tulip pink kegemaran dia.
Aidan angkat tangan.
“Untuk awak.”
Aira peluk tubuh, mata separuh terbuka.
“Eee... kau ni gedik ke apa datang malam-malam bawa bunga? Aku baru bangun tidur, wey.”
Aidan tersengih. “Awak je boleh buat saya sanggup jadi gedik. Saya tak boleh tidur tadi. Rasa macam buat salah besar. Maaf...”
Aira jeling bunga. Perlahan-lahan tangan dia capai juga.
“Tengok bunga dulu... baru aku fikir nak maaf ke tak.”
Aidan senyum lebar.
“Fair enough.”

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta tak dirancang
Romance? Sinopsis: "Lepas Nikah Baru Rasa" Aira Hanis, seorang pelajar universiti yang ceria dan bebas, terpaksa menerima satu berita tak masuk akal - ayahnya mahu menjodohkannya dengan anak kawan lamanya. Dalam keadaan terdesak dan tak mampu melawan kepu...